Halaman

Rabu, 11 Mei 2011

Saya teringin ke Sarawak!!!

Dalam banyak-banyak tempat di Malaysia ni, hanya negei Sarawak je saya tak penah sampai lagi... :'(

  1. Kuala Lumpur-saya penah bermastautin kat KL hampir 15 tahun lamanya...since darjah lima...dan parents saya pon masih tinggal di sini
  2. Selangor-Dulu penah tinggal di sini since bayi sampai darjah 5....hampir 11 tahun :), Genting Highlands, Bukit Melawati, Taman Alam kat Kuala Selangor(lawatan sekolah), Batu Caves(berjaya naik tangga sampai ke puncak),
  3. Negeri Sembilan-pernah duduk sini almost 2 years sebab bersekolah kat Sek.Men.Teknik Tuanku Jaafar, Seremban, Gemas (umah mak mertua saya), Serting (urusan kerja)
  4. Perak-Pernah pegi Institut Tanah dan Ukur Negara (Behrang), Lumut(beli sotong kering), Setiawan (rumah kawan), Ipoh(rumah member), Gerik (urusan kerja), Tasik Banding
  5. Kedah-Pernah pegi Alor Setar (rumah member), Pulau Langkawai (honeymoon bersama suami, atas urusan kerja dan pergi dengan rakan sekerja=3 kali pegi), Pekan Rabu
  6. Pahang-Kuala Lipis(jalan-jalan tengok umah siti nurhaliza), Felda Sungai Koyan(urusan kerja dan dapat tengok orang asli beratus-ratus orang), Kuantan (urusan kerja), Raub (urusan kerja), Cherating, Pulau Tioman
  7. Kelantan-Felda Kemahang,Tanah Merah(umah member),Machang(umah member), Kota Bharu(umah member, shopping dan atas urusan kerja), Gua Musang
  8. Terengganu-penah belajar kat UiTM Dungun dulu, Kuala Terengganu (umah member dan urusan kerja), Besut (umah member), Marang (beli keropok lekor), La Hot Spring, Air Terjun Lata Tembakah, Air Terjun Lata Belatan
  9. Johor-sebab bermastatutin di sini dan kampung nenek pon ada kat sini
  10. Melaka-dah selalu pergi sini sebab jalan-jalan dan urusan kerja
  11. Perlis-pernah pergi Padang Besar dan buat short course kat Arau, Gua Kelam
  12. Pulau Pinang-pernah bekerja di sini selama hampir 2 tahun...memang habis satu Penang saya round
  13. Sabah-pegi atas sebab urusan kerja selama 4 hari 3 malam..memang best sebab saya bertolak dari semenanjung seoramg diri aje...Pergi Kota Kinabalu dan Karambunai (dapat tengok pemandangan laut tercantik..subhanallah)...pastu dapat pegi Pasar Filipina...(saya beli udang kering ngan ikan masin aje...kristal mutiara semua tu tak beli pon sebab saya tak minat :P)
Banyak tempat-tempat menarik kat Malaysia ni....saya nak pergi Sarawak..teringin sekali untuk melengkapkan pengembaraan saya ke semua negeri di Malaysia..hope my derams come true :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email