Halaman

Selasa, 2 November 2010

Aku dan Kelisaku

Harini dah masuk minggu ke 2 aku drive kereta aku pergi office...Alhamdulillah...setelah 4 tahun menjadi tuan punya kereta tu...berjaya gak aku memberanikan diri memandu kelisa aku tu...wakakaka...

2 hari sebelum aku start keje kat tempat baru...suami aku merangkap cikgu memandu aku mengajar aku drive kat jalan area pasir gudang...cuak babe...rasa nak pengsan pon ada masa tu...tambahan pulak cikgu dia sangat garang...haha...rasa nak naik basikal je pergi kerja...haha...


So, nak tak nak, suka atau tidak, aku kenalah bawak juga kereta tu...kesian gile cikgu memandu aku, sampai pening kepala dibuatnya mengajar aku...ampunkan saya..hihi...

Sebelum ni bukannya aku tak pernah try bawak kereta aku tu. Adik aku si Han tu, puas dia membebel dan marah2 kat aku, tetap jugak aku tak berani bawak kereta aku tu. Alasannya aku cakap tu kereta manual. haha..last2 adik aku pon fade up nak ajar aku...huhu..sori adikku...

Maka tibalah masanya hari yang tidak ditunggu2 iaitu pada 25 Oktober 2010. Buat pertama kalinya dalam sejarah aku berjaya pergi ke office dengan kelisaku....hahaha....Habis semua orang aku telefon bagitau aku dah boleh bawak kereta....Suami aku pulak tak habis2 hantar sms tanya aku dah sampai kat ofis ke belum...hihi....

Terima kasih diucapkan kepada SUAMIKU dan juga bekas pengajar (adik aku)...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email