Halaman

Rabu, 3 November 2010

Amani..ibu rindukan kamu...

My Cute Little Princess - Shafiyyah Amani bt. Shaiful Nizam







Amani.. ibu rindu kat amani lah....Sejak aku keje kat Johor ni aku terpaksa rela meninggalkan puteri kesayangan aku tu bersama neneknya kat Sungai Besi buat sementara waktu. Aku tgh survey baby sitter ni... Risau jugak nak tinggalkan Amani bersama baby sitter..Yelah saekarang kan macam-macam kes terpampang dalam suratkhabar. Sedikit sebanyak berita tu mempengaruhi fikiran aku.Dahlah aku dan husband tak berapa familiar dengan tempat ni.


Mula-mula tinggalkan dia dulu hari-hari aku nangis.Siap peluk baju dia lagi tiap-tiap malam untuk hilangkan rindu. Tiap-tiap 2 jam aku call mak aku tanya Amani buat ape.


Ada 1 hari tu. adik aku bagitau Amani nangis dekat setengah jam.Mak aku pon dah panik tak tau nak buat ape.Tukar pampers dah.Susu pon dia tak nak. Last-last mak aku pon bagi Amani cium tudung aku. Terus dia berhenti menangis...Sabar ye sayang... Nanti ibu bawak Amani datang sini ye...

KENAPA ADA MANUSIA SANGGUP MEMBUANG BAYI YANG COMEL NI MERATA-RATA TEMPAT AR???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email