Halaman

Selasa, 30 November 2010

Tengok Kelip-Kelip Sungai Lebam

Salam uols...
Korang dah breakfast ke?
Sebelum aku memulakan keje, aku nak share ngan korang pasal satu tempat menarik kat Bandar Penawar..
Semalam, aku dan husband plan nak makan kat luar..untuk celebrate anniversary kitorang yang pertama..
Alhamdulillah dah genap setahun...:-)
Paling terharu husband aku belikan kek coklat...
Tanx sayang...

Anniversary cake from my beloved husband..
So pas manghrib kitorang pon gerak kuar cari tempat makan..
Aku cadangkan kat husband pegi Restoran Bujang Seafood Firefly...
Restoran ni dibina terapung atas Sungai Lebam...
Selain menyajikan hidangan seafood yang sedap, ada lagi satu aktiviti istimewa yang ada kat sini...
Kat sini ada perkhidmatan untuk melihat kunang-kunang @ kelip-kelip@firefly..
Dah lama dah aku tak tengok kelip-kelip..
Last sekali aku tengok masa aku kecik dulu..
Tu pun pnah tengok dua kali...
Susah kan nak jumpe kelip-kelip zaman sekarang ni...
Korang penah jumpe kelip-kelip??
Aku kagum gile dengan kelip-kelip sebab serangga ni boleh kuarkan cahaya yang bergemerlapan..
Subhanallah...indahnya ciptaan Allah :-)

Firefly (pic from google)

So untuk melihat kelip-kelip di sepanjang Sungai Lebam ni kita kenalah naik boat..
Bayaran untuk naik boat RM5 je...tapi tu untuk pelancong tempatan..
Kalau pelancong asing RM20..
Bertuahnya jadi rakyat Malaysia.. :-)
Jadi lepas makan kitorang pon pegilah naik boat..
Bermulalah aktiviti menyusuri Sungai Lebam...
Memang gelap gelita babe hutan paya bakau...
Boat memang tak pasang lampu langsung..
Dan kitorng pon dilarang untuk pasang lampu handset dan menggunakan kamera...
Sebab kelip-kelip ni sangat sensitif dengan persekitaran...
Pastu kene dok senyap-senyap..xleh nak bising-bising...hehe

Sambil tengok kelip-kelip kitorang ditemani seorang budak comel yang sangat keletah..
Budak ni jadi pemandu pelancong boat tu..
Sepanjang perjalan dia dok pot pet pot pet pasal kelip-kelip..
Dia kata kelip-kelip ni jangka hayat dia dalam 15 hari je..
Excited gile bila budak tu letak kelip-kelip kat tapak tangan aku..
Dan kelip-kelip ni terpaksa aku terbangkan balik dalam perjalan balik ke restoran tu balik  (pulangkan balik) sebab nanti takut dia sesat tak dapat cari jalan pulang ke tempat asal..
Terbantutlah niat aku nak bawak balik kelip-kelip ke rumah..hihi

Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal tempat ni korang bukak website Tourism Malaysia k...
Dalam perjalan ke Desaru tu boleh lah singgah ke tempat ni...
Kalau korang tak tau nak pegi aku boleh tunjukkan..hehe...

Ape lagi...jom cuti-cuti Malaysia... :-)

Isnin, 29 November 2010

Selamat Ulangtahun Perkahwinan

Salam semua...
Korang dah breakfast..??
Harini hari Isnin, hari pertama kita bekerja...
Diharapkan semua lebih bersemangat termasuk aku..huhu
Aku ni kalau hari Isnin lemah sikit..
Yelah...Sabtu Ahad kan cuti..
Jadinye mood bermalas-malasan masih ada...hihi

Harini merupakan hari bersejarah dalam hidup aku...
29 November 2010 merupakan ulangtahun perkahwinan kami yang pertama...
Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang pertama buat En. Shaiful Nizam bin Osman dan Pn. Siti Hasmah binti Rahman...
Alhamduillah..dah genap setahun kami menjadi suami isteri yang bahagia...
Dan lebih bermakna dengan kehadiran puteri sulung kami Shafiyyah Amani pada 12 Ogos 2010...
Semoga ikatan kasih sayang kita bertiga bertambah erat...
Kepada suamiku..."Abang,Im love u so much..Terima kasih kerana membuatkan hidupku lebih bermakna dari hari ke hari"...
Kepada anakku..."Amani, ibu miss and love u so much"...


SHAIFUL NIZAM + SITI HASMAH = SHAFIYYAH AMANI
 (HAPPY FAMILY)

Ahad, 28 November 2010

Hang Cangkul

Salam semua...
Harini dah hari Ahad..
Pagi tadi lepas breakfast kat kedai aku dengan husband singgah kat kedai hardware untuk membeli sesuatu..
Sesuatu barang yang dah lama kitorang idamkan nak beli...

Nak beli tapi tak terbeli-beli lagi...

Barang yang bertuah itu adalah..Scroll ke bawah...hihi
_
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


CANGKUL!!!

Haha..beli cangkul je..
Kitorang nak mencangkul lalang-lalang yang tumbuh subur bak daun serai kat keliling rumah kitorang..
Bukan main suka lagi dorang tumbuh kat keliling rumah aku..
Dari jauh nampak macam rumpun serai..
Mesti orang yang lalu BARU SEKALI depan umah kitorang cakap "Rajinnya tuan rumah ni tanam SERAI"
Tapi kalau dah lalu 2 3 KALI akan cakap "Bile lah tuan rumah nak potong rumput ni"
Ha..siap lah korang lalang-lalang...
Habitat korang akan aku musnahkan petang karang...
Bunyi macam kejam aje...wakakaka..

Hihi...So petang kang bermulalah operasi mencangkul...
Jadilah kami seperti HANG CANGKUL....

Ape aktiviti hujung minggu anda?


Sabtu, 27 November 2010

Cherating yang indah

23 Nov-25 Nov aritu aku kene attend meeting kat The Legend Hotel Resort yang dikhaskan untuk pegawai-pegawai ICT dari semua kolej komuniti...
Ni baru 1st time aku pegi...
Kalau bukan sebab meeting tak taulah bila dapat pegi...hihi
Aku takde tangkap gambar ape pon yang membuktikan aku dah sampai ke sana...
Tak sempatlah nak posing-posing..Lenkali lah...
Nanti aku nak pujuk husband aku pegi Cherating lah..nak bawak Amani sekali tengok laut...
Jom kita zoom picca kat bawah ni...Cantikkan??

The Legend Hotel Resort


Aku pegi sana naik kenderaan jabatan..
Dari Bandar Penawar ke Cherating makan masa dalam 5 jam jugak..
Bertolak pukul 9.30 pagi...sampai dalam pukul 2.30 petang...
Kitorang ikut jalan Mersing, Rompin ...
Kat area Rompin tu ternampak lah kelibat orang asli jalan-jalan kat tepi jalan raya...
Rumah dorang comel-comel aje..
Rasa macam teruja pulak...hehe...
Seronok sebenarnya jalan-jalan tengok tempat orang ni...

Masa hari kedua kat sana sempatlah orang kat sana bawak kitorang jalan-jalan pegi Kemaman..
Dekat je rupenya Cherating dengan Kemaman..dalam 20 minutes je!!
Aku sempatlah beli keropok ikan dengan sos keropok...
Nak nyinggah kedai lain tak dapat sebab hujan lebat masa tu...

Ape-apepun aku harap jadilah meeting yang dorang nak buat kat Mukah, Sarawak tu tahun depan..
Sambil meeting, sambil jalan-jalan...
Disamping dapat naik flight free dapatlah jugak tengok negeri orang...
SARAWAK jelah satu-satunya negeri kat Malaysia yang aku tak penah pegi...
Hopefully tahun depan dapat peluang ke sana....

Ape-apepun aku nak katakan Cherating memang cantik..
Thumbs up!!!
Sesuai untuk berbulan madu mahupun bercuti bersama keluarga... :-)
Jom cuti-cuti Malaysia...

Rozita Che Wan

DULU
 Waaa..lain nye muka Rozita Che Wan dulu-dulu...
Memamg tak perasan langsung...
Finalis Miss Malaysia tu...
Kalau ikut tarikh dalam cover Remaja tu...dalam Jun 2003..
 



(Sumber dari : Beatiful Nara)


SEKARANG
Sekarang muka dia dah bertambah cun melecun....i admire her beauty!!!

Foto from : Google

Jumaat, 26 November 2010

Ada apa dengan Gemas?

Assalamualaikum kengkawan...
Dah lama betul aku tak update blog.
23 Nov-25 Nov aritu aku kene pegi Cherating...

Gile jauh aku bermeeting...huhu
Tu yang aku tak sempat langsung nak berblog tu..

So kali ni aku nak share satu benda kat korang...
Korang penah pegi Gemas tak?
Kat Negeri Sembilan...
Kali ni nak promote kampung halaman suami aku pulak...wakakaka

Jom kita zoom ape yang ada kat Gemas...
Foto from : Google

1 . Stesen Keretapi Gemas
Kalau perasan masa Kembara Tengku Mahkota Johor dulu, stesen keretapi ni adalah salah satu daripada tempat persinggahan dorang...
Foto from : Google

2 . Tugu Peringatan Sungai Kelamah
Salah satu kesan sejarah perang dunia kedua masih dapat anda saksikan di sini. Pada masa perang tersebut, pihak British telah menggugurkan bom di jambatan Sungai Kelamah. Tujuannya untuk mengelakkan kemaraan tentera Jepun. Sehingga kini kita masih boleh menyaksikan rangka jambatan akibat pengeboman British dan sebuah tugu peringatan Jepun dibina bagi mengingati perajurit Jepun yang gugur di sini. Pada setiap tahun ramai orang Jepun datang berkunjung ke lokasi ini untuk menyaksikan sendiri bagaimana bekas pengeboman tersebut di samping menghormati perajurit yang telah gugur di medan perang ini.
(Sumber daripada Portal Rasmi Pejabat Tanah & Daerah Tampin)

Foto from : Google


3 . Homestay Gemas
Melibatkan 4 buah kampung iaitu Kampung Ladang, Kampung Ulu Ladang, Kampung Londah dan Kampung Bangkahulu.Kalau nak tau ape keeistimewaan homestay ni KLIK DI SINI.

4 . Kuih Bengkulu / Tat Bengkulu
Penah tengok tak kuih yang cantik macam picca kat bawah tu..
Kuih ni cantik...yang corak macam daun ni nenek mertua aku cakap dorang buat corak tu guna tangan..Macam mane proses dorang buat wallahua'lam..
Kuih orang Bengkulu ni...
Kat Homestay Gemas ada ditunjukkan cara nak buat kuih ni...
Korang penah ke tengok kuih ni jual kat kedai...?
Aku rasa aku tak penah tengok lagi...Ekslusif kan???

Inti kuih ni inti kelapa..
Kalau makan kuih ni seketul dah boleh kenyang...huhu...

Nanti aku nak berguru dengan nenek mertua aku...sebab nenek mertua aku orang Bengkulu...
1st time aku tengok kuih ni masa suami aku bagi as hantaran tunang..
Terus rasa kagum dan jatuh cinta dengan rupe bentuk kuih ni..
Cantik sangat....!!!
Lagi kagum sebab coraknya dibuat dengan menggunakan tangan!!!
Bukan guna acuan..!!
Kuih Bengkulu (picca from en google)
5 . Nasi Ayam Gemas
Foto from : Google
Jenama Nasi Ayam Gemas adalah jenama yang sudah terkenal. Ia diasaskan oleh Mohd. Saman Chumat pada tahun 2007 di Gemas, Negeri Sembilan. On the way balik Gemas selalu je aku jumpe kedai ni...Tapi x berpeluan nak ajak husband aku makan kat sini...Takpe, pasni aku nak pujuk jugak suami aku makan kat sini...Orang kata sedap!! Kalau nak baca lebih lanjut pasal Nasi Ayam Gemas ni..KLIK DI SINI.


Pada sape-sape yang tak familiar lagi Gemas kat mana..meh tengok map ni..



Jom jalan-jalan kat Gemas pulak!!!

Ahad, 21 November 2010

Aktiviti hujung minggu

Salam..
Waaa..malam ni baru sempat nak bukak blog...
Semalam langsung tak sempat nak bukak blog..
Aku baru je sampai KL ni...
Sorry ye kawan-kawan tak sempat nak balas kunjungan korang...
Semalam aku ngan husband balik Gemas (umah mak mertua aku)..
Harini pulak pergi kenduri kawin kat Kampung Bengkulu..
Petang pulak balik KL...
Akhirnya dapat jugak jumpe Amani...(^_^)v
Sekarang ni Amani tengah tido...
Dah sampai ke London agaknye dia.. :-)

Oleh sebab aku dah agak letih, aku takde idea nak tulis even ada topik yang aku nak tulis...huhu...
Soklah aku sambung eh...
Nak tido dulu dengan Amani...
Esok nak balik Bandar Penawar dah..
Jadi kene gunakan masa yang ada ni dengan sebaiknya :-)

Selamat malam ye kawan-kawan...

Jumaat, 19 November 2010

Berkenalan dengan jiran sebandar

Salam...
Selamat Pagi Malaysia...
Harini aku nak story perkenalan aku bersama jiran sebelah...
dah dekat 3 minggu dah aku duk kat Bandar Penawar..
Baru semalam berpeluang berkenalan dengan jiran sebelah..huhu

Semalam, lepas balik keje aku dengan rajinnya membasuh kete kelisa aku..
Masa tu aku terperasan sorang kakak ni berjoging kat jalan depan umah aku ..
Kitorang balas-balas senyum jelah...
Tetiba masa tengah syok menyental kotoran degil kat kete aku tu, dia pon panggil..

Nama dia Kak Bibah..dia cikgu sekolah rendah kat situ..
Dia dengan jiran-jiran aku ingat aku dengan husband aku ni PENGANTIN BARU ko...
muahaha..terasa jiwa remaja pulak :-p

Dia dah duk situ almost 30 years...
Dia kata dulu umah tu dia beli 35k je ko...
Sekarang ni...???Jangan harap ye tuan-tuan dan puan-puan nak dapat harga camtu...
Harga dia dah lebih 100k dah... (T_____T)

Dulu masa dia mula-mula tinggal kat Bandar Penawar dia kata dia siap boleh dengar bunyi HARIMAU MENGAUM lagi dari dalam umah dia...
Haha..aku siap tanya Kak Bibah tu lagi..
"Kak, sekarang harimau ada lagi tak??"
Nasiblah dia kata takde dah...hihi

TAPI..dia cakap aritu jiran ada nampak sekumpulan GAJAH lalu dalam pukul 2 3 pagi..
Siap makan pisang lagi kat belakang umah dia...
Adoiyai...cuak jugak aku...nasiblah umah aku xde tanam pokok pisang...huhu
EN. PIG atau babi     ngan Monyet tu memang dah sah-sah ada kat kawasan situ..
Pagi tadi dalam pukul 5.45 pagi relax je MRS.PIG bersiar-siar bersama anaknya...
Betapa FRESH nye kawasan Bandar Penawar ni...hehe..

Petang semalam sebelum aku cuci kete aku sapu-sapu dulu kawasan depan umah...
Guna penyapu lidi...masa aku angkat penyapu tu ternampaklah kelibat seekor sesumpah yang comel..
Mata dia ala-ala buntang gitu..berekor panjang..
Sesi kejar mengejar pon bermula..(aku nak halau dia tak nak bagi dia masuk dalam umah sebenarnya)
 Kejar punye kejar, sesumpah tu berjaya gak masuk dalam umah aku...
Arghhhh...yang sadisnya..sampai ke harini aku tak tau dia kat mana...haha...
Ah pepandailah dia..kang dia lapor kang pandailah dia kuar..huhu...

Tu serba sedikit cite pasal kawasan umah aku...
My Home Sweet Home :-)

Khamis, 18 November 2010

Hari Tasyrik

Salam...
Semalam aku tak sempat nak post sebarang entry untuk blog aku..agak bz ckit memandangkan semalam dan kelmarin aku kat Pontian..kat umah nenek aku...
So masa yang ada aku peruntukkan untuk makan dan berborak dengan nenek aku...

Minggu lepas aku ada niat untuk puasa ganti harini dengan esok...tapi bila tengok balik kalendar Islam baru aku teringat semalam,harini dan esok merupakan Hari Tasyrik..hari yang diharamkan untuk berpuasa...

Hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi s.a.w yang bermaksud :
" Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t "

 (sumber ini dipetik daripada http://soaljawab.jais.gov.my)


So, minggu depan jelah kot aku sambung ganti puasa aku...


Tadi aku dengan si Azwa (budak praktikal) pergi cari makanan untuk breakfast..Kantin kat sini tutup...Student cuti kantin pun tutup...Terpaksalah aku memberanikan diri sekali lagi untuk drive keluar jalan-jalan cari makan...


Aku makan roti goreng dengan minum kopi O je...
Pastu balik ofis balik...Makan kejap je..Sebab perilaku aku tadi tu boleh disamakan dengan aktiviti MENGULAR...rasa serbasalah pulak kalau nak makan lama-lama..huhu...



Kejayaan aku harini....jeng jeng...aku berjaya parking kat parking berbumbung kolej ni...hahaha...

Selasa, 16 November 2010

Tak percayalah...

Huhu..harini aku terbaca satu blog dari salah seorang rakan blog aku...
N3 tu bagitau yang " Uncle Seekers Dedahkan Hubungan Cinta Rahsia Dengan Bekas Permaisuri Agong Siti Aishah "...
Aku tak percayalah....

Aku pon gi lah bukak website si Uncle Seekers...
Nak tengok betul ke tak cerita tu?? 
Bila aku dah bukak blog dia lagilah...uwaa..lagi aku tak percaya...
Bape kali dah aku gosok2 mata ni...huhu
Biar betul Uncle Seekers ni...
Ish...Aku tetap tak percaya...

Hanya Allah saje yang Maha Mengetahui...

Ape pendapat korang??? 

Untuk baca blog Uncle Seekers klik SINI



 

Salam Aidiladha

aidiladha card from en.google :-)

Salam...Selamat pagi kawan-kawan semua...
Tengah buat ape tu? Mesti ada yang tengah keje...Ada yang dah cuti...Ada yang dah sampai kampung..dan mungkin jugak ada yang tengah buat persiapan nak masa untuk hari raye esok...
Aku kat Pasir Gudang skang ni...Arini aku amik annual leave...Husband aku pulak koje...
Petang ni pas dia balik keje baru kitorang gerak balik ke Pontian..
Pontian tu umah Tok Mak aku (nenek belah emak)...
Kitorang berhari raye kat Pontian je...
Di kesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua...


Marilah kita sama-sama berdoa agar kesemua jemaah haji kita dapat mengerjakan ibadah Haji dengan sempurna dan agar amal ibadat mereka diberkati Allah S.W.T...
Semoga mendapat haji yang mabrur dan selamat kembali ke tanah air dengan selamat :-)
Semoga satu hari nanti kita akan dapat mengikut jejak mereka untuk menunaikan ibadah haji...

Ahad, 14 November 2010

Aktiviti saya dan suami hari ini

Harini aku dan suami jalan-jalan kat Teluk Sengat dengan Kota Johor Lama...Dari Teluk Sengat tu aku dapat tengok Jambatan Lebuhraya Senai-Desaru. Jambatan tu dah bercantum dah...yeayyy..Jambatan ni kalau dah siap memang sangat-sangat menjimatkan masa...

Bukan ape...kesian kat husband..dia pegi balik keje hari-hari redah 89km...Kuar dari umah pukul 5.45 pagi...sampai Pasir Gudang dalam 7.15 pagi...kesian suami ku...huhu...Kalau highway tu siap jaraknye dalam 27 km aje...Mengikut sumber-sumber yang dipercayai, highway tu patutnya dah boleh digunakan tahun lepas lagi. Tapi telah terlewat dari jadual asal. Kepada kontraktor yang terlibat, tolonglah kami....bantulah kami...harap dapat siapkan highway tu secepat mungkin ye... :-) 

Masa kat Teluk Sengat tu dapatlah amik gambar jambatan tu...Here the picca...


Pemandangan dari Teluk Sengat

Lepas dah puas tengok jambatan, kami pon pegi ke Kota Johor Lama...Macam biasa, sampai sana amik gambar dulu...Kat sana nampak lah bekas kubu...Tapak tu takdelah besar sangat..Padang sekolah lagi besar...hehe...Tapi tapak memang sangat-sangat sesuai dijadikan kubu...Sebab kawasannya berbukit..dan kat bawah tu boleh nampak Sungai Johor...so senanglah orang yang berkawal tu nak skodeng musuh yang lalu lalang dari atas...Cuba tengok gambar kat bawah ni...Tu lah rupe tapak kubu tu..Yang nampak macam bukit tu kubu dia..Kalau perasan kubu dia ada lubang-lubang kan...Yang pokok-pokok tu pulak kat bawah dia ada Sungai Johor..


Kota Johor Lama 





 

Masa nak balik tu pulak suami aku suh pandang belah kiri.Rupe-rupenya ada makam. Batu nisan dia dibalut dengan kain kuning. Aku tengok dari dalam kereta jelah..Nak kuar tempat tu macam sepi je..Buat pengetahuan korang-korang yang belum pegi ke tempat ni, simpang nak masuk ke Kota Johor Lama ni sangat-sangatlah sempit..Susah jugak kalau berselisih dengan kereta lain... Kiri kanannya ada semak samun,pastu pkok getah..pastu dah lama-lamatu barulah jumpe rumah orang..Masa tu baru lepas hujan dan dah pukul 6 ptg...hehe...korang faham-faham sendiri jelah...memang tak sesuai nak tangkap gambar ok..Aku sedekahkan Al-Fatihah je dari dalam kereta..Kalau ikut signboard tepi makam tu, makam tu adalah Makam Temenggung Johor a.k.a Makam Bidan. Nanti aku selidik dengan Encik Google pasal makam ni...

Tu je yang aku nak share kali ni :-)

Pengadil apekah ini???

Semalam aku dengan husband tgk lah bola sepak Sukan Asia kat channel ASTRO...
Malaysia menentang China..
Kira hebat jugaklah Malaysia kan dapat masuk pusingan kedua Sukan Asia...
Kali terakhir Malaysia beraksi di pusingan kedua acara bola sepak Sukan Asia ialah pada tahun 1978 di Bangkok...
Hampir 32 tahun tu...kira kejayaan bersejarah lah ni...SYABAS MALAYSIA...
Tapi.....ada tapinya....Malaysia terpaksa bermain dengan lapan pemain 'ANGKARA' pengadil dari Australia, Williams...
Ape taknya..dia dengan sesuka hati mak ayah dia je bagi 3 player kita KAD MERAH...weng semacam je aku tgk pengadil tu..
Walaupun tak menang aku sebagai anak Malaysia nak ucapkan TAHNIAH kepada skuad negara sebab main dengan sungguh-sungguh...TAHNIAH!!!!







Sabtu, 13 November 2010

Kota Johor Lama

 





Esok aku dan suami bercadang nak pergi ke tempat ni...dah alang-alang tempat ni dekat dengan rumah kami...alang-alang baik pergi kan? Dapat kenal dengan tempat orang...Nanti boleh cerita kat Amani...hehe....Aku sebelum ni pon tak pernah tau kewujudan tempat ni...sangat menyedihkan bagi aku sebagai rakyat Malaysia..huhu....Kat bawah ni ada sedikit sebanyak cerita tentang Kota Johor Lama...Sumber dari Utusan Malaysia...Nanti kalau aku jadi pegi esok aku update dalam blog ek..



Kegemilangan Kota Johor Lama oleh Farik Salleh
utusanjohor@utusan.com.my


MUZIUM Kota Johor Lama  di Kota Tinggi, Johor.  - UTUSAN/MAZNAH

KOTA TINGGI 20 Mac - Sebut sahaja nama Kota Johor Lama (KJL) ramaidi kalangan warga Johor khasnya generasi muda tidak mengetahui tempatyang cukup bersejarah dan pernah meletakkan Johor sebagai pusatpemerintahan kesultanan Melayu yang cukup mahsyur sekitar tahun 1500-an.

Ini kerana kota yang terletak kira-kira 27 kilometer (km) daribandar Kota Tinggi merupakan pusat pemerintahan terpenting kesultananMelayu selepas kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada 1511 walaupunsejarah itu tidak diriwayatkan secara meluas dalam buku sejarah.

Ketua Unit Pusat Informasi KJL, Jabatan Muzium Malaysia, Hanif Bohari Abdul Rahimberkata,menerusi unit itu yang beroperasi sepenuhnya pada 2007 telah memainkanperanan secara proaktif dengan memberi penjelasan berkaitan sejarah KJLselepas kejatuhan Melaka.

Katanya, penyelidikan menunjukkan kegemilangan Kota Johor Lamasebagai pusat pentadbiran, perdagangan dan pertahanan empayar Johortercatat dalam sejarah antara 1540 hingga 1587.

"Kalau kita amati ada dua pemerintah yang menunjukkankegemilangannya iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah II yang memerintahdari 1540 hingga 1564 iaitu selama 24 tahun dan Sultan Ali Jalla AbdulJalil Shah II (1573-1587)," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Jelas Hanif Bohari, pada dasarnya kota itu menjadi tumpuan parapedagang dari India, China dan Asia Barat yang menjadikan pelabuhantersebut mengatasi pelabuhan yang dikuasai Portugis di Melaka.

"Kekuatan benteng KJL pula dapat dilihat zaman pemerintahan SultanAli Jalla di mana dapat menangkis dan menghalau serangan Portugiskeluar dari Johor.

"Sejarah juga mengakui bahawa KJL menjadi tempat merangka pelan strategi untuk menyerang Portugis di Melaka," katanya.
Menurutnya, kesultanan Johor juga menganggap KJL sebagai pusatpentadbiran yang strategik berbanding kota-kota lain berikutankedudukannya di hujung Sungai Johor.

Selain itu kata Hanif, bagi membuktikan KJL merupakan lambangkeagungan kesultanan Melayu Johor ialah penemuan artifak-artifak hasilpenggalian arkeologi yang dilakukan dari 1960 hingga 2002 lalu yangberjaya menemui seramik dan tembikar tanah.

"Kita juga menemui makam lama iaitu Makam Sultan Alauddin, perigilama yang menjadi sumber air bagi penduduk di kota, rangka kapal,meriam serta pelurunya.

"Satu lagi kesan yang cukup jelas hingga ke saat ini ialah kubu ataupada ketika itu dikenali Kota Batu, mengambil sempena kedudukannya ditempat yang bernama Tanjung Batu, " katanya.

Menurutnya, bahagian utama tembok kota itu diperkuatkan dengan tigajenis susunan batu iaitu batu granit, batu karang dan batu lateraityang kemudian ditambak dengan tanah, bertujuan tidak musnah biladiserang musuh.

Tambah Hanif, hasil pemugaran juga telah menemui peluru meriam,serpihan seramik dan kepala patung yang bercirikan masyarakat Cina.

"Kalau kita amati patung Cina itu ia menunjukkan alat permainankanak-kanak ketika itu diimport dari China dan dijual kepada masyarakattempatan untuk dijadikan permainan kanak-kanak di KJL," katanya.

Katanya, bagi mempromosikan KJL pelbagai usaha dilakukan termasukmengadakan aktiviti kepada kumpulan sasaran iaitu pelajar dan KembaraSungai Johor bagi mendedahkan kumpulan itu dengan melihat sendiritempat bersejarah menerusi Sungai Johor.

"Hasilnya kita boleh lihat di mana jumlah kedatangan pengunjung meningkat dari tahun ke tahun,'' katanya.

"Contohnya pada 2007 hanya 9,000 pengunjung tetapi 2007 jumlahnyamencecah ke 11,000 orang dan dijangka tahun ini ia akan bertambah ke15,000 orang.

Menurutnya, jumlah pengunjung paling ramai dicatatkan pada musim cuti persekolahan hujung minggu dan cuti-cuti umum.
   
   






Jumaat, 12 November 2010

My baby girl is 3 months old!!!

Yeah my cute litle princess Shafiyyah Amani dah cecah 3 bulan harini...
Amani sekarang dah pandai mengagah...hisap jari siap ada sound effect lagi..pastu dia suka main air liur dia...
Kalau dia senyum lebar... siap ada bunyi2...
Erm..rindunya kat Amani..minggu depan baru ibu dapat peluk dan cium Amani...
Ibu doakan bila Amani dewasa nanti Amani menjadi anak yang cerdik dan solehah...menjadi kebanggaan ayah dan ibu...Amin....



Meeting di petang Jumaat

Pukul 3 jap lagi aku ada meeting..Haha..dah lah buat petang Jumaat..mood kerja pon tengah tinggal nyawa-nyawa ikan sebab esok dan Ahad cuti...Mintak-mintaklah aku tak menguap karang...hihi...



Puasa Ganti

Harini masuk hari kedua aku mengganti puasa..
Korang nak tau tak berapa hari yang aku kene ganti lagi???
33 hari lagi...huhu...banyak tak...?
Sebab ape aku kene ganti banyak?
Aku bersalinkan Amani pada hari ke dua bulan puasa...
Alamatnye..memang akutak dapat nak puasa langsung lah tahun ni..
Kalau ikutkan aku kene ganti 35 hari..tapi memandangkan semalam dan hari ni aku dah puasa...Maka tinggal lah lagi 33 hari..
Macam mane boleh dapat 35 hari..???
30 hari (puasa ganti tahun ni) + 5 hari (puasa ganti tahun lepas) = 35 hari
Puasa tahun lepas aku tak apat nak ganti sebab aku pregnant..Aku dah try nak ganti tapi tak larat..perut masuk angin..Puasa tahun ni pulak aku tak dapat puasa sebab aku bersalinkan Amani dan berpantang..

Oleh sebab puasa tahun lepas aku lambat ganti..aku kenelah bayar fidyah...
Fidyah tu ape? Jom kita tengok ape itu fidyah???
Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di Bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya Bulan Ramadhan tahun berikutnya.

Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB . Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu membayar puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib di ganti mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Sekiranya bilangan hari tersebut telah melangkau tahun maka kadar fidyah bagi hari tersebut akan digandakan.

Kadar Fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah di beri makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.

Jadinya ada dua benda yang aku kene settlekan dengan segera iaitu :
  1. Ganti puasa
  2. Bayar fidyah
Kepada sesiapa yang belum ganti puasa cepat-cepat lah ganti ye... :-)

Khamis, 11 November 2010

GA kiszydolls





Comel gile kiszydolls kat atas ni...Kalau berminat nak dapatkan doll di atas secara PERCUMA jagan lupe join GA ni tau..Untuk join, korang semua klik je banner-banner kat atas ni...Semuanya di link kan kat blog penganjurnya...

Penganjur akan hadiahkan 3 plushies (Miss potty) kepade 3 pemenang bertuah mengikut kategori=

kategori 1 = kategori untuk ibu2(untuk anak2 kcik mereka)
kategori2 = kategori student (skul,kolej or u)
kategori3 = bekerja...

Tarikh tutup GA ni 10 DISEMBER 2010...
 Mudahkan.join jangan tak join...hehe 

Kete Manual vs Kete Auto

Salam dan selamat pagi semua...
Kalau perasan sejak 2 menjak ni aku asyik join GA je..hehe..
Best..jadi addict pulak :p..
Hadiah yang dorang offer comel sangat...
Mana tau kalau ada rezeki menang...
Contest untuk baby pon aku ada join gak...Mana tau rezeki Amani..hehe


Minggu ni masuk minggu ke 3 aku drive kereta..
skill drive aku pon dah ok sikit dah...dah boleh bawak dalam 70 ke 80 km/j..huhu
Enjin pon tak mati sekerap dulu...haha..
Tapi aku ni tak terer-terer lagi parking...haha..Asyik kuar kotak je..
Mujurlah parking kat ofis aku lengang..tak banyak kereta...
Kalau tak berpeluh jugak..hihi


So kepada wanita-wanita di luar sana..
Yang baru dapat lesen atau yag agak fobia bawak kete..
Kalau nak beli kete, aku nasihatkan belilah kete tranmisi  automatik..
Senang sikit..tekan minyak ngan break je...
Naik bukit pon taklah risau..huhu
Kalau nak harung jalan jem pon ok..
Untuk orang pregnant pon bagus...Sebab kadang-kadang untuk kandungan yang bermasalah...
Doktor nasihatkan supaya elakkan bawak kete tranmisi manual sebab banyak guna tenaga..


Tranmisi manual ni leceh sikit nak main ngan clutch,break, minyak, gear semua...
Sampai satu tahap masa mula-mula aku bawak kete dulu, aku tak tau nak buat mana satu..hahaha
Biarlah orang kata kete auto mahal sikit...tapi bila dah beli memang berbaloi-baloi..hehe

Itu pendapat akulah...Pendapat yang lain macam mane?

Rabu, 10 November 2010

ARE U THAT LUCKY ONE..???GIVEWAY


UNTUK JOIN SILA KLIK BANNER DI ATAS

syarat-syarat-nya.

1.  mesti lah warganegara MALAYSIA..senang aku nak pos nanti beb... -DONE
2. lelaki ke pompuan xkesah... -DONE
3. mestikah jadi follower saya..???saya x paksa, tapi kalau jadi, ianya merupakan satu bonus...:) -DONE
4. mesti promote entry nih kat blognya.."ARE U THAT LUCKY ONE..???GIVEWAY"... -DONE
dan tinggalkan link entry itu dekat ruangan komen.
5. publish/letakkan banner 'princess Tihah' diatas kat 'sidebar' blog korang dan linkkan ke blog saya..-DONE

TARIKH TUTUP : 17 NOVEMBER 2010

redgurl craft giveaway

KALAU NAK JOIN KLIK BANNER DI ATAS...HADIAH BEST WOO..

1. follow blog redgurlcraft ni!! -DONE

2. copy gambar di atas di blog anda -DONE

3. buatkan satu entry tentang give away ini di blog anda.. -DONE

4. tinggal comment dan link entry anda pada comment yer so senang redgurl nak jenguk semula ke blog anda -DONE


TARIKH PENYERTAAN ADALAH MULAI
11 OKTOBER 2010 HINGGA 11 NOVEMBER 2010

GENG CONTEST TERMASYUK GIVE AWAY

PAPA & BABY CONTEST ! !






Nama Bapa : Encik Shaiful Nizam Bin Osman
Nama Anak : Shafiyyah Amani Binti Shaiful Nizam
Umur : 2 bulan

Semoga kita adalah pemenangnya :-)


Si Manja Bersama ANAKKU di Sinar Raudah





Contest adalah anjuran SINAR RAUDAH 
Hadiah2 adalah tajaan ANAKKU



Nama Penuh : Shafiyyah Amani Binti Shaiful Nizam 
Nama Ibu : Puan Siti Hasmah Binti Rahman 
Tarikh Lahir : 12 Ogos 2010 @ 12 Ramadhan 1431H

Good Night & Sweet Dreams Contest






Nama : Shafiyyah Amani bt. Shaiful Nizam
Umur : 2 bulan


Picture ni ayah Amani yang amik. Memakai baju tido berlengan pendek...kaler pink putih..Masa ni dia asyik merengek nak tdo..Letak dalam bouncer pon still tak nak tdo. Pastu ayah dia pon meniarapkan dia...Mula-mula tu dia boleh angkat kepala dia, lama-lama dia letih...terus landing kepala dia atas tangan dia...Tulah..ayah dengan ibu suh tido tak nak..hehe...Lepas je ayah dia meniarapkan dia, terus dia tertido atas tilam dia yg kaler pink tu...Letihlah tu..hehe...Sayang Amani...


Banana Stories 1st Giveaway



TERM & CONDITION

ONE
make an entry bout this giveaway-DONE
TWO
put my banner in your entry and your sidebar and linking it to my blog-DONE
THREE
wanna be my follower or not its all up to you babes, no offense :)-DONE
FOUR
 

guess which one my friend NORITAH
you are given only one chance!


NORITAH IS C

it's our very first anniversary GA!!


Happy anniversary....Nanti sambut anniversary yang seterusnya jangan lupe buat contest lg ye...
Untuk join GA ini sila klik banner di atas.

Benteng Pertahanan Diri, Keluarga dan Harta Benda

Salam uols...

Kali ni aku nak kongsi surah@ayat-ayat yang sesuai untuk diamalkan oleh kita seisi keluarga. Artikel ni aku dapat dari website Darussyifa. Kepada Allah kita memohon rahmat dan berkat semoga Allah sentiasa mengabulkan usaha kita semua. Insyaallah... :-)

 BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA

Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;
  1. Al-Muawwizat
  2. Ayatul Kursi
  3. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
  4. Ayat Berkubu 
  5. Ayat Penggerak

1.0  AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)

 BACAAN

            Al-Muawwizat iaitu;
1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-Falaq
3. Surah An-Naas

 CARA

 1.  Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
2.   Mengangkat dua tangan seperti berdoa
3.  Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah)
4.   Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
5.  Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
6.   Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari

 2.0  AYATUL KURSI
  
BACAAN

       
        Terjemahan;
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.  Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
(Surah Al-Baqarah ayat  255)

 CARA

1.    Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2.   Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
3.   Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.

 3.0 AYAT  1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN

BACAAN

       
 
        Terjemahan:
(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yang lurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.
           

CARA

1.   Untuk memegar diri, keluarga dan harta benda
2.  Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.


BACAAN



Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad RasululLah.

CARA


1.   Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
2.   Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
3.   Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara
4.   Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas
5.   Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.

5.0  AYAT PENGERAK

 BACAAN


Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

CARA


1.   Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
2.   Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email