Halaman

Jumaat, 19 November 2010

Berkenalan dengan jiran sebandar

Salam...
Selamat Pagi Malaysia...
Harini aku nak story perkenalan aku bersama jiran sebelah...
dah dekat 3 minggu dah aku duk kat Bandar Penawar..
Baru semalam berpeluang berkenalan dengan jiran sebelah..huhu

Semalam, lepas balik keje aku dengan rajinnya membasuh kete kelisa aku..
Masa tu aku terperasan sorang kakak ni berjoging kat jalan depan umah aku ..
Kitorang balas-balas senyum jelah...
Tetiba masa tengah syok menyental kotoran degil kat kete aku tu, dia pon panggil..

Nama dia Kak Bibah..dia cikgu sekolah rendah kat situ..
Dia dengan jiran-jiran aku ingat aku dengan husband aku ni PENGANTIN BARU ko...
muahaha..terasa jiwa remaja pulak :-p

Dia dah duk situ almost 30 years...
Dia kata dulu umah tu dia beli 35k je ko...
Sekarang ni...???Jangan harap ye tuan-tuan dan puan-puan nak dapat harga camtu...
Harga dia dah lebih 100k dah... (T_____T)

Dulu masa dia mula-mula tinggal kat Bandar Penawar dia kata dia siap boleh dengar bunyi HARIMAU MENGAUM lagi dari dalam umah dia...
Haha..aku siap tanya Kak Bibah tu lagi..
"Kak, sekarang harimau ada lagi tak??"
Nasiblah dia kata takde dah...hihi

TAPI..dia cakap aritu jiran ada nampak sekumpulan GAJAH lalu dalam pukul 2 3 pagi..
Siap makan pisang lagi kat belakang umah dia...
Adoiyai...cuak jugak aku...nasiblah umah aku xde tanam pokok pisang...huhu
EN. PIG atau babi     ngan Monyet tu memang dah sah-sah ada kat kawasan situ..
Pagi tadi dalam pukul 5.45 pagi relax je MRS.PIG bersiar-siar bersama anaknya...
Betapa FRESH nye kawasan Bandar Penawar ni...hehe..

Petang semalam sebelum aku cuci kete aku sapu-sapu dulu kawasan depan umah...
Guna penyapu lidi...masa aku angkat penyapu tu ternampaklah kelibat seekor sesumpah yang comel..
Mata dia ala-ala buntang gitu..berekor panjang..
Sesi kejar mengejar pon bermula..(aku nak halau dia tak nak bagi dia masuk dalam umah sebenarnya)
 Kejar punye kejar, sesumpah tu berjaya gak masuk dalam umah aku...
Arghhhh...yang sadisnya..sampai ke harini aku tak tau dia kat mana...haha...
Ah pepandailah dia..kang dia lapor kang pandailah dia kuar..huhu...

Tu serba sedikit cite pasal kawasan umah aku...
My Home Sweet Home :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email