Halaman

Khamis, 15 Disember 2011

Demam Masterchef

Salam semua.
Korang nengok tak rancangan Masterchef?

credit to google

Saya dn husband saya merupakan kipas susah mati (die hard fan) rancangan ni.
Rasa nyesal jugak kalau termiss nengok rancangan ni..hehe...
Konon-konon saya nak jadi macam peserta-peserta dalam rancangan tu.
Semua pandai masak....seawal umur 18 dah boleh tunjuk kebolehan memasak yang super kaw-kaw.
Tabik spring sama korang...:)

Dalam banyak-banyak episod, saya paling tertarik dengan episod peserta yang dibahagikan kepada pasukan merah dan pasukan biru.
Pasukan biru kena masak kat rumah pengacara Azura Zainal Abidin.
Pasukan merah pulak kene masak kat rumah Sazzy Falak.
Masa dorang semua kene pergi dapur untuk start masak, dalam hati saya siap kata "Dapur Azura ni agak sempit, kesian kumpulan biru...nak gerak pun susah...Dapur Sazzy besar....senang kumpulan merah nak masak".

Ingatkan dengan kelebihan tu pasukan merah yang menang, rupe-rupenya idok.
Pasukan biru yang menang.
Kat sini saya nak buat sikit kesimpulan mengapa pasukan biru menang, mengapa pasukan merah kalah.
Ini hanya pendapat peribadi saya sahaja :)

Pasukan biru telah diadili oleh keluarga Azura yang pada pandangan saya sangat-sangat humble. Mungkin mereka ini dari golongan yang sederhana. Ada beberapa kesalahan yang dilakukan oleh para peserta telah dibackup oleh ahli keluarga Azura sendiri.. :)

Pasukan merah pula telah diadili oleh keluar Sazzy yang sememangnya kita ketahui dari golongan atasan. So bab2 makanan western ni memang dorang terer. So kalau ada yang tak kene tu memang kene kaw-kaw dengan family Sazzy. Tapi kesalahan terbesar yang dilakukan oleh pasukan merah adalah kerana menghidangkan daging yang masih ada benang terikat. Lupe nak bukak agaknye sebab mengejar masa yang suntuk.

Korang tengok masterchef?

Selasa, 6 Disember 2011

Braxton Hicks

Salam readers...
Dah lama betul saya tak membuat sebarang entry.
Pejam celik pejam celik saya pon dah semakin sarat..dah hampir 9 bulan dah rupenya saya mengandung.
Alhamdulillah... kalau ikut due 19 januari 2012.
Sekarang ni perut saya semakin kerap mengeras.
Mungkin inilah yang dinamakan Braxton Hicks.
Doakan saya dipermudahkan bersalin nanti ye kawan-kawan :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email