Halaman

Selasa, 9 November 2010

63 petua bahagia Dr Fadzilah Kamsah

Kali ni aku nak kongsi pulak N3 dari Dr Fadzilah Kamsah untuk tatapan dan renungan sahabat-sahabat sekalian :-)

 
63 petua bahagia Dr Fadzilah Kamsah 

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t

Kasut Tumit Tinggi 1st Giveway


harap-harap akulah pemenang bertuah itu... ;-)

Ke klinik

Pagi tadi aku telah mengvolunteerkan diri aku untuk menghantar sorg budak praktikal ke klinik..(bolehlah tambah skill drive..hahaha)
Bukan ape, sian kat dia pulak kalau naik bas...dahlah hujan lebat...
Dalam hati aku cuak jugak nak hantar dia pegi klinik..
Almaklumlah saya kan budak baru belajar bawak kete...
Alhamdulillah sampai jugak aku ke klinik tu...nasiblah jalan tak sibuk...(macam tau-tau je..hahaha)
Dan Alhamdulillah aku selamat pulang ke ofis..credit untuk diri sendiri...hehe...

Dan buat pertama kalinya jugak aku berjaya memarkingkan kete aku betul-betul depan ofis yang aku duduk ni..
Selalunya aku parking hujung dunia...sampaikan tiap kali aku sampai kat ofis mesti semua orang akan tegur "Kenapa parking jauh sangat?"
Haha..itulah kisah sebenar yang berlaku pada pagi ini...
Semoga skill drive aku bertambah mantop dari hari ke hari...wakakaka



Kecuaian bank semakin serius

Kecuaian bank semakin serius


ADUAN pengguna yang semakin meningkat secara tidak langsung memperlihatkan tahap kecekapan bank-bank di negara ini boleh dipersoalkan. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Sejak tiga tahun lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati jumlah pertanyaan serta aduan berkaitan isu-isu melibatkan bank dan institusi kewangan di negara ini meningkat dengan ketara.
Rekod BNM memperlihatkan jumlah aduan dan pertanyaan pada tahun 2008 berjumlah 133,439 sebelum meningkat mendadak sebanyak 90.2 peratus kepada 253,801 pada tahun 2009.
Bermula dari Januari hingga Mei tahun ini, sebanyak 117,554 pertanyaan serta aduan telah dicatatkan, meningkat berbanding 103,222 bagi tempoh yang sama tahun lalu.
Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat BNM, Abu Hassan Alshari Yahaya berkata, antara aduan yang diterima ialah berkaitan kesukaran mendapat pembiayaan, penstrukturan dan penjadualan pinjaman, penipuan dan pengeluaran wang tanpa kebenaran, yuran dan caj, tidak puas hati dengan tawaran dan penyelesaian serta tingkah laku ejen.
"Ramai yang datang ke BNM mahu mendapatkan laporan kredit atau merasakan mereka mahu satu pihak bebas untuk mendengar isu atau rintihan terutama mereka yang tidak berpuas hati dengan jawapan pihak bank.
"Berdasarkan data yang diperoleh daripada ibu pejabat, cawangan dan perkhidmatan Telelink BNM memang berlaku peningkatan aduan," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

APE PENDAPAT ANDA SEMUA TENTANG ISU INI?
ADAKAH ANDA PERNAH MENGALAMINYA?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email