Halaman

Sabtu, 23 Oktober 2010

Hari Pertunangan

Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekatnya untuk upacara bertunang. Pada hari tersebut, majlis kenduri akan diadakan bersempena pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain yang telah digubah akan diberi kepada pihak perempuan. Selamat Bertunang kepada Siti Hasmah dan Shaiful Nizam (kini pasangan suami isteri)... Apedaaa..dah ada anak baru nak wat blog pasal bertunang (saya tidak mempunyai kesempatan sebelum ini) ...hehe...tp xpelah kan... Kami telah bertunang pada 25 Januari 2009... Masa ni rasa macam x percaya je dah jadi tunang orang... Rasa macam artis pon ada sebab kamera x berenti2 berkelip dalam rumah tu...hehe... Nanti saya upload beberapa pic majlis tu ek...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email