Halaman

Rabu, 9 Februari 2011

Amani masuk hospital-part 1

Kesian sungguh anak daraku sorang ni...
Kecik-kecik dahn kene masuk hospital..
24/1/2011 :
Petang tu macam biasa lepas balik keje aku memecut laju (poyo je..huhu) untuk amik amani kat umah pengasuhnya...
Kebetulan hari tu aku kene pegi ke Kolej Komuniti Kota Tinggi..
Dari pagi sampailah ke petang aku keje kat sana...
Jauh jugak dari Bandar Penawar ke Kota Tinggi...lebih kurang 45 minit...
(Bagi pemandu macam aku yang baru nak merangkak-rangkak ni..adalah makan masa dalam satu jam..huhu)
Masa aku kat Kota Tinggi tu hati aku dah tak sedap..
Sebabnya pagi sebelum aku hantar amani tu dia tak sihat..
Selsema dan batuk...
Tapi aku ada pesan kat pengasuh dia..kalau ada ape-ape hal contact aku terus...
Risau betul aku hari tu sebabnya aku kene pegi Kota Tinggi..
Dahlah jauh nak patah balik ke Bandar Penawar...

Petang tu lebih kurang 430 petang aku drive pulang ke Kota Tinggi ..so dalam pukul 530 sampai kat Penawar..
Pengasuh amani bagitau amani tak nak minum susu sangat..
Dia cuma dapat habiskan 2 botol je...
Huhu..risau betul hati...
Masa dalam kete aku agah-agah panggil nama dia pun dia tak pandang..
Sampai je rumah amani terus nangis-nangis merengek-rengek..
Aku call suami aku tanay dia kat mana...
Dia kata dia dah sampai Felda Air Tawar dah..
Aku citelah kat dia yang amani menangis je..
Suami aku kata lepas balik keje kang dia bawak amani pegi klinik...

To be continued...

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email