Halaman

Jumaat, 27 Mei 2011

Shopping online lagi :)

Hari mendapat gaji adalah bersamaan dengan hari saya shopping online...
Hari ni dengan gumbiranya saya telah mendapat barang-barang yang telah diorder...
1st item:
Termos Snack Jar untuk amani dari myBBstore.com macam gambar kat bawah ni...senang saya nak bekalkan bubur panas yang saya masak pagi-pagi untuk makanan tengahari amani...so amani dapat rasa bubur yang fresh dan panas kat umah bb sitter dia :) Tanx to myBBstore.com :)
credit to google

credit to google
 
 


2nd items:
Saya membeli blouse muslimah dari Astana Boutique :)

Sekiranya berminat klik banner di bawah ye...saya nak tolong promote sebab blouse yang dijual cantik-cantik..

Astana Boutique






Khamis, 26 Mei 2011

Kami telah membeli kuali burger

Semalam saya dan little family saya pergi ke pasaraya Jiason untuk membeli-belah..(membeli belah lah sangat)
Disamping membeli keperluan wajib untuk amani iaitu susu Lactogen dengan pampers Pet Pet nya, kami jugak ada membeli barang lain..
Encik suami memujuk saya untuk membeli kuali burger berharga RM21.90...kata dia nak buat burger macam kat stall burger...
Macam best...tak lupe jugak untuk membeli daging burger Ramly, Mayonis sebenar, bawang goreng, kicap perasa Maggi Seasoning, dan Roti burger bertarikh luput 29 Mei...

So, Sabtu ni kita masak burger special lah ye bang...

Rabu, 25 Mei 2011

Saya nak makan ayam goreng boleh tak?

Tadi masa nak pegi toilet tepi kantin saya terbau satu  benda yang harum semerbak...
Wah..sedapnya ayam goreng....
Sape yang berani goreng ayam goreng tak bagi  kat aku ni...T_T
Tengah hari ni saya tak pedulik..saya nak cari ayam goreng jugak...saya nak makan ayam goreng jugak...
Saya suka makan ayam goreng yang ada hampas-hampas halia/lengkuas tu..warna coklat-coklat hitam tu..sedap...ayam goreng kaler pucat saya tak nak...(meleleh air liur teringat ayam goreng panas mak saya)
Saya dah terliur gile-gile ni...saya tak nak ayam yang sejuk...saya nak ayam yang panas....
Kat mana ada jual ayam goreng yang macam aku nak ni...???
Tulun..tulun..tulun...

source from google



Selasa, 24 Mei 2011

Morning sickness sepanjang hari

credit to google



Hari ini sepanjang hari saya dilanda sindrom keloyaan dan kepeningan...
Cuma asetakat ni saya tak pernah lagi muntah-muntah...
Kadang-kadang je ada rasa sedikit alergik pada bau sesetengah makanan...
Sekarang ni rasa macam nak makan mangga muda boleh tak? huhu...
Nasi tak sedikit pon saya terbayang dalam fikiran even i'm hungry...
Tapi kalau tak makan pulak nanti perut masuk angin..kesian my baby...
Untuk alas perut saya cuma makan roti dan 2 biji buah lai...

Untuk dinner malam ni pon saya tak terbayang lagi nak masak ape untuk en suami..
Cuma terbayang nak masak sup ayam untuk amani je supaya boleh amani bawak bekal ke umah bb sitter esok...
Kesian en suami...balik lewat dari kerja tentu lapar..kadang-kadang rasa serba salah sebab cooking cincai-cincai untuk beliau..



Isnin, 23 Mei 2011

Kemualan dan keloyaan


Lilypie Pregnancy tickers

Tengok di atas tu...kandungan saya sudah mencecah 5 minggu dan 5 hari...
Sekarang saya sedang dilanda sindrom kemualan dan keloyaan...
Asal bangun tido pepagi je pening ngan loya..
Makan nasik pon tak lalu...tu pun saya paksa makan jugak sebab kesian pada baby dalam perut..
Tapi serius dalam kepala ni tak terbayang nak makan nasik pon...
Cuma kalau terbayangkan twisties, mamee dan junk food..huhu...
Ish takleh..kene tahan...takleh nak makan benda-benda tu...
(tapi kalau termakan sekali dua takpe kan...hihi)
Nasiblah saya ni penggemar susu....keloyaan saya tidak menjejaskan kesukaan saya pada susu...susu kotak saya suka..susu tepung no no no...loya...
Tapi pregnant kali ni ok sikit berbanding dulu...takde muntah-muntah lagi setakat ni..
Alhamdulillah..harap-harap kekal dalam keadaan camni sebab kesian kan amani... :)
Mungkin adik amani dalam perut ni memahami...hehe
Saya tengah lapar ni...tapi tak tau nak makan ape...
Any suggestion???

Jumaat, 20 Mei 2011

Amani with her cousin


Credit to Hanafi Warren    

Wah..gaya sama je amani ngan ammar...ammar merupakan sepupu pada amani...masa ni amani kalau tak silap umur dia dalam 3 bulan kot..he was born on 3rd march 2011...Comel je kan,,tengok dorang tido saya rasa pon nak tido sama...hehe




  

Ni gambar terbaru amani...tengok tu bukan main eksyen lagi dia pegang game KFC...dia bukan tau main pun ...dia cuma pandai lempar je T_T...botol susu dia pon dah selamat berguling atas lantai...ibu dia bentang toto bukan main besar lagi ..tapi dia tetap jugak suka guling-guling kat lantai sambil memerhati banda-benda asing kat lantai...huhu... Baju yang amani pakai ni telah disponsor oleh ibu kepada ammar...Comel je baju ni..Tanx cik diba..:)

Khamis, 19 Mei 2011

Lawatan pensyarah budak praktikal

Sekejap tadi saya telah menerima kunjungan daripada pensyarah Felda Prodata Systems Sdn Bhd, Kuantan untuk mengetahui perkembangan pelajar beliau yang sedang berpraktikal di sini..
So far memang budak berdua tu sangat bagus dan mendengar kata...
Banyak membantu juruteknik saya membuat kerja di sini...
Senang hati bila tengok pc-pc kat makmal dah terjaga dengan baik...
Virus semua telah dinyahkan....padan muka virus...haha...
So saya sebagai penyelia mereka memberikan 2 thumbs up atas kegigihan mereka menyiapkan semua tugasan yang telah diberikan...
17 Jun depan dorg abis praktikal...rasa sedih jugak...
Sunyi sikit bila dorang takde nanti..
Tapi takpe...30 Mei ni budak praktikal 3 orang dari INDSTEDT akan praktikal kat sini pulak...
Patah tumbuh hilang berganti...

Rabu, 18 Mei 2011

Singgang ikan...

Tengahari tadi punyelah nak nye dan teringinnya aku nak makan singgang ikan...
Saya tak nak yang kedai punye sebab ada taruk ajinomoto..saya nak yang saya buat sendiri (macamlah sedap..)
Nasiblah umah dekat ngan ofis..adalah dalam 5 minit...
Oleh kerana saya ibu yang sedang mengandung maka saya kenalah memandu dengan berhemah sekali...
10 minit baru sampai umah...
Nasiblah bahan-bahan nak memasak semua ada kat umah ..ceh..macam tau-tau aje..
So dalam pukul 1.10 ptg saya pon memulakan ops memasak singgang ikan kembung..
dalam pukul 1.30 petang barulah saya makan singgang saya tu...

Bahan-bahannya:
4 ekor ikan kembung
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
Sedikit halia
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
2 keping asam keping
Air
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit


Cara membuat:
  1. Hiris bawang besar+bawang putih+halia..Cili hijau dan merah dibelah dua...
  2. Masukkan air dalam periuk.
  3. Kemudian masukkan bawang+cili+halia+asam keping+garam+serbuk kunyit
  4. Dah agak-agak mendidih dan sebatai semua bahan-bahan tu masukkan ikan...
  5. Tunggu sampai masak....
  6. Tadaaaa..dah siap dah resipi ni...
  7. Dalam 20 minit je boleh siap...

Amani sudah tumbuh gigi

Wah..dah bersawang-sawang dah  blog saya...
Dah bape hari tak mengupdate sebab cuti Wesak saya balik umah my MIL kat gemas...
Ni nak cite pasal anak dara saya yang nama amani tu..
Kelmarin saya duk meraba-raba gusi dia...tengok-tengok ada sebatang gigi bawah belah kanan dah tumbuh...
Patutlah dia semakin suka gigit-gigit semua benda...

Dan kelmarin jugak,saya telah dikejutkan dengan 1 berita yang sangat-sangat tidak disangka...
Saya telah disahkan oleh doktor yang saya telah pregnant 4 weeks++..
EDD berkemungkinan 18 Januari 2012...
Bermakna tahun depan kami akan mendapat ahli keluarga yang baru..

Syukran ya Allah...
Kawan-kawan semua harap doakan kesihatan saya dan bakal adik amani dalam perut ni ye :)

Khamis, 12 Mei 2011

Anak dara saya dah 9 bulan dah..

Harini 12 Mei 2011 genap umur cik amani 9 bulan...
Semoga amani bertambah montel, sihat dan membesar menjadi anak yang solehah..
Amani sekarang dah pandai membebel...becok sekali mulut dia mengomel bahasa-bahasa dia yang aku langsung tak faham..
Tapi kalau dia tengok makanan dia pandai sebut "mam mam mam"
Kalau masa dukung dia, bila saya sebut tata nanti dia angkat tangan dia bye-bye...
Sekarang ni dia tengah dalam proses merangkak..mungkin sebab badan dia semangat tu yang susah sikit nak angkat badan dia kot...
Ibu sayang amani :)

Rabu, 11 Mei 2011

Saya teringin ke Sarawak!!!

Dalam banyak-banyak tempat di Malaysia ni, hanya negei Sarawak je saya tak penah sampai lagi... :'(

  1. Kuala Lumpur-saya penah bermastautin kat KL hampir 15 tahun lamanya...since darjah lima...dan parents saya pon masih tinggal di sini
  2. Selangor-Dulu penah tinggal di sini since bayi sampai darjah 5....hampir 11 tahun :), Genting Highlands, Bukit Melawati, Taman Alam kat Kuala Selangor(lawatan sekolah), Batu Caves(berjaya naik tangga sampai ke puncak),
  3. Negeri Sembilan-pernah duduk sini almost 2 years sebab bersekolah kat Sek.Men.Teknik Tuanku Jaafar, Seremban, Gemas (umah mak mertua saya), Serting (urusan kerja)
  4. Perak-Pernah pegi Institut Tanah dan Ukur Negara (Behrang), Lumut(beli sotong kering), Setiawan (rumah kawan), Ipoh(rumah member), Gerik (urusan kerja), Tasik Banding
  5. Kedah-Pernah pegi Alor Setar (rumah member), Pulau Langkawai (honeymoon bersama suami, atas urusan kerja dan pergi dengan rakan sekerja=3 kali pegi), Pekan Rabu
  6. Pahang-Kuala Lipis(jalan-jalan tengok umah siti nurhaliza), Felda Sungai Koyan(urusan kerja dan dapat tengok orang asli beratus-ratus orang), Kuantan (urusan kerja), Raub (urusan kerja), Cherating, Pulau Tioman
  7. Kelantan-Felda Kemahang,Tanah Merah(umah member),Machang(umah member), Kota Bharu(umah member, shopping dan atas urusan kerja), Gua Musang
  8. Terengganu-penah belajar kat UiTM Dungun dulu, Kuala Terengganu (umah member dan urusan kerja), Besut (umah member), Marang (beli keropok lekor), La Hot Spring, Air Terjun Lata Tembakah, Air Terjun Lata Belatan
  9. Johor-sebab bermastatutin di sini dan kampung nenek pon ada kat sini
  10. Melaka-dah selalu pergi sini sebab jalan-jalan dan urusan kerja
  11. Perlis-pernah pergi Padang Besar dan buat short course kat Arau, Gua Kelam
  12. Pulau Pinang-pernah bekerja di sini selama hampir 2 tahun...memang habis satu Penang saya round
  13. Sabah-pegi atas sebab urusan kerja selama 4 hari 3 malam..memang best sebab saya bertolak dari semenanjung seoramg diri aje...Pergi Kota Kinabalu dan Karambunai (dapat tengok pemandangan laut tercantik..subhanallah)...pastu dapat pegi Pasar Filipina...(saya beli udang kering ngan ikan masin aje...kristal mutiara semua tu tak beli pon sebab saya tak minat :P)
Banyak tempat-tempat menarik kat Malaysia ni....saya nak pergi Sarawak..teringin sekali untuk melengkapkan pengembaraan saya ke semua negeri di Malaysia..hope my derams come true :)

Selasa, 10 Mei 2011

Global warming kah?

Sejak dua menjak ni terasa betul kebahangan waktu malam...
Tak pernah-pernah dalam sejarah saya sekeluarga bukak kipas siling sampai 5..
Itu pon terasa panas....Ni yang terasa nak pakai aircond ni....hihi
Saya terdengar dalam berita Sinar Pagi tadi...Jabatan Meteorologi menjangkakan cuaca panas ni mungkin akan berlanjutan dalam seminggu lagi..
Dan mungkin selepas itu? hujan kot....
Kita hanya mampu menjangka..tapi tuhan jua yang menentukan..
Setinggi mana pon teknologi ciptaan manusia, manusia tetap tidak mampu menandingi kekuasaan Allah S.W.T (contoh terdekat tsunami di Jepun..takziah kepada mereka)
Jadi...marilah kita beramai-ramai menjalankan kempen minum air masak banyak-banyak untuk mengelakkan tubuh kita dehidrasi...

Isnin, 9 Mei 2011

Amani balik kampung moyang kat Ayer Baloi :)

Fuhh...dah berkepam blog aku..
Dah lama tak update blog sebab aku kene pegi Terengganu pulak minggu lepas..
Sabtu yang lepas my baby bucuk amani dan my price charming si encik suami mengambil peluang melawat moyang amani merangkap nenek aku (aku panggil dia tokmak)..:)
My lovely emak dan my lovely abah jugak datang kat sana sekali...
Sungguh seronok..lama dah aku tak jumpe tokmak...
Amani nampaknya hepi..tapi hepi nye ditunjuk kan dengan cara menangis..huhu..
Tok mak amik nangis, nenek sedara dia (adik ipar mak aku) amik nangis, atuk sedara dia (adik aku) amik pon dia nangis...dengan aku, ayah dia, atuk dia  ngan nenek dia je yang dia nak...
Why bebeh...??Kerana........
INI SUDAH TERBUKTI YANG AMANI DAH KENAL ORANG..ATAU DALAM ERTI KATA LAIN DIA DAH MULA TAKUT ORANG YANG DIA TAK BIASA JUMPE :'(
Malam tu kami makin besar..
Abah aku dengan bermurah hatinya belanja kitorang makan kat Pontian...
Semua orang makan ngan enak terutamanya aku yang makan tak hingat dunia...sampai kan anak aku mak aku yang tolong pegang masa makan (sila jangan contohi sifat-sifat saya)
Cuma amani ngan tokmak je yang tak makan...
tokmak order air laici...(tokmak aku memang jenis tak makan lauk kedai)
amani pulak minum susu...

Hari Ahad kitorang pon  balik...mak abah aku ke KL...dan aku pulak ke Johor...
Babak-babak air mata sedikit berkurangan kali ni...
Selalunya mak aku garenti nangis bila berpisah dengan amani...(bukannya nangis sebab berpisah ngan aku...uwaaaaa)
Mungkin mak aku dah semakin bijak mengawal emosi :P

Sabtu ni kitorang balik kampung moyang amani yang satu lagi kat gemas..untung amani ada lagi 2 orang moyang :)

Isnin, 2 Mei 2011

Outstation ke Terengganu pulak

Esok, Rabu dan Khamis bermulalah episod kehidupan aku kat Kuala Terengganu pulak..
Kali ni aku bermeeting kat Primula Beach Hotel..
Tinggal lagi lah suami dan amani kat Johor..sian dorang....huhu...
Tempat ni macam lawa je dari dalam gambar kan?

credit to google
Rindunya zaman study kat UiTM Dungun dulu...
Boleh katakan hari-hari tengok laut sebab UiTM tu betul-betul depan laut...
Sekarang ni pon boleh katakan setiap minggu aku tengok laut sebab umah aku dekat dengan Desaru :)
Esok member aku janji nak datang jenguk aku kat hotel...
Dia orang Perak tapi dah bermastautin kat Terengganu ikut suami dia...
Hopefully dapatlah jumpa ko ye Aishah...nak gak tengok muka orang baru pregnant :P
Oklah...aku  nak pegi packing barang....bubbye...



Ahad, 1 Mei 2011

Selamat Hari Pekerja

Credit to google

Selamat Hari Pekerja kepada semua...Nikmatilah hari cuti anda pada hari ini dan esok sepuas-puasnya :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email