Halaman

Jumaat, 3 Disember 2010

Panggilan lucah

Petang tadi aku telah menerima satu panggilan dari nombor yang tak dikenali.
Pemanggilnya adalah dari seorang lelaki..
Suara dahlah pelik...macam tengah nangis pon ada..
Aku pon letak handphone...
Pastu dia sms balik..Sekali aku bukak sms dia...Tadaaaa...
Pergh...memang hampeh mamat tu...memang nak kene pelempang...
Berani hantar sms lucah kat aku....
Gile betul mamat ni...ntah mana-mana dia dapat nombor aku..
Kalau ikut hati aku ni nak je aku dedahkan nombor dia dalam blog...

from google

Aku ape lagi...terus taip msg pada dia balik "Aku hantar no ko kat balai polis"
Terus mamat gile tu jawab "Eh ni bukan ina eh...salah hantar...hehe"
Macam hampeh je jawapan dia...
Haaa...tau takut.....wakakakakaka...

Pernah ke korang mendapat sms/panggilan macam tu?

Basic Pasal Nuffnang Yang Patut Anda Tahu

Salam semua..
Tadi aku masuk satu blog kepunyaan En.Aizuddin tentang Nuffnang..
Memang best blog dia...
Banyak tips pasal Nuffnang yang aku belajar dari blog dia...
Aku mintak izin dari dia tadi untuk copy paste N3 dia dalam blog aku..
Boleh kita share sama-sama tips ari dia...Sharing is caring :-)


nuffnang
Ramai yang nak tau pasal nuffnang ni. Best ke? hehe. Nak tau pasal CPC? CPM? ni ha miss nuffnang baru mel kat aku. Lagi-lagi pasal fraud click. Tolonglah ye, hentikan korang punya fraud klik. Apa tu fraud klik? Mesti korang pernah dengar kan pasal fraud klik sebelum ni. Tapi tak tau maksud dia? Banyak betul persoalan kat sini. Mari sini aku cerita sikit.

Dah lama nak post entri ni, tapi terpaksa dipostpone memandangkan ada yang lebih penting dari ni, pasal contest ariffshah, arwah din beramboi dan anugerah bintang popular. hehe. Ok, sambung cerita..
Iklan kat nuffnang  ni terbahagi kepada 2 jenis iaitu CPM @ Metered (mCPM) Campaigns dan CPC.
fraud_click
  • CPM
Kita akan dibayar mengikut jumlah visitor atau pelawat yang datang ke blog kita. Senang cerita, berapa banyak orang tengok iklan tu, earning bagi nuffnang kita akan meningkat.
Jadi kalau nak dapat earning menerusi jenis iklan ni. Rajin-rajinkan lah cari trafik. Mesti ada caranya yang betul. Seo? Tinggalkan komen kat blog? Join gengblogger? Semua tu boleh meningkatkan trafik kita. Jadi pilihlah jalan mana satu yang korang nak pilih.
  • CPC
Kita akan dibayar mengikut jumlah iklan tu diklik. Jenis iklan macam ni lah yang blogger-blogger baru duk gila ni.
Datang blogwalking kat blog orang pastu cari shoutbox, terus tinggal komen. Bukan nak baca entri dan komen. Sebab tu aku sorokkan shoutbox aku kat sidebar. hehe. Kalau aku pun akan cari shoutbox, tapi aku tengok dulu entri blog tu, agak-agak best, memang aku akan komen dulu sebelum klik pangkah. Bukan susah pun nak tinggal komen. Mana tau dengan sekotak komen, korang akan dapat trafik secara percuma kan?
  • Main klik-klik?
Kalau korang main klik-klik pun, miss nuffnang ni bukannya orang kurang bijak yang tak pergi sekolah. Diorang pun pergi sekolah jugak, silap-silap buat master lagi. hehe. Jadi diorang boleh detect, makhluk-makhluk yang buat fraud klik ni. So kesannya, kebarangkalian untuk korang dapat kempen kat blog korang akan menurun seperti menurunnya prestasi manchester united bila main tanpa wayne rooney. hoho.
  • Bila diorang dapat kesan?
Kalau diorang dah dapat  kesan siapa yang buat perbuatan haram ni, diorang tak teragak-agak untuk suspend atau menggantung akaun nuffnang korang seperti yang diorang pernah buat sebelum ni. Jadi, jangan kerana ketamakkan korang, akaun dah kena suspend. Kalau korang lepas pun, duit tu boleh jadi darah daging. Bahaya kan? Seumur hidup dengan sumber rezeki dengan cara yang salah.
  • Nak klik jugak?
Kalau niat korang nak klik untuk nak ambil tau pasal iklan tu, memang dibenarkan pun. Bukannya tak boleh pun. Asalkan niat korang tu betul. Setiap benda yang kita lakukan memang berdasarkan niat kita. Jadi, betulkan dulu niat korang sebelum nak klik-klik iklan ni eh.

Lepas ni kalau nak tau ape-ape pasal Nuffnang terus je pegi blog dia ye...
Kredit to  En.Aizuddin . (^_^)v
 

Kes rogol lagi...

Warga emas dijel 10 tahun, 6 sebatan

BATU PAHAT 2 Dis. - Perkenalan antara seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun dengan seorang lelaki berusia 56 tahun terjalin apabila kanak-kanak itu tersalah menghubungi nombor telefon warga emas tersebut.

Sejak itu, mereka saling berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS) selama sembilan bulan sebelum kanak-kanak itu mengambil keputusan lari dari rumahnya di Gemas, Negeri Sembilan untuk bertemu warga emas daripada golongan kurang upaya (OKU) itu buat pertama kalinya.
Itupun setelah kanak-kanak itu dijanjikan untuk dibawa bersiar-siar ke Genting Highlands.
Sebaliknya, apa yang berlaku, kanak-kanak itu telah diperkosa oleh warga emas berkenaan yang mengalami kecacatan di kedua-dua bahagian tangannya.

Untuk membaca artikel seterusnya KLIK DI SINI..

Aiyoyo.. kes macam ni pon ada...aktiviti 'berseronok' suka sama suka di antara budak berusia 13 tahun dengan orang tua yang berusia 56 tahun...
Orang tua tu dah menghancurkan masa depan budak perempuan tu...
Terkedu seketika aku baca berita ni...
Budak 13 tahun boleh jatuh cinta dengan orang tua 56 tahun..
So, dapat aku simpulkan di sini...nafsu tak mengenal usia...
Adik-adik yang masih belajar di luar sana...
Kakak di sini nak pesan...
Adik-adik semua kene jaga maruah adik-adik..
Ingat mak ayah adik-adik semua..
Jaga maruah mak ayah adik juga ye... :-)

Bahasa SMS

Salam semua...
Dah hari Jumaat harini kan...?
Korang dah breakfast ke?
Harini aku nak buat N3 pasal bahasa SMS...
Aku rasa kita semua iaitu golongan yang menggunakan handset ataupon chatters memang tak lari dari menggunakan bahasa SMS ataupon bahasa ringkas...termasuk lah aku...
Masa SMS pon kita guna, masa chatting pon kita guna...Betul tak?
Kat bawah ni adalah contoh baca SMS yang kita biasa gunakan...
  • blh = BOLEH
  • x = tidak
  • on9 = online
Tu sebagai contoh jelah...aku mengaku ketiga-tiga perkataan di atas adalah salah satu dari perkataan yang aku biasa gunakan...
Sekarang ni pon dalam laman soasial seperti facebook, twitter dan sebagainya pon ramai pengguna yang menggunakan bahasa ringkas  termasuk aku...


Tapi sekarang ni aku tengok bahasa SMS budak-budak sekarang makin menjadi-jadi...
Sebagai contoh...
  • kew = ke
  • jew = je
  • ktew = kita
  • dyew = dia
  • gilew = gila
  • apew = apa
Oh tidak...ape pasal nak tambah 'w' kat belakang perkataan semua tu...???
Pelat ke? T___T
Tolonglah jangan taip perkataan yang mengarut macam tu ...
Kalau setakat guna bahasa ringkas tu boleh diterima lagi ...
Tapi tolonglah jangan guna bahasa pelat-pelat macam tu..
Geli je...

Aku penah tengok sorang orang berusia terkial-kial nak baca satu sms...
Mana tak nya..budak ni tulis macam ni...
"t amik alng aw"
(bermaksud "Nanti ambil along tau")
Aduhai..agak-agaklah nak bagi sms macam tu kat orang-orang tua..
Aku sekeh jugak budak tu kang...
Kalau kita ni bolehlah faham ape dorang tulis...
Lenkali tengok-tengoklah sikit nak bagi sms macam tu kat sape...
Kalau kat kawan-kawan sebaya korang bolehlah...
Sila tanam kan rasa hormat anda kepada orang yang lebih tua..

Aku mintak sangatlah kepada sesape yang menggunakan perkataan yang ala-ala pelat macam tu tolonglah tengok-tengok sikit pada siapa anda nak bagi sms ye..
Sorilah..aku agak emo sikit hari ini...
Bahasa aku pon sebenarnya bukan bagus sangat...tunggang langgang jugak...
Tapi aku takdelah sampai ke tahap nak terlalu meng'short'kan bahasa...
Kalau setakat drpd(daripada), pd(pada), mlm(malam), etc tu biasalah...
Tapi takdelah sampai ke tahap nak ubah perkataan tu jadi macam apew(ape), t(nanti)...
Boleh kuar asap kat kepala kalau baca sms yang buak-budak sekarang buat...
Jom kita sama-sama fikirkan..


FROM GOOGLE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email