Halaman

Jumaat, 5 Ogos 2011

Puasa hari ke 5

Alhamdulillah..dah masuk hari ke 5 kita berpuasa :)
Semalam saya masak sup daging+kentang.
Pastu saya goreng bawang merah sebekas untuk makan ngan sup.
Pergh..memang terangkat lah makan sup ngan bawang goreng+daun sup.
Dah nak habis bawang goreng yang saya goreng.
Encik suami memang suka meratah bawang goreng yang digoreng sendiri.
Kalau yang beli kat kedai dia tak suka.
Sahur tadi pon kami makan sup semalam je.Panaskan aje.
Untuk berbuka ni saya takde idea lagi nak masak ape..huhu.
Semalam saya beli kuih buah melaka kat bazar ramadhan.
Rasa macam makan tepung je sebab akak yang jual buah melaka tu sangat 'berjimat' taruk gula melaka.
KEDEKUT....!!!
Kalau nak jual, buat betul-betullah kak.
So mulai harini saya dah tekad tak nak pegi kedai tu lagi.
Saya nak mencuba beli kat kedai lain pulak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email