Halaman

Jumaat, 3 Disember 2010

Bahasa SMS

Salam semua...
Dah hari Jumaat harini kan...?
Korang dah breakfast ke?
Harini aku nak buat N3 pasal bahasa SMS...
Aku rasa kita semua iaitu golongan yang menggunakan handset ataupon chatters memang tak lari dari menggunakan bahasa SMS ataupon bahasa ringkas...termasuk lah aku...
Masa SMS pon kita guna, masa chatting pon kita guna...Betul tak?
Kat bawah ni adalah contoh baca SMS yang kita biasa gunakan...
  • blh = BOLEH
  • x = tidak
  • on9 = online
Tu sebagai contoh jelah...aku mengaku ketiga-tiga perkataan di atas adalah salah satu dari perkataan yang aku biasa gunakan...
Sekarang ni pon dalam laman soasial seperti facebook, twitter dan sebagainya pon ramai pengguna yang menggunakan bahasa ringkas  termasuk aku...


Tapi sekarang ni aku tengok bahasa SMS budak-budak sekarang makin menjadi-jadi...
Sebagai contoh...
  • kew = ke
  • jew = je
  • ktew = kita
  • dyew = dia
  • gilew = gila
  • apew = apa
Oh tidak...ape pasal nak tambah 'w' kat belakang perkataan semua tu...???
Pelat ke? T___T
Tolonglah jangan taip perkataan yang mengarut macam tu ...
Kalau setakat guna bahasa ringkas tu boleh diterima lagi ...
Tapi tolonglah jangan guna bahasa pelat-pelat macam tu..
Geli je...

Aku penah tengok sorang orang berusia terkial-kial nak baca satu sms...
Mana tak nya..budak ni tulis macam ni...
"t amik alng aw"
(bermaksud "Nanti ambil along tau")
Aduhai..agak-agaklah nak bagi sms macam tu kat orang-orang tua..
Aku sekeh jugak budak tu kang...
Kalau kita ni bolehlah faham ape dorang tulis...
Lenkali tengok-tengoklah sikit nak bagi sms macam tu kat sape...
Kalau kat kawan-kawan sebaya korang bolehlah...
Sila tanam kan rasa hormat anda kepada orang yang lebih tua..

Aku mintak sangatlah kepada sesape yang menggunakan perkataan yang ala-ala pelat macam tu tolonglah tengok-tengok sikit pada siapa anda nak bagi sms ye..
Sorilah..aku agak emo sikit hari ini...
Bahasa aku pon sebenarnya bukan bagus sangat...tunggang langgang jugak...
Tapi aku takdelah sampai ke tahap nak terlalu meng'short'kan bahasa...
Kalau setakat drpd(daripada), pd(pada), mlm(malam), etc tu biasalah...
Tapi takdelah sampai ke tahap nak ubah perkataan tu jadi macam apew(ape), t(nanti)...
Boleh kuar asap kat kepala kalau baca sms yang buak-budak sekarang buat...
Jom kita sama-sama fikirkan..


FROM GOOGLE

10 ulasan:

  1. huhuhuhu..mcm tu lah budaya remaja sekarang...lagi satu kan...ape tah, kalau tulis2 ade perktaan "dowh"..apa tuu????..x faham laa

    BalasPadam
  2. saya mmg boleh hilang mood kalau bace bahase pelat gitu...hehehe

    BalasPadam
  3. @azwa_amani
    ntahlah...suka dgn huruf w kot..mmg buruk bebenor bunyinye..huhu

    BalasPadam
  4. sy sgr stuju..bdway,sy kal0 baca sms mmg sy akan baca bunyi ikut huruf2 yg ditulis tuh..tp 0ne day spupu ant0 sms guna ayat "kew" "jew" smpai senget2 mulut ni nak ikut..

    BalasPadam
  5. sunggoh pening bace base sms neh. lebih2 lg yg tmbah-tmbah 'w" kt ujung-ujung perkataan. lagi rase nk seligi jek.

    BalasPadam
  6. hehe..stuju! paling kesian kalau orang tua yang dapat msg macam tu..kadang2 kite nak translate pon kite tak paham..huhu

    BalasPadam
  7. @Atika Natasha
    eeeiii...akak geram btl bahasa budak2 skrg...huhu..tlglah jangan ada2kan perkataan camtu...

    BalasPadam
  8. @IbuAniq
    tau xpe kak...mmg nak kene siku...

    BalasPadam
  9. @♥ LULU ♥
    btul...kesian btl dorg nak baca sms mcm tu...ntah hape2 perkataan lah dorg cipta...

    BalasPadam
  10. tts tu stand for what?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email