Halaman

Khamis, 31 Mac 2011

Selamat Hari Lahir Kak Gha



Pada 31 Mac 1983 pada pukul tak tau pukul berapa lahirlah seorang puteri yang diberi nama Noor Azura Usof a.k.a Kak Gha..
Walaupon dia lahir sama ngan aku jangan ditanya kenapa aku panggil dia kakak...hehe
Berkenalan ketika studi kat UiTM Dungun dulu  kan kak Gha...
Suka bile dengar Kak Gha ketawa :)
Aku penah pegi umah dia dulu kat Felda Ketereh...dan baru aku tau makna 'kopek'  dalam bahasa Terengganu ketika beliau menerangkannya pada aku...

Semoga dirimu sihat selalu...dan berbahagia di samping en.hanafi setapa,anis nafisha dan baby yang akan tubik tak lama lagi...hehe
Dan terimalah kad dariku ini... :P

Bersarapan bubur nasi

Pagi tadi sebelum nak start enjin atau dalam erti kata lain memulakan kerja kitorang pon pegi Medan Selera kat area Bandar Penawar ni..
Menu pilihan pagi ni adalah bubur nasik..
Semangkuk besar tu...cuma berharga RM3..
Dah macam rupe makan tengahri dah aku tengok...

Bahan-bahan yang menjadi pilihan untuk dicampur adukkan dalam bubur tu ialah...telur masin+lobak asin+kangkung masak belacan..kicap takde pulak...makcik kedai tu lupe beli agaknye..
Fuhhh..memang terangkat...i love to eat bubur kangkung masak belacan very very much...
Memang sedap ar bubur kangkung masak belacan makcik tu...
Woi ape ni???kata makan bubur...hahaha
Asal lak tetiba kangkung masak belacan ni???

Thumbs up kat bubur kangkung masak belacan makcik tu...
Makcik..nanti saya datang lagi ek...

Rabu, 30 Mac 2011

Tarian poco-poco diharamkan di Perak

Pagi tadi masa aku tengah drive pegi keje seperti biasa layan Sinar Pagi dulu..
Tetiba terdengar berita mengatakan tarian poco-poco diharamkan..
So, untuk mendapatkan kepastian dan kesahihan berita yang aku dengar tadi, aku pon cepat-cepatlah bukak Kosmo Online kat pc ofis aku.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo Online...

credit to google

Selasa, 29 Mac 2011

Pemandu wanita berbahaya?

KUALA LUMPUR 28 Mac – Sidang Dewan Rakyat hari ini ‘hangat’ apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mendakwa pemanduan golongan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya sekali gus boleh mengundang kemalangan.


Dakwa beliau, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah dengan risiko kemalangan.

Malah, ujarnya, pemandu wanita terbabit akan berasa marah selain ada yang sanggup mengeluarkan tangan mereka menunjukkan pelbagai isyarat sekiranya pemandu lain membunyikan hon. (sumber dipetik daripada Utusan Malaysia online)

Aku tak berapa bersetuju dengan kenyataan yang beliau utarakan..
Tak semestinya pemandu wanita je..pemandu lelaki pon ada yang memandu secara berisiko...
Aku sendiri pon pernah dihon oleh pemandu lelaki yang tak berhemah...
Macam lah jalan raya ni dia sorang je yang nak cepat...
Korang setuju tak dengan kenyataan Datuk Bung Moktar Radin?

Isnin, 28 Mac 2011

27 Mac 2011

Alhamdulillah...semalam genap 3 tahun aku bertugas sebagai penjawat awam..
Masih ingat lagi masa aku bekeje sebagai Analyst Programmer kat sebuah company @ Penang dulu..
Banyak kisah suka duka selama hampir 2 tahun aku di sana..
Siang malam fikir macam mane nak selesaikan coding...
Masuk keje pukul 9 pagi..Balik keje pukul 9 malam...
Tapi banyak ilmu yang aku pelajari di sana...
Bos aku pon sangat sporting...Best gile dapat bos macam En.Saihanai Idaffie :)

Cumanya aku cari kerja lain sebab kalau boleh aku tak nak duduk berjauhan dengan family dan kerja sampai larut malam..
Aku kalau boleh nak jadi permanent staff...Tak nak renew-renew kontrak ni..

Aku kalau boleh nak tengok anak-anak membesar depan mata...
Dan aku kalau boleh nak berkongsi suka duka bersama suami setiap saat...
Dan setelah hampir genap 2 tahun aku bekerja di sana..aku tekad nak cari satu pekerjaan yang sangat stabil...
Dan yang membolehkan aku bersama keluarga di hujung minggu...

Alhamudillah...tak sia-sia permohonan aku di SPA online...
aku telah dipanggil interview di SPA Jalan Cendrasari..
Interview pertama kali ni... :)
Sanggup aku balik KL naik bas sehari sebelum interview..
Aku mintak balik awal petang tu..Dalam pukul 6 lebih aku naik bas...
Sampai umah dekat pukul 12 malam..
Malam tu aku pon bacalah sikit-sikit pasal isu semasa dalam paper..
Manalah tau kot-kot esok panel tanya aku soalan berkaitan tu..

Esok pagi kul 6 aku dah bangun...abah aku dengan semangat sekali nak hantar aku..
Pukul 7 kami dah gerak dari rumah...
Dalam pukul 720sampai kat pusat temuduga...
Sampai-sampai je aku cepat-cepat beratur untuk amik nombor giliran...
Yes...aku orang pertama yang akan ditemuduga...
Orang lain semua aku tengok tak nak jadi orang pertama..huhu

Dalam pukul 8 aku dipanggil masuk bilik...
Ada dua orang panel lelaki dalam tu...
Macam biasa..mula-mula sesi memperkenalkan diri dalam bahasa Inggeris..
Pastu dia tanya ape yang sedang berlaku kat Malaysia...
Masa tu ada dua topik hangat yang sedang berlaku kat Malaysia..

Yang pertama banjir...yang kedua isu Hindraf...
Aku dengan selamba pilih isu Hindraf...biar panel ni inngat sikit aku...hahaha
Alhamdulillah segala soalan yang dorang tanya aku dapat jawab dengan yakinnya..(tapi dalam hati tuhan je yang tau...)
Dan kenyataan terakhir dia bagitau pada aku.."Awak ni memang dah buat persediaan dari awal ye untuk datang temuduga ni?"
Aku jawab "Ye encik...sudah semestinya..siapa yang tak nak jadi penjawat awam.Beribu-ribu orang kat luar sana yang nak jadi penjawat awam...Jadi, saya mestilah buat persediaan awal...Rugi lah kalau datang tapi tak bersedia...Saya sanggup datang dar Pulau Pinang semata-mata nak pegi interview ni"
Panel tu senyum-senyum je masa aku cakap macam tu...hahaha
Amacam??dasyat tak jawapan aku?hahaha...
Tapi betul kan??siapa yang tak nak jadi penjawat awam kan?kan?

Bila ingat-ingat balik macam tak percaya aje aku berjaya dalam temuduga kali pertama ni...
Alhamudulillah...mungkin rezeki aku...:)


Kepada blogger-blogger yang dah mencuba bekali-kali memohon ntuk menjadi penjawat awam jangan berputus asa...
Teruskan memohon...sekiranya ada rezeki kalian..insyaallah akan tiba jua...
Saya doakan kalian semua berjaya...
Kalau tak dapat menjadi penjawat awam pon tak mengapa..
Teruskan kerjaya anda sekarang :)

Sabtu, 26 Mac 2011

Lurah Bilut


Korang tau tak ape keistimewaan Lurah Bilut?
Penah tengok cite Bilut?
Kalau tak penah tak ape..hahaha...
Lurah Bilut ni merupakan felda yang pertama dibuka di Malaysia..
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tempat ni, anda semua boleh melayari
http://ms.wikipedia.org/wiki/Lurah_Bilut

Aku tak tersengaja sampai ke sini pada 21 Disember 2008 semasa out station kat Kuala Lipis dulu...
(Terima kasih JPJ kerana sudi menghantar aku ber'JPJ Bersama Rakyat' kat Felda Sungai Koyan :) )
So on the way balik KL aku terlalu lah kat kawasan ni..
Peluang mesti tak akan dilepaskan..
Sanggup tu aku berenti tepi jalan suh adik aku amik gambar ...
(adik aku temankan aku pegi outstation masa ni :P )
Rasa macam orang jakun kejap...hahaha
Tapi pedulik ape kan..malu rugi...ngengeh...
Yeaaaa..saya sudah sampai Lurah Bilut :)

Jumaat, 25 Mac 2011

3 S Famliy

Kenapa 3S Family?
Kenapa bukan 4S ke..5S ke?


3S for..
1.Shaiful Nizam - suami gue
2.Siti Hasmah - nama gue
3.Shafiyyah Amani - nama anak gue

So 3S tu sebenarnya 1st alphabet pada nama-nama kami..
Jadi..jadi sudah semestinya anak aku yang seterunya akan bermula dengan nama S...:p

Pic kat bawah ni adalah pic masa kami berpoye-poye 3 beranak kat Batu Layar...
Dekat je ngan umah kitorang...Dalam 15 minit aje :)

Ini gambar kami masa katBatu Layar




"Shaye suka ayah shaye terbangkan shaye"-kata Amani


"Shaye sedang melihat ketam kecik berjalan"-kata Amani


"Shaye suka melihat keindahan pantai.Jaga kebersihan pantai tau"-kata Amani


Khamis, 24 Mac 2011

Amani selsema dan batuk

Semalam aku dengan husband bawak amani pegi klinik..
Dia dah mula batuk-batuk dan selsema semalam...
Hopefully cepat-cepat recover...
Get well soon my daughter....



Resipi Laksa Johor

Ahad yang lepas aku dengan confidentnya masak laksa johor feberet suami..
So..kata suami aku merangkap tukang juri rasa laksa yang aku dah masak untuk dia dah rasa laksa johor...
Tapi tak kick lagi macam mak aku buat..
Kira komen yang positif lah tu kan? kan ? kan?
Biasalah tu 1st time masak benda alah ni..mesti ada terkurang mana-mana kan? kan? kan?
(tulah....dah tua baru nak cuba masak laksa...eh..tua ke aku?hahah)
Yang paling menyejukkan hati laksa yang aku buat habis...T_T
Aku sangat terharu SEBAB en.suami telah berbesar hati menghabiskan laksa johor saya...hihi


Jom kita tengok ape bahan-bahan dia..

BAHAN-BAHAN (untuk 2 orang makan)

5 ekor ikan kembung/selar (ikan tenggiri pon boleh)
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2cm halia
2cm lengkuas
1 sudu besar udang kering
2 batang serai
3 keping asam keping
5 sudu cili boh
2 susu besar kerisik
semangkuk santan pekat
Garam secukup rasa
1 sudu besar rempah rahsia nenek aku (aku tak pasti nenek aku buat camne..tau-tau je nenek aku bagi yang telah siap di blend..kalau takde boleh gantikan ngan rempah kari...)
Minyak
1/2 bungkus spaghetti lidi  (cara rebus letak marjerin/atau minyak sikit dalam air...bila dah masak dan nak tos lalukan ngan air paip supaya ia tak lekat)
7 helai daun kari


CARA MEMBUATNYA

1.Rebus ikan...bila dah masak asingkan isi ngan tulang..amik isi aje...air stok ikan tu simpan sikit...
2.Blender bawang besar+bawang putih+halia+lengkuas+serai+udang kering+isi ikan
3.Tumis bahan-bahan yang dah diblender
4.Bila dah naik bau masukkan pulak cili boh+asam keping+rempah+kerisik
5.Bila dah naik minyak masukkan pulak santan+sedikit stok ikan...
6.Kacau sampai pekat
7.Masukkan daun kari



Laksa yang telah siap dimasak boleh dimakan bersama air perahan limau+sedikit sambal belaca+hirisan bawang+hirisan timun dan sebagainya...

Dah siap....:)




Rabu, 23 Mac 2011

Amani demam

Kecian dia...demam pulak ahad lepas...
Suhu badan dia kejap ok kejap tak..risaunye ibu...
Tapi amani bagus..even demam susu tetap mcm biase..
Montel pon montel...semakin membuyat..
Dan harini amani dah makin sihat... :-)

Jumaat, 18 Mac 2011

Amani is 7 months old

Yea...amani dah besar dah...
Yea...amani dah boleh meniarap sampai bergolek-golek depan almari..
Yea..amani dah pandai buat bunyi-bunyi yang boleh buat ibu gelak...
Yea..yang paling penting amani dah boleh makan solid food :)


Tag from Bain :)

Lama dah x jawab soalan tag ni....:P
Yelah bain demi menyahut permintaan ibu-ibu mengandung ni maka akak dengan rela hatinya menjwab soklan tag dari bain ni...hehe..
Anyway tq :)

soklan no. 1: Pernah ke anda rase 'hot'?
jawapan soklan no. 1: Penah..masa sekolah rendah dulu...masa naik bas sekolah terdengar nama aku disebut antara budak2 hot kat sekolah...waaa...perasan sekejap..

soklan no. 2: upload wallpaper yang anda gunakan sekarang.
jawapan soklan no. 2:


 
soklan no. 3: ceritakan pasal wallpaper tersebut
jawapan soklan no. 3: Edit by photoshop.gambar anak aku....yang comel+manja+bam bam+montel+bulat....love anything about her...:)

soklan no. 4: bila kali terakhir anda makan pizza?
jawapan soklan no. 4: Bila ek...rasanya kali terakhir makan dengan husband...sebelum bersalin dulu kot...Aku tak bape suka sangat pizza ni...kalau nak makan roti baik beli kat bakers cottage :p

soklan no. 5: Lagu paling terbaru anda dengar
jawapan soklan no. 5: Dalam kereta hari2 aku pasang lagu nayid maher zain...tak pon sinar pagi..kat ofis pulak x leh dgr lagu sebab sound card rosak...so..aku pon x tau ape lagu terkini skrg ni :P

soklan no. 6: apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ni?

jawapan soklan no.6: Tengah fikir macam mane nak selsaikan task kat ofis yang berlambak ni...

soklan no. 7: selain nama sendiri, anda dipanggil ape?
jawapan soklan no. 7: 

Suami panggil : Im
Mak abah ngan adik2 panggil : Im
Nenek dan sedara mara : Im
Isteri adik aku ngan family dia panggil : Kak Im/Im
Mak mertua , nenek dan adik2 ipar belah suami panggil : Asma/Mah/Kak Asma
Kawan-kawan ofis:Asma/As


(macamane aku dapat gelaran nama Im tu aku sendiri pon tak tau...)

soklan no. 8: tag lagik 5 orang

jawapan soklan no. 8: Kalau rajin nak buat, you are welcome to do so especially to (pinjam ayat Farah :p)

1.Suami saya

soklan no. 9: siapa orang no. 1 pada anda?
jawapan soklan no. 9: Dia adalah peminat saya...hihi...dialah suami saya..dialah pengarang jantung saya...dialah pendengar setia saya..dialah cikgu  memandu saya (garang!!!)..dialah ayah kepada anak saya ..love u so much :)


soklan no. 10: katakan sesuatu pada orang no. 5
jawapan soklan no. 10: Kak Rita..jelesnya tengok akak dapat kumpul stok susu dengan jayanya :(

soklan no. 11: no. 3 ada hubungan dengan siapa?
jawapan soklan no. 11: Jeng jeng jeng...hahaha...of courselah dengan hubby dia..No.2 sekarang sedang pregnant anak kedua :)

soklan no. 12: bagaimana pula dengan no. 2?
jawapan soklan no. 12: Adik aku a.k.a Gohan yang poyo..haha...

soklan no. 13: kata-kata cinta dengan orang no. 4?
jawapan soklan no. 13: Ish..saya bukan les..:P

soklan no. 14: 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang anda tag?
jawapan soklan no. 14: jawapan adalah seperti dibawah..

1.Suami saya-caring, soft spoken(kecuali ketika mengajar saya memandu sewaktu dulu),loving :)
2.Adik saya Han-Brutal tahap gaban
3.Kak Gha-Sukakan benda-benda yang cute ..sebab tu anak dia Anis cute :)
4.Aweks Han-gf kepada adik saya
5.Kak Rita-ex ofismate aku...ex schoolmate aku @STTJ...dunia ini sangat kecik..pusing-pusing jumpe orang yang sama...

Sinar Pagi

Salam pembaca-pembaca blog sekalian..
Alhamdulillah..dah hari Jumaat dah harini...
Esok cuti..yesssss....i like i like....!!!!
Tak tau lah ape plan hujung minggu ni...
Nak ajak jalan-jalan gaji belum masuk lagi T_T

Setiap kali on the way hantar amani pegi umah pengasuh ataupun pegi koje...macam biasalah..sambil drive sambil pasang radio..
Dan seperti biasa, stesen radio kegemaran aku ketika ini Sinar.fm...
Topi Sinar pagi yang menggabungkan Krill, KE dan SE memang buat aku bantai gelak dalam kereta..
Kang ada plak yang kata aku gile sebab gelak sorang-sorang dalam keta..
Nak ajak amani gelak sama-sama dia belum paham lagi...

Pagi tadi aku try cari stesen lain..sekali ko..tiap kali aku tekan search tiap kali tulah aku dengar DJ-DJ indon berceloteh...
Ya...rupanya aku tengah dengar stesen radio negara jiran kita..
Dah nama johor ni berhampiran ngan indon..

Dulu masa aku jalan-jalan kat Kelantan+Perlis selalu dengar lagu Thailand...
Hehe...macam-macam je kan...

Ape-ape pun Sinar pagi is the best..I FOLLOW....

http://www.sinar.fm/




Khamis, 17 Mac 2011

Khas untuk Nurnayli Damia binti Azrol

Gambar dibawah aku hadiahkan pada anak kawan aku Siti Juraizah Binti Jumi..
Dia ni kawan sekolah rendah aku dulu..memang kat sekolah dulu kamceng lah...
Macam biasa..aku edit guna photoshop :)


Berkursus kat Palace of The Golden Horses

Ye...inilah kali kedua aku dapat duduk kat hotel 5 bintang...hahahaha (gelak berlagak)
Kali pertama dulu masa aku meeting kat Meritus Pelangi Beach Resort & Spa Langkawi..
Aku tak ingat bape haribulan...tapi tahun 2008...Masa zaman anak dara dulu....
Gila ko..aku rasa kagum sangat sebab dapat jadi orang kaya sekejap..hahaha..(gelak orang jakun)
Cantik gile hotel ni...siap ada payung lagi dalam bilik...
Bila aku tengok harga untuk menyewa hotel ni..jadi biru muka aku...
Aku rasa memang aku tak mampu nak bayar untuk duduk kat hotel yang macam ni....

Dan pada 28 Februari 2011-2 Mac 2011 aku sekali lagi diberi peluang untuk duduk kat hotel 5 bintang lagi..
Dan sekali lagi sebelum aku duduk kat hotel ni, aku akan siasat dulu harga sewa hotel ni..
Dan sekali lagi mata aku rasa macam nak bertukar jadi oren..mahal gile!!!
Hahaha...ye kawan-kawan..aku dapat merasa duduk kat Palace of The Golden Horses..
Caya tak?caya tak?
Hotel ni memang cantik..macam old castle...
Tapi aku agak takut sikit sebab hotel ni banyak patung kuda...
Bilik aku pon ada patung kuda...
Kalau duk sorang-sorang ni meremang gak bulu tengkuk..
Mujurlah aku dapat roomate...
Wa cakap lu..sampaikan botol syampu dia pon botol kuda...memamg unik!
Aku agak owner hotel ni suka kuda kot..huhu
Nanti aku upload gambar botol tu...hahaha
Biasalah..dah nama duk hotel..wajiblah rembat botol syampu tu semua..
Bilik air toksah cakap...macam bilik tido dah rupenya..cantik tahap ultraman!!
Siap ada bath tub lagi! Tapi aku tak sempat nak berendam sebab takde masa...dah nama pon kursus kan..hahaha..Kalau tak..ada jugak peluang nak bersuka-suki..

Dulu Mawi kawin kat hotel ni kan? kan? kan?



Isnin, 14 Mac 2011

Dua tiga babi berlari ..

Sungguh kurang sopan tajuk di atas...haha...
Pagi tadi masa nak hantar Amani pegi umah baby sitter dia aku terperasan ada seekor makhluk berkaki pendek berbadan coklat dari arah semak berlari pecut 100 meter melitasi jalan raya yang lengang...
Depan kete aku pulak ada pakcik bawak motor kaler merah...
Pakcik tu pon perlahan kan moto dia nak nengok ape yang melintas..

Rupenya babi tu tumpang lalu..
Kemain laju dia berlari..
Yes..gua nampak babi hutan di waktu siang di Bandar Penawar (bunyi macam sedikit jakun je kan?)
Bukannya aku tak penah tengok babi hutan kat Zoo Negara...penah je ...
Tapi tu babi kat Ulu Klang...hahaha...



Ahad, 13 Mac 2011

Percubaan membuat Laksa Penang

Ye pagi tadi selepas aku mengemas rumah dan membasuh baju...
Kitorang pon meronda-ronda kat sekitar Pusat Bandar Penawar untuk mencari bahan mentah untuk dibuat lauk..
Dan bahan-bahan yang terpilih itu adalah...
  1. Halia
  2. Daun kesum
  3. Bunga kantan
  4. Ikan kembung
  5. Laksa
Tentu kalian pon dapat agak kan ape benda yang aku nak masak...(Tengok tajuk entry aku pon budak tadika dah boleh agak...)
So, bila dah sampai kedai macam biasa..mintak tolong encik suami jagakan amani kejap dalam kereta...
Aku pon ape lagi..macam lipas kudung cari bahan-bahan tadi..
Tak lupe jugak beli suratkhabar...(hidup aku tak lengkap kalau tak baca paper hari ahad..haha)

Sesampai di rumah misi pon bermula...
So aku nakkongsi resipi memasak Laksa Penang  kat korang semua.. :P
Encik suami dah cakap sedap, tu yang aku berani mewar-warkan resipi rahsia aku ni..wakakaka
Bahan yang aku gunakan ni untuk 2 orang makan sahaja...iaitu aku dan suami aku...

Bahan-bahannya

 
Kuah
Sedikit halia
5 ekor ikan kembung
1 tin sardin kecik
 Daun kesum
Bunga kantan
Sebiji bawang besar
2 biji bawang putih
5 sudu cili boh(ikut pedas)
Asam keping
Garam secukup rasa

Cara membuat kuah
  • Mula-mula rebus ikan kembung dulu...api jangan lupe basuh ikan tu dengan asam jawa dulu bagi hilang hanyir dia...Bila dah masak amik isi ikan letak dalam blender..Tulang ikan buang dalam tong sampah...huhu
  • Air rebusan ikan tu biarkan aje dalam periuk...
  • Blender bawang putih+bawang besar+halia+isi ikan+sardin(kalau boleh jangan blender halus isi ikan tu...)
  • Masukkan bahan yang dah diblender tadi dalam air rebusan ikan
  • Masukkan garam+2 keping asam keping+5 susu besar cili boh
  • Bila dah mendidih masukkan pulak daun kesum+bunga kantan
  • Bila bahan-bahan tadi dah betul-betul masak dan sebati barulah boleh tutup api :)

Laksa
Gunalah cap apa pun..janji halal...

Cara merebus laksa
 Rendam dalam semangkuk air dulu dalam 2 jam
Lepas tu barulah boleh rebus dalam air..
Bila dah masak toskan...masa nak toskan tu jangan lupa siram air sikit kat laksa tu supaya ia tak lekat antara satu sama lain


Tadaa....dah siap dah...senang kan?
Korang bolehlah makan laksa ni dengan air perahan limau/cili padi/telur rebus/hirisan bawang/nanas dll..

Selamat mencuba :)



Rabu, 9 Mac 2011

Ammar Hakimi bin Mohd Hafiz

3 Mac 2011 adik aku telah selamat dapat baby boy yg sangat cute...
Gembiranya dapat anak buah yang pertama...
Ammar Hakimi, Cik Im doakan Hakimi menjadi insan yang cemerlang dewasa nanti...
Miss u... :)


Khamis, 3 Mac 2011

Selamat Hari Lahir adik nombor 1

credit to google


Walaupun terlambat aku nak post jugak entry ni..
Selamat Hari Lahir yang ke 27 buat adik aku Mohd Hafiz Bin Rahman pada 27 Februari yang lalu..
Semoga berbahagia di samping keluarga dan Apis Jr...
Pandainye mak ayah aku merancang dapat ana...cantik je tarikh every bulan 2 lahir sorang...hihi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email