Halaman

Sabtu, 18 Disember 2010

Burung Enggang di Bandar Penawar

Pagi tadi aku dengar satu bunyi burung yang agak nyaring..(ceh..skema ayat...hihi)
Bunyi burung ni aku tak penah dengar lagi kat KL..
Kalau kat KL bunyi burung gagak adelah...T__T
Aku pon tinjau-tinjau kat pokok-pokok area umah aku ni..
Waaa...Burung Enggang rupenya..dalam bahasa inggeris dipanggil Hornbill..
Kepada sape-sape yang tak tau burung enggang tu macam mane rupenya..
Ha..tengoklah pic kat bawah ni puas-puas ye..
from google

Kalau tak salah aku (kalau silap tolong betulkan ye)..burung ni sangat-sangat famous kat Sarawak..
Burung ni dah sinonim dengan dengan Negeri Sarawak..
Sarawak kan dikenali sebagai bumi kenyalang..
Kenyalang tu kan nama lain bagi enggang...
So kalau orang kata burung kenyalang tu ape..
Jangan pulak buat-buat blur pasni...hihi

Burung enggang ni antara spesies burung yang dilindungi kat Malaysia kan?
Sepanjang aku duk kat KL tak penah pulak aku tengok burung ni bertenggek kat pokok umah aku...
Kat kampung aku kat Pontian pon takde..
Kat Gemas (umah mak mertua aku )pon takde menurut kata suami aku...

Last sekali aku tengok burung ni masa aku belajar kat UiTM Dungun dulu..
UiTM Dungun ni berdepan dengan Laut China Selatan..
Bolehlah dikategorikan sebagai tempat yang tidak tercemar...
Memang kerap sangat dia singgah kat pokok tepi hostel aku..
Cantik sangat paruh burung ni kan...?

Kalau nak tau lebih lanjut pasal burung ni silalah klik di sini ye..

Burung ni ada tak kat tempat tinggal korang?

Amani ke Batu Layar...

Sambungan dari entry semalam ni...hihi...
Entry semalam bertajuk Amani ke Desaru... 
Kalau nak tau lebih lanjut kenelah klik link kat atas ni ye (^^)v

So disebabkan abah aku tak dapat mandi kat Desaru, aku pon ajak husband aku bawak dorang pegi Batu Layar pulak..
Kitorang sampai kat sini dalam pukul 11 lebih...
Orang lain dah siap-siap nak balik kitorang baru nak sampai..hihi
Batu Layar ni pun tak berape jauh dari rumah aku..
Adalah dalam 15 minit-20 minit...
Banyak tau tempat menarik kat Kota Tinggi ni...
Sape kata Malaysia tak cantik?
So, sebelum kita berhabis bercuti di luar negara, ape kata kita bercuti dulu kat negara kita..
Rugi tau tak explore tempat-tempat menarik kat Malaysia ni..

Pantai kat Batu Layar ni selamat untuk mandi sebab takde pulak aku tengok dorang letak bendera merah atau papan tanda dilarang mandi..
Kat sini pon aku tengok ramai yang mandi...:-)
Tapi abah aku tak nak mandi laut dah sebab cuaca dah panas terik..
Kang sun burn pulak kulit..
So lenkali lah ye kita datang sini lagi mandi-mandi..
Tapi kena datang awal pagi...
Macam biasa...aktiviti yang paling disukai...snap pic Amani lah...
Budak buyat ni memang suka berjalan-jalan..
Jom kita tengok pic Amani... :-)

saya shayang ibu shaye

shaye shayang ahay shaye...

pandai tak shaye kerutkan kening ?

shaye dah sampai batu layar..anda bile lagi?

panaslah ayah kat shini...

ayah ada, nenek ada, atuk ada..ibu takdepon...yelah..ibu yang tukang amik gambar...shayang ibu..

shaye shuke nyonyot air limau...

shedapnye limau ni..

opss...i did it again..

amani shayang atuk jugak...


Kami dah sampai Batu Layar, anda bile lagi???

Jumaat, 17 Disember 2010

Amani Ke Desaru...

Salam..
Lamenya aku tak update blog...hihi
Bizinya mengalahkan YB :p
Kalau sudi jomlah baca entry ini dan seterusnya :-)
5 Disember-10 Disember haritu mak ngan abah aku buat julung kalinya datang ke rumah sewa baru aku kat Bandar Penawar ni...
Terharu pulak rasanya sebab mak ngan abah aku sudi datang dari KL..
Paling membahagiakan dorang bawak si buyat kami Cik Shafiyyah Amani datang sekali...
Seronoknya dapat tdo ngan dia 5 malam...:-)
Dapat tengok dia gelak-gelak...

Jadinya kalau dah kata sesape yang pegi umah aku wajiblah kena pegi Desaru...
Dah kata tak sampai 10 minit..
Memang tolak tuah lah kalau tak singgah..
So pada cuti awal Muharam aku dengan husband pon bawak Amani dengan mak abah aku pegi Desaru... :-)
Lepas breakfast kitorang terus gerak gi Desaru..
Abah aku punye lah semangat nak mandi laut...
Dia siap bawak baju lagi nak mandi laut..
Tapi sayangnye laut kat Desaru tak sesuai nak mandi..
Sebabnye ombak tengah besar macam gambar kat bawah ni...
Masa suami aku tengah amik gambar ni aku siap cakap lagi kat dia...
Jangan duduk dekat sangat ngan air sebab ombak besar sangat..
Sayang betul aku kat husband aku...hihi



Desaru ni ada banyak hotel dan resort..
Antaranya Lotus Desaru dan Desaru Golden Beach Resort...
Tapi paling best Shaiful & Asma Resort...kami tak payah bayar pon...
Memanglah..sebab tu rumah kami... (^^)v

Jom kita tengok gambar-gambar kat bawah :-)

Amani dah sampai Desaru dah...Anda semua bile lagi ? :P

Wajah 'kegembiraan' Amani pegi Desaru

Mengikut website Tourism Malaysia, Desaru mempunyai nama lain iaitu ‘Land of Casuarinas..
Ini kerana kita dapat melihat pohon casuarina dengan banyak di sepanjang pesisiran pantai di sini..
Kalau nak tengok rupe pokok casuarinas tu macam mane jom tengok pic kat bawah ni...
pic from google


Kami dah sampai Desaru..anda bila lagi???

Selasa, 14 Disember 2010

Bizi ke?

Salam...
Lamanya aku tak update blog..
Bulan ni bulan yang agak sibuk...(konon-konon nye...macamlah orang lain tak sibuk)
Esok dengan lusa ada meeting kat Kota Tinggi
Isnin dan Selasa depan audit nak datang...T___T
Rabu dan Khamis depan pulak pegi kursus Joomla kat Sabak Bernam...
Balik keje pulak mengemas dan memasak...
Nak berblog waktu malam dah mengantuk...
So, bila masa aku nak update blog ni?hihi
Nanti aku reschedule balik jadual aku sepanjang hari...

Ade sape-sape nak jadi PA aku tak??? wakakaka...

Khamis, 9 Disember 2010

Lalat vs Spider

Petang semalam aku tertengok sesuatu yang pelik kat atas katil aku...
Pelik pada aku jellah...hihi
Rupe-rupenya spider tengah mengangkut lalat..
Pergh..badan sama besar...tapi pelik pulak macam mane spider tu boleh kalahkan lalat..
Haha..aku ada amik gambar spider tu...tapi dapat tangkap dari jauh je..
Sebabnya bile nak dekatkan je kamera hp aku ni kat dia, terus dia lari...
Takut dengan aku kot...huhu
So, aku dapat tangkap dari jauh jelah... T_T
Sorry  tau kalau korang tak bape clear nak nengok gambar ni..
Ada sape-sape tau spider kaler kuning tu dari spesies ape?


Lamanya tak update blog!

Salam semua..
Wah..lamanya aku dah tak update blog..Traffic dah jatuh T_T
Aku sibuk bermain-main dengan anakku...
Yeaahhh..Nenek dan atuk Amani bawak Amani datang Bandar Penawar dari Ahad lepas sampi lah sekarang...
Barulah meriah rumah kami bile Amani ketawa dan nangis..

Selesai sudah aktiviti pindahkan barang ke Bandar Penawar..
Penat gila...Rasa macam nak tercabut lutut...
Special thanks to Cik Aminah dan Cik Ajis sebab sudi menolong kami berpindah..
Dan sudi jugak menolong kami menyewakan lori dengan harga yang sangat-sangat berpatutan kepada kami...
And special thanks kepada kawan-kawan husband aku En.Q dan En.Jijol sebab menolong kami mengangkat barang-barang yang ringan dan yang berat...(Kalau takde korang semua
tak taulah camne kami nak angkat peti sejuk!!!)

Ni mak ayah aku datang ni abis semua dia tolong kemaskan...
Waaa...i lap u emak dan abah...
Amani pon ada tolong kitorang jugak...
Dia tolong hiburkan kami dengan keletah dia...
Mmmmuaahhh...i lap u too Amani....

Tapi esok Amani dah nak balik umah moyang dia kat Pontian...
Sabtu pulak dia balik KL...
Sunyi baliklah rumah kami... T_T

Wajah terbaru Amani

Sabtu, 4 Disember 2010

Tips Pindah Rumah

Salam..selamat pagi kawan-kawan..
Dah breakfast ke?
Di saat lepas blog ini di post, aku tengah sibuk packing barang-barang untuk dibawa dari Pasir Gudang ke Bandar Penawar...
Aku nak pindah barang-barang dari umah sewa kat Pasir Gudang ke umah sewa Bandar Penawar..
Petang kang lori pakcik aku sampai..
So kenelah get ready sebelum pakcik aku sampai...
Penat babe pindah randah ni...
Sekarang ni penat packing barang..
Jap lagi penat angkut barang dalam lori..
Pastu penat memunggah barang dari lori ke dalam umah..
Dan yang paling tak best mengemas barang kat dalam umah...uwaaaa T____T

Oleh kerana aku terlibat secara langsung dalam aktiviti pindah umah ni, aku nak kongsi tips...tips persediaan untuk pindah rumah...so tak lah korang kelam kelibut nanti....

picca from google


TIPS PINDAH RUMAH

LORI
Haaa..benda ni paling penting...yelah...kalau korang pindah umah sebelah takpe...
Ni kalau pindah umah yang jauh jauhnya 89km (umah baru aku lah tu) takkanlah korang nak angkut guna kereta...
So korang kenalah tanya kawan-kawan ke, tanya sedara mara ke... tak pon mintak tolong en.goole untuk buat carian dapatkan contact number khidmat lori sewa.
Oleh kerana pakcik aku yang tinggal kat JB (Johor Bahru) ada lori, aku pon mintak tolong dia..

So, kepada sesape yang tinggal kat JB yang nak pindah umah, bolehlah bagitau aku..
Aku boleh rekemen kan pada pakcik aku (^_^)v
(Tolong promote bisnes pakcik aku dengan tulus ikhlas)

Kalau boleh dapatkan khidmat sedara mara atau kawan-kawan untuk angkut barang lagi bagus...
Nanti lepas dorang tolong kita belanjalah dorang makan KFC ke...nasi ayam ke...
Aku nak bagi dorang makan ape ek esok ni????


KEMAS BARANG
Ni pon penting...
Kalau korang tak kemas barang korang macamane korang nak pindah oi...
So kalau korang ada barang-barang yang dikategorikan sebagai FRAGILE atau dalam bahasa melayunya MUDAH PECAH eloklah dibungkus barang-barang tu elok-elok sikit..
Dan kalau boleh labelkan supaya orang tau ape jenis barang yang dorang akan angkut...
Labelkan sikit dengan maker yang dalam kotak tu pinggan mangkuk ke, cawan ke..
Kang nangis pulak kalau pinggan mangkuk korang pecah..
Maklumlah beli kat Langkawi...jauh beribu batu oi aku beli..siap naik flight lagik..wakakaka

Rumah lama tu kalau boleh janganlah dibiarkan sampah sarap berlonggok-longgok..
Tong sampah besar kat taman perumahan korang kan ada...
Tolonglah buangkan...takkan nak suh penyewa baru buangkan sampah korang...
Dan lagi satu adakah korang sanggup dilabelkan PENGOTOR oleh sebab meninggalkan kenangan terindah berupa sampah sarap kepada penyewa baru...??
Janganlah macam tu..kita kena ada sifat tanggungjawab...
Ecececeh...menceceh pulak aku ni...


Kalau boleh kan, sebelum korang nak pindah tu, korang angkutlah dulu barang-barang yang kecik-kecik macam pinggan mangkuk ke, kain baju ke rumah baru...
So takdelah penat sangat nanti...

RUMAH BARU
Korang nak pindah ni, umah baru korang, korang dah cuci dan bersihkan belum??
Kang buat 2 kali keje kang..
Seeloknya sebelum pindah, cuci dan samak umah bersih-bersih tau..
Basuh dengan sabun + garam dan air....
Kalau nak bentang tikar getah siap-siap dulu lagi bagus..macam aku...rajin tak???
Wah masuk bakul angkat sendiri nampak....

Tu jelah tips yang aku nak kongsi..
Aku pon nak cepat ni...
Sori tau tak dapat nak BW kat blog korang harini..
Nanti dah settle semua aku terjah balik blog korang ye..

Jumaat, 3 Disember 2010

Panggilan lucah

Petang tadi aku telah menerima satu panggilan dari nombor yang tak dikenali.
Pemanggilnya adalah dari seorang lelaki..
Suara dahlah pelik...macam tengah nangis pon ada..
Aku pon letak handphone...
Pastu dia sms balik..Sekali aku bukak sms dia...Tadaaaa...
Pergh...memang hampeh mamat tu...memang nak kene pelempang...
Berani hantar sms lucah kat aku....
Gile betul mamat ni...ntah mana-mana dia dapat nombor aku..
Kalau ikut hati aku ni nak je aku dedahkan nombor dia dalam blog...

from google

Aku ape lagi...terus taip msg pada dia balik "Aku hantar no ko kat balai polis"
Terus mamat gile tu jawab "Eh ni bukan ina eh...salah hantar...hehe"
Macam hampeh je jawapan dia...
Haaa...tau takut.....wakakakakaka...

Pernah ke korang mendapat sms/panggilan macam tu?

Basic Pasal Nuffnang Yang Patut Anda Tahu

Salam semua..
Tadi aku masuk satu blog kepunyaan En.Aizuddin tentang Nuffnang..
Memang best blog dia...
Banyak tips pasal Nuffnang yang aku belajar dari blog dia...
Aku mintak izin dari dia tadi untuk copy paste N3 dia dalam blog aku..
Boleh kita share sama-sama tips ari dia...Sharing is caring :-)


nuffnang
Ramai yang nak tau pasal nuffnang ni. Best ke? hehe. Nak tau pasal CPC? CPM? ni ha miss nuffnang baru mel kat aku. Lagi-lagi pasal fraud click. Tolonglah ye, hentikan korang punya fraud klik. Apa tu fraud klik? Mesti korang pernah dengar kan pasal fraud klik sebelum ni. Tapi tak tau maksud dia? Banyak betul persoalan kat sini. Mari sini aku cerita sikit.

Dah lama nak post entri ni, tapi terpaksa dipostpone memandangkan ada yang lebih penting dari ni, pasal contest ariffshah, arwah din beramboi dan anugerah bintang popular. hehe. Ok, sambung cerita..
Iklan kat nuffnang  ni terbahagi kepada 2 jenis iaitu CPM @ Metered (mCPM) Campaigns dan CPC.
fraud_click
  • CPM
Kita akan dibayar mengikut jumlah visitor atau pelawat yang datang ke blog kita. Senang cerita, berapa banyak orang tengok iklan tu, earning bagi nuffnang kita akan meningkat.
Jadi kalau nak dapat earning menerusi jenis iklan ni. Rajin-rajinkan lah cari trafik. Mesti ada caranya yang betul. Seo? Tinggalkan komen kat blog? Join gengblogger? Semua tu boleh meningkatkan trafik kita. Jadi pilihlah jalan mana satu yang korang nak pilih.
  • CPC
Kita akan dibayar mengikut jumlah iklan tu diklik. Jenis iklan macam ni lah yang blogger-blogger baru duk gila ni.
Datang blogwalking kat blog orang pastu cari shoutbox, terus tinggal komen. Bukan nak baca entri dan komen. Sebab tu aku sorokkan shoutbox aku kat sidebar. hehe. Kalau aku pun akan cari shoutbox, tapi aku tengok dulu entri blog tu, agak-agak best, memang aku akan komen dulu sebelum klik pangkah. Bukan susah pun nak tinggal komen. Mana tau dengan sekotak komen, korang akan dapat trafik secara percuma kan?
  • Main klik-klik?
Kalau korang main klik-klik pun, miss nuffnang ni bukannya orang kurang bijak yang tak pergi sekolah. Diorang pun pergi sekolah jugak, silap-silap buat master lagi. hehe. Jadi diorang boleh detect, makhluk-makhluk yang buat fraud klik ni. So kesannya, kebarangkalian untuk korang dapat kempen kat blog korang akan menurun seperti menurunnya prestasi manchester united bila main tanpa wayne rooney. hoho.
  • Bila diorang dapat kesan?
Kalau diorang dah dapat  kesan siapa yang buat perbuatan haram ni, diorang tak teragak-agak untuk suspend atau menggantung akaun nuffnang korang seperti yang diorang pernah buat sebelum ni. Jadi, jangan kerana ketamakkan korang, akaun dah kena suspend. Kalau korang lepas pun, duit tu boleh jadi darah daging. Bahaya kan? Seumur hidup dengan sumber rezeki dengan cara yang salah.
  • Nak klik jugak?
Kalau niat korang nak klik untuk nak ambil tau pasal iklan tu, memang dibenarkan pun. Bukannya tak boleh pun. Asalkan niat korang tu betul. Setiap benda yang kita lakukan memang berdasarkan niat kita. Jadi, betulkan dulu niat korang sebelum nak klik-klik iklan ni eh.

Lepas ni kalau nak tau ape-ape pasal Nuffnang terus je pegi blog dia ye...
Kredit to  En.Aizuddin . (^_^)v
 

Kes rogol lagi...

Warga emas dijel 10 tahun, 6 sebatan

BATU PAHAT 2 Dis. - Perkenalan antara seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun dengan seorang lelaki berusia 56 tahun terjalin apabila kanak-kanak itu tersalah menghubungi nombor telefon warga emas tersebut.

Sejak itu, mereka saling berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) selama sembilan bulan sebelum kanak-kanak itu mengambil keputusan lari dari rumahnya di Gemas, Negeri Sembilan untuk bertemu warga emas daripada golongan kurang upaya (OKU) itu buat pertama kalinya.
Itupun setelah kanak-kanak itu dijanjikan untuk dibawa bersiar-siar ke Genting Highlands.
Sebaliknya, apa yang berlaku, kanak-kanak itu telah diperkosa oleh warga emas berkenaan yang mengalami kecacatan di kedua-dua bahagian tangannya.

Untuk membaca artikel seterusnya KLIK DI SINI..

Aiyoyo.. kes macam ni pon ada...aktiviti 'berseronok' suka sama suka di antara budak berusia 13 tahun dengan orang tua yang berusia 56 tahun...
Orang tua tu dah menghancurkan masa depan budak perempuan tu...
Terkedu seketika aku baca berita ni...
Budak 13 tahun boleh jatuh cinta dengan orang tua 56 tahun..
So, dapat aku simpulkan di sini...nafsu tak mengenal usia...
Adik-adik yang masih belajar di luar sana...
Kakak di sini nak pesan...
Adik-adik semua kene jaga maruah adik-adik..
Ingat mak ayah adik-adik semua..
Jaga maruah mak ayah adik juga ye... :-)

Bahasa SMS

Salam semua...
Dah hari Jumaat harini kan...?
Korang dah breakfast ke?
Harini aku nak buat N3 pasal bahasa SMS...
Aku rasa kita semua iaitu golongan yang menggunakan handset ataupon chatters memang tak lari dari menggunakan bahasa SMS ataupon bahasa ringkas...termasuk lah aku...
Masa SMS pon kita guna, masa chatting pon kita guna...Betul tak?
Kat bawah ni adalah contoh baca SMS yang kita biasa gunakan...
  • blh = BOLEH
  • x = tidak
  • on9 = online
Tu sebagai contoh jelah...aku mengaku ketiga-tiga perkataan di atas adalah salah satu dari perkataan yang aku biasa gunakan...
Sekarang ni pon dalam laman soasial seperti facebook, twitter dan sebagainya pon ramai pengguna yang menggunakan bahasa ringkas  termasuk aku...


Tapi sekarang ni aku tengok bahasa SMS budak-budak sekarang makin menjadi-jadi...
Sebagai contoh...
  • kew = ke
  • jew = je
  • ktew = kita
  • dyew = dia
  • gilew = gila
  • apew = apa
Oh tidak...ape pasal nak tambah 'w' kat belakang perkataan semua tu...???
Pelat ke? T___T
Tolonglah jangan taip perkataan yang mengarut macam tu ...
Kalau setakat guna bahasa ringkas tu boleh diterima lagi ...
Tapi tolonglah jangan guna bahasa pelat-pelat macam tu..
Geli je...

Aku penah tengok sorang orang berusia terkial-kial nak baca satu sms...
Mana tak nya..budak ni tulis macam ni...
"t amik alng aw"
(bermaksud "Nanti ambil along tau")
Aduhai..agak-agaklah nak bagi sms macam tu kat orang-orang tua..
Aku sekeh jugak budak tu kang...
Kalau kita ni bolehlah faham ape dorang tulis...
Lenkali tengok-tengoklah sikit nak bagi sms macam tu kat sape...
Kalau kat kawan-kawan sebaya korang bolehlah...
Sila tanam kan rasa hormat anda kepada orang yang lebih tua..

Aku mintak sangatlah kepada sesape yang menggunakan perkataan yang ala-ala pelat macam tu tolonglah tengok-tengok sikit pada siapa anda nak bagi sms ye..
Sorilah..aku agak emo sikit hari ini...
Bahasa aku pon sebenarnya bukan bagus sangat...tunggang langgang jugak...
Tapi aku takdelah sampai ke tahap nak terlalu meng'short'kan bahasa...
Kalau setakat drpd(daripada), pd(pada), mlm(malam), etc tu biasalah...
Tapi takdelah sampai ke tahap nak ubah perkataan tu jadi macam apew(ape), t(nanti)...
Boleh kuar asap kat kepala kalau baca sms yang buak-budak sekarang buat...
Jom kita sama-sama fikirkan..


FROM GOOGLE

Khamis, 2 Disember 2010

Jom tambah pendapatan dengan www.heartbeat.my

Perasan tak kat blog aku ada banner www.heartbeat.my???

Semalam aku terbaca satu entry di blog Miles of Smiles berkenaan dengan tajuk
selain Nuff & Churp2, me kumpul jugak duit dari HEARTBEAT

Kalau berminat korang boleh klik link kat atas tu... Boleh baca dengan lebih lanjut ape benefit yang korang boleh dapat kalau klik dan join www.heartbeat.my

Jangan risau..dia tak akan effect akaun Nuffnang kita...jom kita sama-sama register dan klik beramai-ramai :-)

Rabu, 1 Disember 2010

Telur lipas

TELUR LIPAS from google  

Haha..malam ni aku terasa nak post N3 pasal lipas pulak...
Sebab maghrib tadi ada sekor lipas lalu lalang kat umah aku..
Hai nasiblah ko lipas..kan dah kene sembur dengan husband aku..
Aku ni memang dari kecik sampailah besor memang anti gile dengan lipas..
Nampak je kelibat dia terus lah aku rasa resah gelisah...
Nak sembur takut dia terbang...
Nak bunuh pon aku takut dia terbang!!
So what can i do???
Dulu masa bujang-bujang bolehlah aku mintak tolong mak atau adik aku halau lipas tu..
Sekarang ni bile dah kawin terpaksa mintak tolong husband aku halau lipas..wakakaka
Aku harap nanti Amani tak takut dengan lipas...
Bolehlah Amani tolong ibu kan????kan??

Tapi aku suka tengok cite katun OGGY AND THE COCKROACHES...:-p

from google

Tidur sebelah mengkarung

Salam...
kamu-kamu semua dah lunch ke?
Aku belum lunch lagi..
Pagi tadi sebelum aku pegi ofis aku sempat nyinggah kat satu gerai..
So aku tapau nasi goreng dengan ayam goreng untuk buat lauk tengah hari...
RM 3 je...murah lah jugak...

Kali ni aku nak citepasal binatang jugak...
Hahaha..aku ni asyik cite pasal binatang je kan dalam entry aku...
Pencinta haiwan sangat ke aku ni?wakakaka..
Sejak aku dok Bandar Penawar ni kerap sangat aku terjumpe binatang-binatang yang aku klasifikasikan LIAR..
Malam tadi aku ngan husband ternampak kelibat babi MR.PIG lalu kat tepi umah aku...
Husband aku punyalah excited berkejaran nak amik kamera dia..
Konon-konon nak tangkap gambar MR.PIG guna kamera dia lah tu...
Tapi MR.PIG tu pemalu pulak...dia pegi lari ntah kemana...
Lenkalilah kita tangkap MR.PIG ye bang....

2 minggu lepas kalau tak salah aku, satu kejadian yang agak menakutkan bagi aku dan khususnya para wanita telah berlaku...
Korang mesti geli kan nak pegang cicak???
Kalau ada yang kata berani sila lah bagitau aku..
bolehlah aku bagi upah tolong tangkap cicak yang gila babeng banyak berkeliaran kat dalam umah aku..
Asyik memberak je keje...habis karpet ngan lantai umah aku dipenuhi tompok-tompok taik cicak...

Citenya camni...
Lepas suami aku pegi keje, aku pon tidolah balik (sikap orang rajin pemalas katakan...)
Tibe-tibe tengah syok tido aku terasa macam ada benda merayap kat tangan aku...
Korang tau ke ape???
Benda itu adalah...
-
-
-
-
-
From google

Nampak tak kat atas tu...kat atas tu lah yang tdo sebelah aku...

Aku bukak je mata tengok mengkarung relax je lepak kat tangan aku..

Dia ingat ni bantal ke ape...uwaaaa....
Aku pon ape lagi..terlompat-lompat ar dengan harapan mengkarung tu jatuh atas lantai..
Nasib baik ko dia jatuh...aku pon ape lagi..kejar ar dia guna tali pinggang suami aku (ampun bang..wakakka)
Kejar punye kejar mengarung tu dapat lari entah ke mana...

Macam mane dia boleh masuk dalam umah aku ni?????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email