Halaman

Rabu, 18 Mei 2011

Singgang ikan...

Tengahari tadi punyelah nak nye dan teringinnya aku nak makan singgang ikan...
Saya tak nak yang kedai punye sebab ada taruk ajinomoto..saya nak yang saya buat sendiri (macamlah sedap..)
Nasiblah umah dekat ngan ofis..adalah dalam 5 minit...
Oleh kerana saya ibu yang sedang mengandung maka saya kenalah memandu dengan berhemah sekali...
10 minit baru sampai umah...
Nasiblah bahan-bahan nak memasak semua ada kat umah ..ceh..macam tau-tau aje..
So dalam pukul 1.10 ptg saya pon memulakan ops memasak singgang ikan kembung..
dalam pukul 1.30 petang barulah saya makan singgang saya tu...

Bahan-bahannya:
4 ekor ikan kembung
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
Sedikit halia
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
2 keping asam keping
Air
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit


Cara membuat:
  1. Hiris bawang besar+bawang putih+halia..Cili hijau dan merah dibelah dua...
  2. Masukkan air dalam periuk.
  3. Kemudian masukkan bawang+cili+halia+asam keping+garam+serbuk kunyit
  4. Dah agak-agak mendidih dan sebatai semua bahan-bahan tu masukkan ikan...
  5. Tunggu sampai masak....
  6. Tadaaaa..dah siap dah resipi ni...
  7. Dalam 20 minit je boleh siap...

Amani sudah tumbuh gigi

Wah..dah bersawang-sawang dah  blog saya...
Dah bape hari tak mengupdate sebab cuti Wesak saya balik umah my MIL kat gemas...
Ni nak cite pasal anak dara saya yang nama amani tu..
Kelmarin saya duk meraba-raba gusi dia...tengok-tengok ada sebatang gigi bawah belah kanan dah tumbuh...
Patutlah dia semakin suka gigit-gigit semua benda...

Dan kelmarin jugak,saya telah dikejutkan dengan 1 berita yang sangat-sangat tidak disangka...
Saya telah disahkan oleh doktor yang saya telah pregnant 4 weeks++..
EDD berkemungkinan 18 Januari 2012...
Bermakna tahun depan kami akan mendapat ahli keluarga yang baru..

Syukran ya Allah...
Kawan-kawan semua harap doakan kesihatan saya dan bakal adik amani dalam perut ni ye :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email