Halaman

Sabtu, 18 Disember 2010

Burung Enggang di Bandar Penawar

Pagi tadi aku dengar satu bunyi burung yang agak nyaring..(ceh..skema ayat...hihi)
Bunyi burung ni aku tak penah dengar lagi kat KL..
Kalau kat KL bunyi burung gagak adelah...T__T
Aku pon tinjau-tinjau kat pokok-pokok area umah aku ni..
Waaa...Burung Enggang rupenya..dalam bahasa inggeris dipanggil Hornbill..
Kepada sape-sape yang tak tau burung enggang tu macam mane rupenya..
Ha..tengoklah pic kat bawah ni puas-puas ye..
from google

Kalau tak salah aku (kalau silap tolong betulkan ye)..burung ni sangat-sangat famous kat Sarawak..
Burung ni dah sinonim dengan dengan Negeri Sarawak..
Sarawak kan dikenali sebagai bumi kenyalang..
Kenyalang tu kan nama lain bagi enggang...
So kalau orang kata burung kenyalang tu ape..
Jangan pulak buat-buat blur pasni...hihi

Burung enggang ni antara spesies burung yang dilindungi kat Malaysia kan?
Sepanjang aku duk kat KL tak penah pulak aku tengok burung ni bertenggek kat pokok umah aku...
Kat kampung aku kat Pontian pon takde..
Kat Gemas (umah mak mertua aku )pon takde menurut kata suami aku...

Last sekali aku tengok burung ni masa aku belajar kat UiTM Dungun dulu..
UiTM Dungun ni berdepan dengan Laut China Selatan..
Bolehlah dikategorikan sebagai tempat yang tidak tercemar...
Memang kerap sangat dia singgah kat pokok tepi hostel aku..
Cantik sangat paruh burung ni kan...?

Kalau nak tau lebih lanjut pasal burung ni silalah klik di sini ye..

Burung ni ada tak kat tempat tinggal korang?

4 ulasan:

  1. haha...baru tau yg knyalang ni enggang r0penye..
    slama nih slalu jek dngaq nama bruung enggang dalam lagu..blurrr jgak sy ni eh..

    BalasPadam
  2. hmm..bukan burung ni org guna paruh nya tuk buat ubat ke? tu yg jadi spesies yg dilindungi tu..

    BalasPadam
  3. yerr betulll...masa kat UiTm dungun dulu selalu nampak burung ni..kalau x salah enggang kat sana kaler putih..kalau x salah la....memang konfius masa tu...ingatkan burung ni kat serawak je...x paham

    BalasPadam
  4. last skali akak tengok burung ni kat zooo

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email