Halaman

Isnin, 26 Mac 2012

My breastfeeding journey

Saya rasa tak layak untuk menulis entry ini disebabkan masih baru lagi dalam hal penyusuan..
Namun...Alhamdulillah...hampir 3 bulan Alya hanya minum susu saya je.
Happy gile sebab berjaya setkan otak saya untuk say no to Formula Milk until now.

Kalau ikutkan saya memang hampir surrender nak BF Alya.
Memang saya akui, awal kelahiran Alya memang susu saya sangat kurang.
Tension tahap cipan masa tu.
1 oz sekali pump dengan menggunakan Pureen manual pump.
Oh..memang sedih gile tengok susu nak tak nak kuar masa tu.
Kenapa lembu punya susu banyak ar??? Jeles dengan lembu...hahaha...

Setiap hari saya akan search kat google success story ibu-ibu yang berjaya BF anak mereka.
Dan sesekali tengok gambar stok EBM yang dorang letak dlam freezer.
Memang membakar semangat!

Breast Feed (BF) anak ni bukan satu perkara yang senang...mommies yang berhasrat nak BF anak perlu bersedia dari segi fizikal dan mental sejak dari awal kandungan lagi.
Haruslah memasang niat untuk untuk exclusive BF sekurang-kurangnya 6 bulan.
Dan haruslah memasang niat untuk BF anak sehingga 2 tahun.

Alya pernah warded kat hospital disebabkan reading jaundis tinggi.
Doktor menasihatkan saya supaya kerapkan BF Alya untuk menurunkan reading jaundis.
Alhamdulillah...berjaya..walaupun pada mulanya saya duk tertanya2...ade ke susu aku ni??

Kegagalan saya untuk BF Amani adalah salah satu perkara yang menyedihkan dalam hidup saya.
Maafkan ibu ye Amani.

Sekarang saya sedang gigih kumpul stok susu untuk Alya.
Kawan-kawan..doakan saya dapat BF Alya ye...
Pump Spectra 3 memang banyak membantu...
I loike...


credit to google-spectra 3



2 ulasan:

  1. tahniah! 2 anak aida, aida tak dpt BF secara ekslusif :(. insya'Allah yg ke3 ni nanti, aida memang simpan hajat nak BF semaksima yg mungkin, insya'Allah.

    nota kaki : today first time saya terjah blog ni. jumpa sewaktu blogwalking jap tadi. da follow, senang nak dtg lagi nanti. sudi la kiranya menjejaki saya ~ AIDA'S HOME SWEET HOME ~

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email