Halaman

Jumaat, 3 Disember 2010

Basic Pasal Nuffnang Yang Patut Anda Tahu

Salam semua..
Tadi aku masuk satu blog kepunyaan En.Aizuddin tentang Nuffnang..
Memang best blog dia...
Banyak tips pasal Nuffnang yang aku belajar dari blog dia...
Aku mintak izin dari dia tadi untuk copy paste N3 dia dalam blog aku..
Boleh kita share sama-sama tips ari dia...Sharing is caring :-)


nuffnang
Ramai yang nak tau pasal nuffnang ni. Best ke? hehe. Nak tau pasal CPC? CPM? ni ha miss nuffnang baru mel kat aku. Lagi-lagi pasal fraud click. Tolonglah ye, hentikan korang punya fraud klik. Apa tu fraud klik? Mesti korang pernah dengar kan pasal fraud klik sebelum ni. Tapi tak tau maksud dia? Banyak betul persoalan kat sini. Mari sini aku cerita sikit.

Dah lama nak post entri ni, tapi terpaksa dipostpone memandangkan ada yang lebih penting dari ni, pasal contest ariffshah, arwah din beramboi dan anugerah bintang popular. hehe. Ok, sambung cerita..
Iklan kat nuffnang  ni terbahagi kepada 2 jenis iaitu CPM @ Metered (mCPM) Campaigns dan CPC.
fraud_click
  • CPM
Kita akan dibayar mengikut jumlah visitor atau pelawat yang datang ke blog kita. Senang cerita, berapa banyak orang tengok iklan tu, earning bagi nuffnang kita akan meningkat.
Jadi kalau nak dapat earning menerusi jenis iklan ni. Rajin-rajinkan lah cari trafik. Mesti ada caranya yang betul. Seo? Tinggalkan komen kat blog? Join gengblogger? Semua tu boleh meningkatkan trafik kita. Jadi pilihlah jalan mana satu yang korang nak pilih.
  • CPC
Kita akan dibayar mengikut jumlah iklan tu diklik. Jenis iklan macam ni lah yang blogger-blogger baru duk gila ni.
Datang blogwalking kat blog orang pastu cari shoutbox, terus tinggal komen. Bukan nak baca entri dan komen. Sebab tu aku sorokkan shoutbox aku kat sidebar. hehe. Kalau aku pun akan cari shoutbox, tapi aku tengok dulu entri blog tu, agak-agak best, memang aku akan komen dulu sebelum klik pangkah. Bukan susah pun nak tinggal komen. Mana tau dengan sekotak komen, korang akan dapat trafik secara percuma kan?
  • Main klik-klik?
Kalau korang main klik-klik pun, miss nuffnang ni bukannya orang kurang bijak yang tak pergi sekolah. Diorang pun pergi sekolah jugak, silap-silap buat master lagi. hehe. Jadi diorang boleh detect, makhluk-makhluk yang buat fraud klik ni. So kesannya, kebarangkalian untuk korang dapat kempen kat blog korang akan menurun seperti menurunnya prestasi manchester united bila main tanpa wayne rooney. hoho.
  • Bila diorang dapat kesan?
Kalau diorang dah dapat  kesan siapa yang buat perbuatan haram ni, diorang tak teragak-agak untuk suspend atau menggantung akaun nuffnang korang seperti yang diorang pernah buat sebelum ni. Jadi, jangan kerana ketamakkan korang, akaun dah kena suspend. Kalau korang lepas pun, duit tu boleh jadi darah daging. Bahaya kan? Seumur hidup dengan sumber rezeki dengan cara yang salah.
  • Nak klik jugak?
Kalau niat korang nak klik untuk nak ambil tau pasal iklan tu, memang dibenarkan pun. Bukannya tak boleh pun. Asalkan niat korang tu betul. Setiap benda yang kita lakukan memang berdasarkan niat kita. Jadi, betulkan dulu niat korang sebelum nak klik-klik iklan ni eh.

Lepas ni kalau nak tau ape-ape pasal Nuffnang terus je pegi blog dia ye...
Kredit to  En.Aizuddin . (^_^)v
 

4 ulasan:

  1. betul tu...yang penting, buat kerja halal...hihihi

    BalasPadam
  2. tima kasih...maklumat basic yg perlu nuffnager perlu tahu..


    TERBARU: (Video) Zizan & Johan Cakap English Di Shout! Awards 2010

    BalasPadam
  3. @Kancilbiru
    hihi...saya sblm ni main masuk je blog semua org tgglkan msg kat shoutbox...fuhh...terasa2..:p

    BalasPadam
  4. @Boloque
    Time kasih kepada En.Aizuddin kerana sudi berkongsi tips ini :-)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email