Halaman

Sabtu, 17 Mac 2012

Pengalaman bersalinkan Alya

9 Januari 2012

Jam dinding kat labor room betul-betul berada bertentangan dengankatil saya...tu yang sempat nengok jam tu.. :P so bolehlah buat anggaran masa ape yg berlaku kat labor room.Jom layannn...

12.00 a.m - Terbangun dari tido sebab rasa baju basah. Ingatkan terkencing....so tukar baju dan ape2 yang patut...ignore jelah..Pastu sambung tido balik...hihi..relax je kan...hihi

2.00 a.m - Rasa macam nak terkencing. So pegi tandas. Tapi sebelum g tandas tu rasa baju dah basah. Masa nak buang air kecik tu tengok-tengok dalam toilet bowl air kencing dah bercampur darah. So, saya kejutkan encik hubby dan kejutkan mak dari tido. Masa tu air dah menitik-nitik kat lantai. Ini dah sah air ketuban pecah. Tapi still takde rasa sakit.

So masa tu bersiap-siap nak g hospital. Dahlah jarak dari umah ke hospital berdekatan dalam 45 minit.
Nasiblah dah packing baju saya dan baby awal2..buku merah dilupa jangan :)
Mak suh saya minum milo panas dulu sebelum gerak g hospital.Relax dulu...maklumlah sebelum ni dah ada pengalaman bersalin...

2.30 a.m - Gerak g Hospital Sultan Ismail (HSI).Still takde rasa sakit.

3.30 a.m - Selamat sampai HSI.

3.45 a.m - Urusan pendaftaran. Masa tu seluar dah basah lencun dengan air ketuban. Nurse suh masuk satu bilik ni untuk check jalan bukak berapa cm dah. Fuhh..nasib doctor perempuan.Doctor check jalan dah bukak 4 cm. Tapi still tak rasa sakit. Doctor bagitau air ketuban aku pecah belah tepi. Nurse suh salin baju dan pastu suh duduk kat kerusi roda. Nurse nak tolak masuk labor room.

4.30 a.m - Masuk labor room.Doctor lelaki pulak dah...adeh...takleh nak ngelak.Doctor seluk tangan nak pecahkan air ketuban sepenuhnya. Masa ni duk borak-borak ngan nurse dan suami. Nak hilangkan gementar kononnya.Pastu sempatlah SMS 2-3 orang bagitau nak bersalin.Masa ni takde rasa sakit lagi.

6.30 a.m - Contraction bermula.Sakitnya hanya tuhan je yang tau.Macam biasa..pegang tangan suami masa
untuk hilangkan rasa sakit.

7.00 a.m - Dah mula rasa macam baby nak terkuar. Dah ada rasa macam nak meneran. Saya suh suami kuarkan air selusuh untuk saya minum.

7.45 a.m - Push..push..push...3 kali teran...dan akhirnya...Baby kuar dengan selamat :) Saya siap tertido lagi masa nurse jahitkan luka bersalin...betapa bahagianya bersalin kali ni :) Syukur Ya Allah...Subhanallah...Alhamdulillah..Allhuakbar...Terima kasih kepada suami, mak, keluarga dan kawan-kawan yang telah mendoakan keselamatan saya dan baby...

Nama : Shafiyyah Alya Binti Shaiful Nizam
Tarikh Lahir : 9 Januari 2012 (Isnin)
Masa Lahir : 7.45 pagi
Tempat Lahir : Hospital Sultan Ismail, JB
Berat masa lahir : 4.04kg
Kaedah bersalin : Normal

pemandangan katil depan katil saya..wad kelas 2 HSI.


Alya yang comel dah selamat dibedung



3 ulasan:

  1. tahniah..
    nampak macam senang jer kan..
    harap cute mum bersalin kali kedua nanti mudah juga..

    eh.. tembamlah baby.. geram..

    BalasPadam
  2. amboiii..semangatnye alya nih~ sampai 4kg haaa...
    moga Alya jadik anak solehah~

    BalasPadam
  3. Tahniah asma selamat bersalin...4.04kg bersalin normal lak tu. Wawa hr tu 4.28kg tp kena operate...huhu, terasa cam jeles lak leh normal...:-)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email