Halaman

Jumaat, 30 September 2011

Hantaran kahwin::Saya ada bakat menggubah tak?


Kat bawah ni adalah hasil gubahan saya dengan dibantu oleh mak saya semasa majlis perkahwinan saya.

gubahan jam tangan

gubahan al-quran
gubahan kamera
gubahan set persalinan baju melayu

gubahan kemeja

gubahan minyak wangi

gubahan buah


gubahan barangan lelaki
gubahan coklat

Semua hantaran dibuat melibatkan bunga stokin yang 100% dibuat oleh say adan mak saya.
Cantik tak?
Amacam? Kreatif tak saya dan mak saya?

Khamis, 29 September 2011

Nafas tak lancar

Salam readers.
Sejak usia kandungan masuk 6 bulan ni, saya selalu je macam tak cukup nafas.
Kadang-kadang mengah dibuatnya.
Nak kata busy ke sana ke mari tak lah jugak.
Hujung minggu ni saya bercadang untu scan baby.
Harap-harap kali ni dapat baby boy pulak :)

credit to google


Rabu, 28 September 2011

Tahniah my BFF!

Tahniah kepada my BFF Siti Aishah Binti Mohd Yassin dan hubby nye Mohd Fakharudin Abu atas  kelahiran Muhammad Fadzil Ammar bin Mohd Farkharuddin pada 19 September 2011.
Weh..kalau ko suh anak ko kuar cepat sikit dalam awal 3 hari dapatlah anak kostatus anak Hari Malaysia....wakaka...
Takpelah..semuanya dah selamat.
Ko pon dah bergelar mama.
So ko kene pantang elok-elok sikit sebab hang c-zer :)
Aku amik gambar  anak hang dari fb laki hang ek :)


Selasa, 27 September 2011

Amani termasuk dalam periuk!






Rindunya ibu pada amani.
Saspen tak tajuk kat atas tu...haha
Harini saya nak share satu gambar amani masuk dalam periuk.
Betullah kan...saya tak tipu.
Amani memang termasuk dalam periuk...:P
Kisahnya, satu hari tu saya tinggal berdua dengan amani.
Saya nak masak kat dapur, tapi risau tinggalkan dia sorang-sorang kat depan.
So saya bawak sekali dia kat dapur.
Apelagi ..dak tecik ni pun tolong ibu dia mengemas rak pinggan.
Salah satu barang yang dia tolong kemas tu periuk..
Saya perhatikan je ape dia nak buat dengan periuk tu.
Lepas turunkan periuk dari rak,dia letak kan atas lantai.
Pastu terus letak kaki sebelah dalam periuk.
Dah berjaya, letak lak kaki satu lagi.
Ok ibu, kaki amani dua-dua dah masuk dalam periuk ibu.
Amani nak duduk pulak lah dalam periuk ni.
Nak tau macam mane rasanya...hehe...jangan marah ye ibu :)

Isnin, 26 September 2011

Saya dapat BE ke 9

Lihat itu..saya dapa BE ke 9..
Walaupun jumlahnya tak banyak macam blogger otai yang lain, tapi saya tetap bersyukur.
Siki-sikit lama-lama jadi bukit :)

Miss u amani


Harini amani ikut atuk dengan nenek balik KL semula.
Sedihnya....mesti sunyi umah ibu dan ayah pasni dah takde dengar suara amani nangis, ketawa-ketawa, gelak-gelak, bising-bising.
Masa ibu taip entry ni, air mata ibu mengalir je tengok gambar amani kat wallpaper pc ofis ibu.
Sunyi nye rumah ibu dan ayah nanti...
Ibu dan ayah akan sentiasa merindui amani.
Doa ibu dan ayah sentiasa bersama amani.

Khamis, 22 September 2011

Ujrah oh ujrah

Harini saya sibuk menyiapkan dokumen ujrah yang perlu kene tandatangan ngan bos.
So dah settel tandatangan, kene g matikan setem hasil pulak.
Saya dah decide saya tak mau buat potongan gaji sebab saya nak slip gaji saya bersih...huhu..
(Sebab akan datang slip gaji saya akan tertera potongan gaji untuk bayaran rumah pulak...huhu)
Saya nak bayar sendiri je..
Kesimpulannya marilah kita menabung untuk masa depan anak-anak kita.

Rabu, 21 September 2011

Hb saya dah naik!

Salam readers.
Pagi tadi saya pegi klinik lagi untuk amik darah dan check blooD pressure.
Memula nurse amik darah kat lengan kanan.
Darah tak kuar banyak.Tak cukup.
So kene cucuk lengan belah kiri pulak.
Kejap je picagari penuh...laju je darah kuar kat belah kiri.
Sebelum ni saya pernah donate darah 2 kali.
Dua-dua amik kat lengan kiri.
Mungkin sebab tu lengan kiri boleh supply banyak darah dari lengan kanan kot :P

Lepas tu nurse check hb saya.
Sekali terkejut ko.
11.4...honestly saya tak makan ubat ikut arahan nurse.
(Arahan nurse pil iron 4 biji sehari ).
Tapi memang  miracle lah tadi.
So next appointment saya pertengahan bulan depan...
Tak perlu lah lagi g klinik sebulan 2 kali.
Yahooooo!!!

Selasa, 20 September 2011

Cirit-birit

Salam readers.
Oleh kerana anak saya amani baru je mandapat cirit-birit, so saya nak share info kepada semua pembaca blog khasnya kepada para ibu dan bapa.
Sumber dipetik daripada Baby Center

Bagaimana nak tahu sama ada bayi saya mendapat cirit-birit?
Ramai ibubapa tertanya-tanya sama ada bayi mereka menghidapi cirit-birit sebab bagi bayi baru lahir pergerakan usus (pembuangan air besar) berlaku secara kerap. Pergerakan usus yang normal bagi bayi banyak bergantung kepada sama ada bayi anda diberikan susu badan atau formula. Najis bayi menyusu badan yang baru lahir adalah kekuningan, dan agak lembik atau cair dan boleh berlaku sekerap lima kali sehari.

Kadang-kala, bayi yang menyusu badan akan menggerakkan ususnya semasa atau sebaik saja dia menghisap susu ibu. Ini berlaku sebab apabila perutnya diisi penuh, susu itu boleh merangsang keseluruhan saluran usus bayi, menyebabkan pergerakan usus. Dalam masa sebulan, kebanyakan bayi yang menyusu badan mengurangkan kekerapan pergerakan usus sampai satu atau dua kali sehari sahaja. Pergerakan usus bagi bayi yang mengambil susu formula ialah sekali sehari selalunya dan najisnya agak kental.

Najis longgar yang berlaku dari semasa ke semasa adalah normal. Jika selepas bulan pertama bayi anda mula melepaskan najis yang busuk, cair dan berlendir (seorang doktor mengandaikannya seperti menghembuskan hingus ke dalam lampin bayi anda) -- pada kadar yang kerap sebanyak satu pergerakan usus setiap kali dia menyusu -- atau jika dia juga demam atau kelihatan seperti berat badannya menurun, ini mungkin cirit-birit, jadi berjumpalah pakar pediatrik atau doktor keluarga anda.

Apa yang menyebabkan cirit-birit?
Punca utama cirit-birit ialah virus yang bergelar rotavirus. Hampir kesemua kanak-kanak akan dijangkiti virus ini pada suatu masa sebelum usia lima tahun. Rotavirus menyebabkan gastroenteritis, satu infeksi usus. Infeksi ini menjejaskan lapisan dalaman usus. Lapisan yang terjejas itu mengeluarkan cecair dan membiarkan makanan lalu terus tanpa menyerap sebarang nutrien.

Cirit-birit di kalangan bayi boleh disebabkan oleh susu formula tidak disediakan dengan sempurna, selesema,alergi, atau, yang jarang berlaku, kekurangan enzim tertentu.
antibiotik, keracunan makanan,

Bolehkah ianya dicegah?
Kebersihan yang sempurna boleh membantu mengurangkan kemungkinan berlakunya cirit-birit sebab mikro-organisme yang menyebabkannya boleh berpindah dengan senang dari tangan ke mulut. Oleh itu, cucilah tangan anda sebersih-bersihnya selama 15 saat dengan sabun anti-bakteria jika anda memegang lampin kotor atau selepas ke tandas.


Bagaimanakah saya merawatnya?
Jika bayi anda mengambil susu badan atau formulanya dengan sempurna, teruskan amalan itu. Bagi bayi yang lebih tua, anda boleh memberinya beberapa hirup air atau air garam rehidrasi (oral rehydration salt solution atau ORS) sebagai tambahan kepada susu badan atau susu formula kekuatan penuh.

Kanak-kanak yang baru bertatih dan yang lebih tua boleh diberikan jus buahan yang betul-betul cair (sekurang-kurangnya satu bahagian jus untuk 10 bahagian air). Ais krim batang adalah sesuai jika anak anda tak mahu minum. Elakkan minuman glukosa, minuman bergas dan jus yang tidak dicairkan (gula yang tidak dapat menyerap dapat menarik air ke dalam usus dan menjadikan cirit-birit lebih teruk).

Jangan berikan ubat anti-cirit-birit kepada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, sebab ia boleh mendatangkan kesan sampingan yang serius.

Adakan bayi yang menyusu badan lebih terselamat dari cirit-birit?
Ya. Elemen tertentu dalam susu badan boleh mencegah pembiakan mikro-organisme yang menyebabkan cirit-birit.

Haruskah saya hentikan makanan pepejal?
Tidak. Selagi bayi anda tidak muntah-muntah dengan kerap, anda masih boleh memberikannya pepejal. Jika anak anda berusia enam bulan atau lebih tua, anda boleh memberinya makanan seperti pisang, nasi, puri epal dan roti bakar kering. Untuk bayi lebih tua atau bayi bertatih anda boleh mencuba sedikit daging ayam dan makanan berkanji seperti kentang lecek dan pasta. Tapi, jangan bimbang jika dia tak mahu makan. Adalah lebih penting bagi memastikan dia mahu minum untuk mengelakkan penyahhidratan.

Bilakah saya harus memanggil doktor?
Cirit-birit boleh membimbangkan jika ianya tidak berhenti selepas beberapa jam, tetapi selalunya ia boleh berhenti dengan sendiri. Jika anak anda mengalami najis yang longgar dan cair selama lebih dari dua hari, panggillah doktor anda. Kebimbangan yang utama berhubung cirit-birit ialah penyahhidratan, jadi janganlah bertangguh memanggil pakar pediatrik jika anak anda menunjukkan tanda-tanda kekurangan pengambilan cecair atau kehilangan cecair seperti yang berikut:
• kulit atau bibir kering;
• lemah lesu;
• menangis tanpa air mata;
• ubun-ubun yang menurun;
• tangan dan kaki pucat;
• air kencing kuning pekat atau pertukaran lampin kurang dari yang biasa.

Anda seharusnya berbincang dengan doktor jika anak anda:
• tak mahu minum;
demam lebih dari 24 jam;
• terdapat darah dalam najisnya;
• tercirit-birit bersama muntah-muntah lebih dari 24 jam;
• perutnya kembong buncit.

Ini semua adalah simptom sekunder yang jarang berlaku, tetapi harus diberi perhatian sebab boleh melarat.

Jika bayi anda kurang selesa semasa sakit cirit-birit, peluklah dia dan tenangkan hatinya seberapa boleh, dan pastikan badannya kering. Berikan perhatian dan berlembutlah apabila menukar lampin sebab memang senang untuk punggung bayi menjadi rengsa dan pedih akibat cirit-birit. Gunakan krim penghalang untuk mencegah iritasi jika cirit-birit berlarutan lebih dari sehari. Yakin dan bertenanglah, bayi anda akan sembuh dalam sedikit masa.

Check up ibu mengandung lagi..uwaaa

Petang ni saya kene g klinik lagi.
Sebab nurse cakap berat saya naik agak extreme bulan ni...hehe
So saya kene g klinik untuk 3 hari berturut-turut..harini, esok dan lusa.

Harini saya tak pasti ape yang dorang akan buat pada saya.
Tensen gue...


Jom tengok berat saya

27/6 : 48.4kg
19/7 : 49.2kg (naik 0.8kg)
2/8 : 49.7kg (naik 0.5kg)
15/8 : 48.9kg (turun 0.8kg sebab bulan puasa)
13/9 : 51.1kg (naik 2.2kg)
19/9 : 52.3kg (naik 1.2kg)

Huhu....ni semua gara-gara g open house kot...
Sya makan tak hengat dunia...hahaha

Isnin, 19 September 2011

Simpanan Tabung Haji melalui Pos Malaysia

Tengahari tadi saya mintak ofismate saya untuk update buku akaun Tabung Haji Amani.
Sebelum ni saya hanya simpan melalui Pos Malaysia.
Pos Malaysia cuma boleh tolong simpakan, tapi tak boleh update buku.
So saya tak dapat nak pastikan berapa baki simpanan terkini yang ada dalam akaun Amani.
Dahlah pejabat Tabung Haji kat Kota Tinggi.
Jauh benar nak g.
So dah alang-alang member nak g pejabat Tabung Haji,saya mintak tolong updatekan buku amani.


Bila saya semak penyata, ada 5 transaksi yang ditolak 60 sen.
Nasib kawan saya tolong tanyakan.
Rupa-rupanya tiap kali kita menyimpan di Pos Malaysia, Pos Malaysia akan tolak 60 sen....
Cis..saya baru tau...hahaha...rugi..rugi...


Nak cuci gambar kawin

Saya adalah seorang budak yang rajin.
Gambar kawin saya pon saya x cuci lagi..haha...teruk tul...
Sekarang  ni saya tengah survey satu kedai online print EOE online..

Jumaat, 16 September 2011

Dapat BE ke 8

Salam kepada semua pembaca yang sudi membaca blog saya ni :)
Really appreciate it.
Selamat menyambut Hari Malaysia.

Hari ni saya dapat BE yang ke 8.
Alhamdulillah....walaupoun tak dapat banyak mana, tapi orang kata sikit-sikit lama jadi bukit.
Terima kasih kepada Nuffnang :)

Amani jadi model, ibu tukang amik gambar

Shaye dah ada 4 batang gigi

Tengah menyelongkar beg kamera ayah

Boolat tak mata shaye?


Ayah g keje hari ni tak bawak moto...dia bawak kete.

Aktiviti mengexplore bilik ayah dan ibu

Shaye sangat suke kutip benda2 yang shaye jumpe atas lantai

Tu....  (kata shaye sambil muncungkan mulut)

Chumel kan shaye?

Ibu cakap kat shaye, ibu paling suka gambar ni. Ibu cakapsenyuman shaye sangat menawan (^^)v

Hehe...shaye bosan lah ibu.

Shaye dah berjaya kuar dari umah....yeeee....penat ibu kejar

Ibu..tengoklah shaye dah boleh kuar umah sendiri....

Comel kan shaye?

Shaye suka naik moto

Hai semua pembaca blog ibu

Khamis, 15 September 2011

Amanah Saham Didik untuk amani

credit to google

Salam readers.
Tengahari nanti saya plan nak pegi ke post office untuk bukak kan akaun Amanah Saham Didik (ASD)for my kid.
Duit raye yang amani dapat saya plan untuk simpan separuh kat akaun Tabung Haji dia dan separuh lagi kat ASD.
Dari amani lahir lagi saya dan encik suami dah bukak kan dia akaun Tabung  Haji.

Menjadi parents ni macam2 benda kita kene plan for our kids.
Ada parents suka simpan kat SSPN.
Ada parents suka simpan kat Tabung Haji.
Ada parents suka simpan kat bank ...contoh Akaun Nuri.
Ada gak parents suka simpan kan duit anak melalai bayaran insurans pendidikan.

Semua ada pro's and con's.
Tapi yang paling penting kene nyimpankan duit untuk anak-anak.


Rabu, 14 September 2011

Dapat BE lagi...


Salam semua.
Tadi saya saje je check akaun nuffnang.
Tengok-tengok dapat lagi 2 BE.
Rasa sangat-sangat bertuah sebab blog saya ni hanyalah blog biasa-biasa saje.
Tiada yang luar biasa.
Ape-apepun tanx ye nuffnang :)

Isnin, 12 September 2011

"Mama,saya lapar..."

Alhamdulillah...setelah tercari-cari sebuah buku yang diidamkan kat kedai buku serata JB ni dapat jugak saya membeli buku tersebut via online dari blog Mom's Choice Online Store.
Kira buku ni pisang goreng panas jugaklah...asal tnya je kat kedai habis...tensi je.

credit to google

Buku hasil tulisan hot mama Wardina Safiyyah terbitan Alaf 21 ni cuma berharga RM19.90.
Setebal 166 muka surat.
Wardina siap kongsi resipi untuk si kecik lagi dalam buku ni.
Murah sangat kalau dibandingkan dengan info yang beliau kongsikan dalam buku ni.
Yang paling best buku ni berwarna-warni.
Seronok sangat untuk dibaca.
Memang sangat sesuai dibaca oleh ibu muda nak bakal ibu yang sebelum ini mempunyai masalah mengenai pemakanan anak-anak.
Sekiranya anda ingin mempelajari cara untuk memberikan makanan yang terbaik untuk si manja anda, belilah buku ni... :)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email