Halaman

Rabu, 28 Mac 2012

Alya selsema dan batuk

credit to google


Masuk hari ni dah hari ke3 Alya selsema dan batuk.
Mujur Alya tak meragam.
Minum susu pon macam biasa.
Cuma saya kesian bila dengar Alya batuk agak kuat.
Hidung Alya pon xdelah sampai tersumbat, cuma dia kerap bersin.

Semalam bawak Alya g checkup kat klinik kesihatan.
Medical Assistant tu bagitau Alya tak demam.
Dia suh saya teruskan BF Alya.
Dia ada bagi ubat cairkan kahak dan multivitamin.
Tapi saya takde bagi pon pada Alya ubat-ubat tu.
Macam kecik sangat je nak bagi Alya.
Nurse kat situ pon ada bagitau tak payah bagi ubat kat baby dulu.
Bagi je bf...
Unless kalau semakin teruk, baru bawak g klinik balik.

Kalau nak baca lebih lanjut ape yang kita perlu buat kalau baby kita demam meh baca Anamarzablog.com dan  forum SusuIbu.com ye...

credit to google


Selasa, 27 Mac 2012

Alya hisap jari

credit to google

Sejak usia Alya menginjak ke 2 bulan lebih ni, saya mula perasan dia suka hisap jari.
Mula2 saya pelik gak apesal mitten dia kadang-kadang basah.
Saya pon bukak mitten Alya..tengok-tengok Alya masukkan kesemua tangan dia dalam mulut.
Saya perhati lagi ape dia nak buat.
Rupe-rupenya Alya nak hisap ibu jari dia.
Siap ada bunyi-bunyi lagik...
Haha....comel je...pandai pulak dia hisap jari.

Alya suka hisap jari lepas menyusu atau bila saya bagi DF lambat kat dia.
Tengah malam kalau dia nak menyusu, dia akan hisap jari dulu.
So bila saya dengar bunyi dia hisap jari, saya taulah dia nak menyusu.
Tappppiii..kalau saya tak dengar atau dalam erti kata lain TIDO MATI siaplah Alya melalak.

Bila saya tanya cik google, tabiat hisap jari ni taklah memudaratkan.
Baik dia isapjari dari isap pacifier kan...kan..kan...
Mommies kat luar sana boleh rujuk sini jika baby anda pon anda ada yang isap jari macam baby saya.

Isnin, 26 Mac 2012

My breastfeeding journey

Saya rasa tak layak untuk menulis entry ini disebabkan masih baru lagi dalam hal penyusuan..
Namun...Alhamdulillah...hampir 3 bulan Alya hanya minum susu saya je.
Happy gile sebab berjaya setkan otak saya untuk say no to Formula Milk until now.

Kalau ikutkan saya memang hampir surrender nak BF Alya.
Memang saya akui, awal kelahiran Alya memang susu saya sangat kurang.
Tension tahap cipan masa tu.
1 oz sekali pump dengan menggunakan Pureen manual pump.
Oh..memang sedih gile tengok susu nak tak nak kuar masa tu.
Kenapa lembu punya susu banyak ar??? Jeles dengan lembu...hahaha...

Setiap hari saya akan search kat google success story ibu-ibu yang berjaya BF anak mereka.
Dan sesekali tengok gambar stok EBM yang dorang letak dlam freezer.
Memang membakar semangat!

Breast Feed (BF) anak ni bukan satu perkara yang senang...mommies yang berhasrat nak BF anak perlu bersedia dari segi fizikal dan mental sejak dari awal kandungan lagi.
Haruslah memasang niat untuk untuk exclusive BF sekurang-kurangnya 6 bulan.
Dan haruslah memasang niat untuk BF anak sehingga 2 tahun.

Alya pernah warded kat hospital disebabkan reading jaundis tinggi.
Doktor menasihatkan saya supaya kerapkan BF Alya untuk menurunkan reading jaundis.
Alhamdulillah...berjaya..walaupun pada mulanya saya duk tertanya2...ade ke susu aku ni??

Kegagalan saya untuk BF Amani adalah salah satu perkara yang menyedihkan dalam hidup saya.
Maafkan ibu ye Amani.

Sekarang saya sedang gigih kumpul stok susu untuk Alya.
Kawan-kawan..doakan saya dapat BF Alya ye...
Pump Spectra 3 memang banyak membantu...
I loike...


credit to google-spectra 3



Rabu, 21 Mac 2012

Renungan untuk harini

Pagi tadi masa hantar Amani dan Alya ke taska saya sempat berborak dengan cikgu kat sana.

Pesanan cikgu untuk saya pagi tadi :

1)Jangan marah-marah atau tengking budak kecik sebab mereka boleh simpan semuanya dalam otak.
Mereke boleh ingat siapa yang suka pukul mereka dan marah mereka. Budak-budak tak reti nak luahkan ape yang mereka rasa. Tapi nanti bila usia mereka menginjak ke 4-5 tahun mereka akan menunjukkan perangai mereka yang suka memberontak kerana mereka berdendam atau trauma.Teguran kepada mereka haruslah dengan cara lembah lembut dan memujuk.

2)Kanak-kanak bukan makhluk yang dicipta oleh Allah untuk disakiti. Jangan sesekali memukul kanak-kanak kecil untuk tujuan mengajar kesalahan mereka.Sebaliknya menegur mereka dengan cara memujuk.

3)Untuk mendidik anak kene banyakkan sabar dan doa.

Sharing is caring... :)

Amani setahun sebulan... 12 September 2011





Selasa, 20 Mac 2012

1st day Amani di taska

Harini merupakan hari pertama Amani ke taska.
Kebetulan pulak Amani bangun tido dia batuk-batuk.
Hidung pun dah start berair.
Badan pun dah start panas.
Dah sah Amani nak demam.

Tapi saya hantar juga Amani ke taska.
Ada lebih kurang 3 weeks je yang tinggal before saya naik keje balik 9 April ni.
So...saya MESTI hantar jugak Amani ke taska untuk biasakan diri dia dengan keadaan kat sana.
Kalau start keje baru nak hantar Amani dan Alya kelam kabut jadinya.
Ada gak punch card merah nnt 1st day masuk keje...huhu...

Alya dah saya hantarkan ke taska sejak dari minggu lepas lagi.
Masalah Alya minum susu menggunakan botol susu dah selesai.
Alhamdulillah....akan ku teruskan usaha untuk memberikan Alya susu badan secara eksklusif.
Kawan-kawan tolong doakan usaha murni saya ni ye.
Alya pun dah semakin serasi dengan suasana taska dan cikgu-cikgunya.

Amani pulak hanya bertahan untuk duduk kat taska selama 1 1/2 jam aje.
Cikgu hantar SMS bagitau Amani menangis tak berhenti selama 1 1/2 jam.
So, saya amik keputusan untuk jenguk Amani kat taska.
Alahai..kesiannya anak ibu....demam rupenya..berpeluk dengan cikgu dia tak nak lepas.
Nasiblah cikgu-cikgu nya tahan sabar melayani karenah Amani dan budak-budak lain.
Atas nasihat cikgu, saya bawak balik Amani ke umah dulu dan esok cuba hantar lagi seperti biasa.

Amani takut orang.
Dia amik masa sikit untuk serasikan diri dengan orang yang dia baru kenal atau tak biasa nampak.
Mungkin Amani amik masa untuk sesuaikan diri dengan suasana baru di taska.

Doa ibu, semoga Amani berjaya sesuaikan diri di taska baru nanti :)

pipi sekilo dua ringgit terbaik dari alya

mata bersinar bak guli terbaik dari amani


Sabtu, 17 Mac 2012

Pengalaman bersalinkan Alya

9 Januari 2012

Jam dinding kat labor room betul-betul berada bertentangan dengankatil saya...tu yang sempat nengok jam tu.. :P so bolehlah buat anggaran masa ape yg berlaku kat labor room.Jom layannn...

12.00 a.m - Terbangun dari tido sebab rasa baju basah. Ingatkan terkencing....so tukar baju dan ape2 yang patut...ignore jelah..Pastu sambung tido balik...hihi..relax je kan...hihi

2.00 a.m - Rasa macam nak terkencing. So pegi tandas. Tapi sebelum g tandas tu rasa baju dah basah. Masa nak buang air kecik tu tengok-tengok dalam toilet bowl air kencing dah bercampur darah. So, saya kejutkan encik hubby dan kejutkan mak dari tido. Masa tu air dah menitik-nitik kat lantai. Ini dah sah air ketuban pecah. Tapi still takde rasa sakit.

So masa tu bersiap-siap nak g hospital. Dahlah jarak dari umah ke hospital berdekatan dalam 45 minit.
Nasiblah dah packing baju saya dan baby awal2..buku merah dilupa jangan :)
Mak suh saya minum milo panas dulu sebelum gerak g hospital.Relax dulu...maklumlah sebelum ni dah ada pengalaman bersalin...

2.30 a.m - Gerak g Hospital Sultan Ismail (HSI).Still takde rasa sakit.

3.30 a.m - Selamat sampai HSI.

3.45 a.m - Urusan pendaftaran. Masa tu seluar dah basah lencun dengan air ketuban. Nurse suh masuk satu bilik ni untuk check jalan bukak berapa cm dah. Fuhh..nasib doctor perempuan.Doctor check jalan dah bukak 4 cm. Tapi still tak rasa sakit. Doctor bagitau air ketuban aku pecah belah tepi. Nurse suh salin baju dan pastu suh duduk kat kerusi roda. Nurse nak tolak masuk labor room.

4.30 a.m - Masuk labor room.Doctor lelaki pulak dah...adeh...takleh nak ngelak.Doctor seluk tangan nak pecahkan air ketuban sepenuhnya. Masa ni duk borak-borak ngan nurse dan suami. Nak hilangkan gementar kononnya.Pastu sempatlah SMS 2-3 orang bagitau nak bersalin.Masa ni takde rasa sakit lagi.

6.30 a.m - Contraction bermula.Sakitnya hanya tuhan je yang tau.Macam biasa..pegang tangan suami masa
untuk hilangkan rasa sakit.

7.00 a.m - Dah mula rasa macam baby nak terkuar. Dah ada rasa macam nak meneran. Saya suh suami kuarkan air selusuh untuk saya minum.

7.45 a.m - Push..push..push...3 kali teran...dan akhirnya...Baby kuar dengan selamat :) Saya siap tertido lagi masa nurse jahitkan luka bersalin...betapa bahagianya bersalin kali ni :) Syukur Ya Allah...Subhanallah...Alhamdulillah..Allhuakbar...Terima kasih kepada suami, mak, keluarga dan kawan-kawan yang telah mendoakan keselamatan saya dan baby...

Nama : Shafiyyah Alya Binti Shaiful Nizam
Tarikh Lahir : 9 Januari 2012 (Isnin)
Masa Lahir : 7.45 pagi
Tempat Lahir : Hospital Sultan Ismail, JB
Berat masa lahir : 4.04kg
Kaedah bersalin : Normal

pemandangan katil depan katil saya..wad kelas 2 HSI.


Alya yang comel dah selamat dibedung



Jumaat, 16 Mac 2012

Amani vs Alya


Macam kembar kan? hehe

Puting Nuby

credit to google-botol susu Nuby

Semalam saya dan suami bawak Alya pegi Hospital Kota Tinggi(HKT) untuk follow up dengan Paed sebab reading jaundis dia penah mencapai 20.
Sebelum ni Alya penah warded kat HKT 3 hari 2 malam.
Sedih tengok Alya kene jemur bawah lampu biru masa tu :(
So, HKT setkan appointment jumpe paed semalam untuk check perkembangan Alya.
Untuk mengetahui bahaya jaundis terhadap perkembangan bayi anda, sila rujuk website ini ya :)

So far paed bagitau perkembangan Alya ok.
Bulan 9 ni paed setkan satu lagi appointment untuk check sekali lagi perkembangan Alya.
Hopefully takde apelah...

Semalam sebelum balik umah sempatlah ajak suami singgah cari botol susu baru untuk Alya.
Disebabkan Kota Tinggi tak banyak kedai baby dan suami pulak kesuntukan masa (suami nak pegi keje balik  pukul 12.30tghari), saya ajak suami pegi kedai Anakku aje.
Jarak dari umah saya ke Kota Tinggi makan masa lebih kurang 45 minit...jauh jugak kan?
Mujur ada jual puting Nuby (sila rujuk pic kat atas) kat kedai Anakku.
Harga boleh tahan...kalau tak caya cuba googling...tapi itu tak penting.
Yang penting Alya nak minum guna puting tu.

So semalam sampai je umah cepat-cepat siapkan barang Alya untuk dibawa ke nursery.
Rendam botol baru dengan air panas dulu.

Pukul 430 petang amik Alya kat taska.
Cikgu bagitau esok bawak EBM lebih sikit sebab takut tak cukup.
Cikgu kata Alya dah mula terima puting Nuby.
So dia suh teruskan dulu ajar Alya guna puting tu.
Lega saya...:)





Rabu, 14 Mac 2012

Hari kedua Alya di taska

Harini merupakan hari kedua Alya di taska.
Semalam dah start hantar dia ke taska.
Saya nak biasakan dia ngan suasana kat taska sebelum saya naik keje 9 April ni.
Dan seperti yang saya jangkakan Alya tak nak menyusu pakai botol.
Huhu..sanggup si kecik tu berlapar.

Sebelum ni ada gak nenek dia ajar minum guna puting Doctor Baby.
Ok gak..penah Alya abiskan susu guna puting ni.
Tu pon nenek dia yang bagi.
Kalau saya yang bagi dia refused.

Disebabkan semalam dia tak nak langsung minum susu guna puting Doctor Baby, hari ni saya bawak puting NUK pulak ke taska.
Harap si kecik tu minum.
Kalau tak, kene beli puting lain nampak gayanya.

Kali ni saya berazam nak bagi penyusuan secara eksklusif kepada Alya.
Semoga Allah memakbulkan doa saya..Amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email