Halaman

Ahad, 12 Jun 2011

Hadiah mixer dari encik suami

Semalam lepas Asar kami suami isteri pergi meronda-ronda kat area JB membawa hati nan lara..
Tiap hari teringatkan sikecik amani yang terpaksa saya tinggalkan kat KL dulu buat sementara waktu disebabkan kesihatan saya yang tidak mengizinkan untuk menjaga amani...
Oleh kerana highway Senai Desaru tu dah bukak...makanya encik suami pon lalulah jalan tu...tak sangka perjalanan yang sebelum ni mengambil masa hampir 1jam setengah untuk ke Tebrau sekiranya melalui jalan lama Kota Tinggi-Ulu Tiram, sekranag hanya mengambil masa 40 minit sahaja..
Sekarang ni tol tu percuma je...tapi bukan untuk selamanya...untuk sebulan sahaja....
I like..takdelah saya bimbang sangat sekiranya sakit nak bersalin nanti...nak g hospital pon senang... :)
Dan yang paling penting nak membeli belah pon sonang...

So semalam seperti yang dijanjikan encik suami telah membawa saya ke Jusco Tebrau untuk membelikan saya mixer...yahoooo...
Mixer dari brand Faber...
Gambar kat bawah ni adalah mixer baru saya :)

Oven kat umah dah ada (hadiah masa kawin)..
Cuma benda alah ni je takde orang bagi masa saya kawin...:p
So sekarang benda ni dah ada bolehlah saya membuat kek....tungguuuuuuu...

4 ulasan:

  1. Semua peralatan dah ada....harap2 dlm masa terdekat ni dpt la merasa kek hasil air tangan wife...

    BalasPadam
  2. @decaderdah selamat masuk dalam perut :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email