Halaman

Isnin, 28 Mac 2011

27 Mac 2011

Alhamdulillah...semalam genap 3 tahun aku bertugas sebagai penjawat awam..
Masih ingat lagi masa aku bekeje sebagai Analyst Programmer kat sebuah company @ Penang dulu..
Banyak kisah suka duka selama hampir 2 tahun aku di sana..
Siang malam fikir macam mane nak selesaikan coding...
Masuk keje pukul 9 pagi..Balik keje pukul 9 malam...
Tapi banyak ilmu yang aku pelajari di sana...
Bos aku pon sangat sporting...Best gile dapat bos macam En.Saihanai Idaffie :)

Cumanya aku cari kerja lain sebab kalau boleh aku tak nak duduk berjauhan dengan family dan kerja sampai larut malam..
Aku kalau boleh nak jadi permanent staff...Tak nak renew-renew kontrak ni..

Aku kalau boleh nak tengok anak-anak membesar depan mata...
Dan aku kalau boleh nak berkongsi suka duka bersama suami setiap saat...
Dan setelah hampir genap 2 tahun aku bekerja di sana..aku tekad nak cari satu pekerjaan yang sangat stabil...
Dan yang membolehkan aku bersama keluarga di hujung minggu...

Alhamudillah...tak sia-sia permohonan aku di SPA online...
aku telah dipanggil interview di SPA Jalan Cendrasari..
Interview pertama kali ni... :)
Sanggup aku balik KL naik bas sehari sebelum interview..
Aku mintak balik awal petang tu..Dalam pukul 6 lebih aku naik bas...
Sampai umah dekat pukul 12 malam..
Malam tu aku pon bacalah sikit-sikit pasal isu semasa dalam paper..
Manalah tau kot-kot esok panel tanya aku soalan berkaitan tu..

Esok pagi kul 6 aku dah bangun...abah aku dengan semangat sekali nak hantar aku..
Pukul 7 kami dah gerak dari rumah...
Dalam pukul 720sampai kat pusat temuduga...
Sampai-sampai je aku cepat-cepat beratur untuk amik nombor giliran...
Yes...aku orang pertama yang akan ditemuduga...
Orang lain semua aku tengok tak nak jadi orang pertama..huhu

Dalam pukul 8 aku dipanggil masuk bilik...
Ada dua orang panel lelaki dalam tu...
Macam biasa..mula-mula sesi memperkenalkan diri dalam bahasa Inggeris..
Pastu dia tanya ape yang sedang berlaku kat Malaysia...
Masa tu ada dua topik hangat yang sedang berlaku kat Malaysia..

Yang pertama banjir...yang kedua isu Hindraf...
Aku dengan selamba pilih isu Hindraf...biar panel ni inngat sikit aku...hahaha
Alhamdulillah segala soalan yang dorang tanya aku dapat jawab dengan yakinnya..(tapi dalam hati tuhan je yang tau...)
Dan kenyataan terakhir dia bagitau pada aku.."Awak ni memang dah buat persediaan dari awal ye untuk datang temuduga ni?"
Aku jawab "Ye encik...sudah semestinya..siapa yang tak nak jadi penjawat awam.Beribu-ribu orang kat luar sana yang nak jadi penjawat awam...Jadi, saya mestilah buat persediaan awal...Rugi lah kalau datang tapi tak bersedia...Saya sanggup datang dar Pulau Pinang semata-mata nak pegi interview ni"
Panel tu senyum-senyum je masa aku cakap macam tu...hahaha
Amacam??dasyat tak jawapan aku?hahaha...
Tapi betul kan??siapa yang tak nak jadi penjawat awam kan?kan?

Bila ingat-ingat balik macam tak percaya aje aku berjaya dalam temuduga kali pertama ni...
Alhamudulillah...mungkin rezeki aku...:)


Kepada blogger-blogger yang dah mencuba bekali-kali memohon ntuk menjadi penjawat awam jangan berputus asa...
Teruskan memohon...sekiranya ada rezeki kalian..insyaallah akan tiba jua...
Saya doakan kalian semua berjaya...
Kalau tak dapat menjadi penjawat awam pon tak mengapa..
Teruskan kerjaya anda sekarang :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email