Halaman

Jumaat, 10 Jun 2011

Giveaway : Dania Alisha 1st Birthday

Klik banner untuk join GA ini

Sila klik banner di atas untuk join Giveaway ini ye... Tarikh tutup penyertaan telah diawalkan kepada 24 Jun 2011..

Saya nak jawab soalan Giveaway ni..
Cuba teka kemanakah tempat hiburan yang akan kami bawa Dania Alisha pada hujung bulan ini? 
Klu: Tempat hiburan kegemaran Cute Mum & Daddy..
Taman Tema Genting Highland..

Saya pilih jawapan ni sebab Cute Mum dah mention  klu dia....dalam blog dia pon dia ada mention yang dia suka pegi genting...


Harapnye rezeki berpihak kepada saya..Thanks Cute Mum kerana sudi menganjurkan GA ni :)



Melepet again??

Semalam ketika dinner di luar bersama suami saya, saya telah berjanji untuk masak ikan kerapu goreng dan sayur bayam goreng untuk dinner malam ni...
Tapi nampaknya macam tak menjadi kenyataan je sebab saya pening kepala pulak sepanjang hari ni..
Confirm lah tak leh masuk dapur nak masak...
Haiyaa..inilah penyakit yang selalu menyerang saya ketika saya pregnant..
Kalau pening confirm melepet jelah jawabnya depan tv sambil membuat muka toya...
Petang kang saya singgah kedaibeli lauk untuk encik suami jelah nampaknya....
I'm sorry.... :(

Musim orang bersalin

Minggu ni saya telah menerima 2 khabar gembira.
Yang pertama wife kepada pengapit husband saya telah selamat melahirkan baby boy seberat 2.8kg bernama Ima Aqil Izzfiras Bin Shahrul Azmizi di Hospital Putrajaya. Ibunye yang bernama Norbain Zainal telah selamat bersalin secara normal. Bain ni bersalin ngam2 tarikh EDD dia 7 Jun 2011 pukul 2.35 petang :) Gambar kat bawah ni adalah gambar mereka dengan anak mereka...Excited betul muka ayah dia..Mak dia pulak kelihatan letih selepas bertarung nyawa melahirkan bayi mereka...Kesian...Tahniah kepada mereka berdua...:)


Berita yang kedua pulak adik ipar saya telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.27kg secara normal di Hospital Sungai Buloh pukul 11.35 pagi 9 Jun 2011...EDD adik ipar saya sepatutnya 12 Jun 2011...Bila saya tanya nama baby pada ayah dia...ayah dia suh tunggu dia buat press conference dulu..cisss.....hahaha...Gambar di bawah ni adalah gambar anak buah saya yang kedua...cute kan..tembam betul pp dia...Tengok macam ikut muka ayah dia...tapi tak tau lagi sebab muka baby berubah-ubah..Tunggu besar sikit baru kita boleh tau dia ikut muka sape..Tahniah Epul dan Angah...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email