Halaman

Jumaat, 25 Februari 2011

Siri mengedit gambar amani - part 2


gambar di atas telah diedit oleh saya dengan menggunakan adobe photoshop..
simple aje...sebabnya saya adalah golongan yang baru belajar software ini..
 Best betul guna photoshop ni...macam-macam ada :)


Selamat Hari Lahir adik nombor 2

hari ni 25/2/2011 merupakan birthday adik aku Mohd Hanafi Bin Rahman yang ke 25...
Untuk berkenalan dengan beliau boleh bukak blog dia http://johnjeninz.blogspot.com/
(han aku adh tolong promote blog ko ni..hahaha)
27/2/2011 pulak birthday adik aku Mohd Hafiz Bin Rahman yang ke 27...
14/2/2011 pulak birthday aku...
waa..pandai sudah mak abah aku plan bila anak-anak dia patut lahir..hihi
Semoga ko berjaya di dunia dan di akhirat...amin...




credit to google

Khamis, 24 Februari 2011

Malaysia vs Pakistan

Tahniah buat pasukan Harimau Melaya kerana berjaya memenangi perlawanan kelayakan Olimpik kat Stadium Shah Alam malam tadi...
(Aku sempat tengok separuh masa pertama je oi...separuh masa kedua aku dah tertido dengan anak aku...haha)

Tapi boleh tahan jugak panas baran salah seorang pasukan Pakistan ni...
Ade ke patut dia tendang kaki penjaga gol kita..
Tak pasal-pasal je dapat kad merah..
Itulah padahnya bila tak dapat mengawal perasaan...
Ape-apepun aku ucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan kita sebab menang 2-0...

Amani kene cucuk arini

Pagi tadi aku bawak amani pegi cucuk kat klinik kesihatan bandar penawar
Kali ni amani kene amik suntikan untuk 6 bulan pulak..
Macam biasa..mula-mula timbang berat dulu..
Kene bukak pampers dan baju dulu sebelum timbang...
Dan hasilnya..tadaaaa....7.0kg je...turun 0.2kg dari bulan lepas...
Adakah puncanya amani sedang belajar untuk merangkak?
Lepas tu ukur tinggi pulak...
Dan hasilnya....59 cm....bulan lepas 68cm...bulan ni turun 59cm...ape ke pelik ukuran tu...
Boleh pulak ukuran tinggi turun pulak ek...
Ke sebab klinik ni salah ukuran?
Ataupun klinik sebelum ni kat KL salah amik ukuran?
Ntahlah...
Dan lepas tu cucuk pulak...
So 28/4 adalah next appointment amani yang seterusnya...
Jangan buat-buat lupe ye ibu..

Rabu, 23 Februari 2011

Gelagat amani pagi ini

Macam biasa...pagi-pagi aku akan hantar si kecik ni ke rumah pengasuh dia...
Macam tau-tau aje...selalu kalau hari cuti pandai pulak dia bangun awal...630 pagi dia dah bangun...
Tension je...haha..kalau boleh hari cuti lah nak bangun lambat...kan? kan?
Tapi kalau hari kerja ni...saje je dia bangun lambat-lambat...huhu
Selalu kalau agah-agah dia pepagi dia ketawa-ketawa...(mood amani biasanya ok waktu pagi..huhu)
Tapi tu hari cuti jelah...
Kalau hari kerja..hmmm....masam je muka dia...macam tau-tau je aku nak hantar dia pegi umah pengasuh..
Dan macam biasa..aku hantar je dia kat umah pengasuh dia terus nangis sambil pandang muka aku..
Dan aku macam biasa terpaksalah bertindak kejam, cepat-cepat masuk kerete dan blah cepat-cepat...
Kesian amani....sorry sayang..

Selasa, 22 Februari 2011

Selamat Hari Lahir saya

Ye..saya dah berumur 28 tahun pada 14 Februari 2011 yang lalu...
(Aku anti dengan sambutan Hari Valentine!!)
Bukan 18 tahun...hihi (perasan)
haha...tak sangka pejam celik pejam celik lagi 2 tahun je aku nak berumur 30 tahun...
Alhamudulillah..terima kasih Allah kerana mengurniakan aku..
  1. Kesihatan yang baik...
  2. Kerjaya yang stabil...
  3. Suami yang baik dan handsome pada mataku...(pujian ikhlas)
  4. Anak yang sangat comel, keletah dan tembam...
  5. Keluarga yang bahagia...( Terima kasih abah dan emak kerana bersusah payah membesarkan anakmu yang nakal ya amat ni...terima kasih jugak kepada adik-adikku apis dan han sebab sudi mengajar aku karate dari kecik...(sebenarnya bergaduh tu..haha)...)
  6. Kawan-kawan yang baik...dari zaman kanak-kanak sampailah zaman bekerja...
Syukran ya Allah ...:)

Happy birthday to me :)


credit to google



Amani is 6 monts old!

Happy birthday my dear princess..
Dah 10 hari lewat lah ibu ni...apelah ibu ni...
Cewaahh...6 bulan pon nak kene wish birthday ke?
Haha..macam-macam je ibu amani ni kan..
Amani dah boleh makan sekarang..hoyeaa...
Khamis ni ibu bawak amani pegi cucuk sekali lagi ok?
Love u amani...


Khamis, 10 Februari 2011

Amani masuk hospital-part 2

Sambung dari entry semalam..
So lepas suami aku sampai umah kitorang terus bawak amani pegi kilnik penawar..
Kat klinik pon amani menangis je...mungkin sebab hidung da tersumbat or tak selesa bernafas...
Doktor kuarkan surat untuk refer ke hospital..
Mujur husband aku ada hospital panel...
Jadinya kami pon bawak amani pegi hospital penawar malam tu jugak..
Memang meletihkan betul malam tu...
Dengan belum makan malamnye.dengan baru balik kejenya...
Dengan tak mandinya lagi...Letih sangat...
Tapi kitorang gagahkan jugak sebab risau tengok keadaan amani..
So dalam pukul 830 setelah siap packing barang-barang yang patut untuk dibawak ke hospital kami pon bertolak ke pasir gudang...(perjalanan makan masa 1 jam setengah...)

Lebih kurang pukul 10 sampai...
Suami buat registration dulu..
Then amani dibawak masuk 1 bilik..
Doktor letakkan stetoskop kat dada amani..
Amani kene pakai nebulizer pulak...(meraung-raung dia masa ni :-( )
Amani x-ray kat bahagian paru-paru pulak...
Then doktor sahkan amani kene tahan kat wad bermula malam tu..
Amani kene amik darah pulak...
Pastu kene cucuk kan bahagian tangan pulak untuk masukkan air dan antibiotik...

Setelah amani penat menangis dan mengahrungi perjalanan yang agak jauh malam tu...dia pon tertido kat katil wad lepas disusukan...
Dalam pukul 12 malam barulah kami anak beranak dapat tido dengan lenanya..
Mujur hospital tu sediakan 2 katil.
1 katil untuk baby...
1 katil untuk parents...
Amani tido dengan ayah kat katil besar...
Ibu pulak tido kat katil bayi..haha..sakit gile kaki kene mengerekot...hihi

To be continued...

Harimau Malaya mengaum lagi

Credit to google

 Tahniah diucapkan kepada pasukan kita harimau Malaya kerana berjaya mengalahkan Hong Kong 2-0..
Walaupun semalam aku hanya sempat tengok perlawanan tu pada separuh masa pertama bersama amani...tapi aku puas hati sebab pagi tadi berita kat radio umumkan Malaysia menang dengan jayanya...
(Separuh masa kedua aku dah tertido dengan amani sekali daa...huhu)

Tahniah dan tahniah sekali lagi kepada Harimau Malaya :-)

Rabu, 9 Februari 2011

Amani masuk hospital-part 1

Kesian sungguh anak daraku sorang ni...
Kecik-kecik dahn kene masuk hospital..
24/1/2011 :
Petang tu macam biasa lepas balik keje aku memecut laju (poyo je..huhu) untuk amik amani kat umah pengasuhnya...
Kebetulan hari tu aku kene pegi ke Kolej Komuniti Kota Tinggi..
Dari pagi sampailah ke petang aku keje kat sana...
Jauh jugak dari Bandar Penawar ke Kota Tinggi...lebih kurang 45 minit...
(Bagi pemandu macam aku yang baru nak merangkak-rangkak ni..adalah makan masa dalam satu jam..huhu)
Masa aku kat Kota Tinggi tu hati aku dah tak sedap..
Sebabnya pagi sebelum aku hantar amani tu dia tak sihat..
Selsema dan batuk...
Tapi aku ada pesan kat pengasuh dia..kalau ada ape-ape hal contact aku terus...
Risau betul aku hari tu sebabnya aku kene pegi Kota Tinggi..
Dahlah jauh nak patah balik ke Bandar Penawar...

Petang tu lebih kurang 430 petang aku drive pulang ke Kota Tinggi ..so dalam pukul 530 sampai kat Penawar..
Pengasuh amani bagitau amani tak nak minum susu sangat..
Dia cuma dapat habiskan 2 botol je...
Huhu..risau betul hati...
Masa dalam kete aku agah-agah panggil nama dia pun dia tak pandang..
Sampai je rumah amani terus nangis-nangis merengek-rengek..
Aku call suami aku tanay dia kat mana...
Dia kata dia dah sampai Felda Air Tawar dah..
Aku citelah kat dia yang amani menangis je..
Suami aku kata lepas balik keje kang dia bawak amani pegi klinik...

To be continued...

Rabu, 2 Februari 2011

Jadual Imunisasi Bayi yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

Imunisasi 5 bulan untuk Amani

Kesian puteri sulungku...
Lepas amik injection untuk umur 5 bulan masa cuti thaipusam kat klinik penawar terus dia demam...
Sebelum amik injection tu dia memang dah kene selsema dengan batuk..
Susu pun dia tak lalu minum...
Before amik injection tu aku ada tanya lat doktor takpe ke amani kene inject masa dia tengah selsema atau batuk?
Doktor kata nothing to worry..Dalam keadaan demam je amani tak boleh inject..
So, boleh teruskan..
Macam biasa, amani nangis jugak masa kene inject..
Dalam 5 saat macam tu je dia nangis...
Pastu dah dukung senyap lah budak kecik ni...
Petang tu badan dia dah mula panas...
Aku tepek kan kool fever kat dahi amani..
Pastu bagi ubat demam kat dia...
Kadang-kadang aku tuamkan badan dia dengan tuala basah..
Malam tu demam dia on off on off..
Memang tido tak nyenyak aku  malam tu tengok amani kat sebelah..
Dalam sejam dua aku terjaga rasa dahi amani..
Mungkin inilah perasaan mak-mak kita masa jaga kita dulu...
Bagai menatang minyak yang penuh...
Ya Allah..ampunkanlah dosaku seandainya perbuatanku selama ini pernah mengguris hati ibu ku...

So, esoknya aku amik emergency leave..
Aku tak hantar amani kat baby sitter dia...
Alhamdulillah..demam dia semakin kebah...
Tapi batuk dan selsema dia tak kurang-kurang lagi...

to be continued....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email