Halaman

Rabu, 30 Mei 2012

Shaklee Trial Pack (Breastfeeding Set)

May is almost over...Terima kasih Allah kerana masih memberikanku peluang untuk bernafas di bumiMu.
Tomorrow (31st may)  is my father's 57th birthday.
Dah ada 3 cucu dah abah saya.
Lepas ni tak taulah giliran anak dia yang mana pulak nak tambahkan cucu untuk dia lagi.
Yang pastinya mak saya dah bising2 suruh stop dulu.
Muahahaha....
Ala mak, relaxlah...masa muda nilah nak beranak banyak2.
Banyak cengkadak...dahlah ibu Alya ni ada penyakit Anemia.
Muahaha...

It has been a busy month for me.
Tension dan serabut kepala otak.

Sampaikan production susu pon agak merudum.
Uwaaaa...stok susu dalam freezer dah semakin berkurangan.
Dahlah saya ni pemalas nak bangun memalam buta mengepam.
Dushhh..sekeh sikit ibu Alya ni.

Sekarang ni ibu Alya ni duk amalkan amik supplement Shaklee macam gambar kat bawah ni.
Pil-pil yang ibu Alya duk makan ni ada 4 jenis semuanya.
Dan yang paling ibu Alya tak suka, pil2 dia besar gedabak.
So kalau nak tau lebih lanjut khasiat benda alah ni, sila jangan sesegan bukak website ibuhakimhaikal.com.
Service penghantaran dijamin mantop,cepat dan telus...hehe

credit to ibuhakimhaikal.com
Diharap lepas ni susu ibu Alya ni akan melimpah ruah dengan izin dari Allah.
Happy breastfeeding mommies semua...!

 

Isnin, 28 Mei 2012

Terima kasih Taska Cahayamata KEJORA

Sejak dah ada anak dua ni, saya lebih menghargai tugas saya sebagai seorang ibu dan isteri.
Istilah tak cukup tido rasanya memang dah sebati macam tepung yang diuli bersama air.
Amani dan Alya dah semakin serasi berada ngan pengasuh dan kawan-kawan kat taska.

Saya memang nak tabik pada pengasuh2 Amani n Alya yang sabar melayan karenah budak berdua ni.
Pada minggu2 pertama Alya tak nak minum pakai botol langsung.
Sanggup si cikgu2nya bersabar layan karenah Alya.
Sekarang dia dah boleh minum pakai botol.
Sampai cikgu cakap abis 2 bekas dadih susu yang saya pam sekali dia minum.
So, sekali minum dia abiskan dalam 4 oz atau 5 oz.
Patutlah debob.

Amani pulak pada minggu2 pertama asyik nangis je sebab dia sangat2 takut pada environment yang dia tak biasa.
Seminggu dua jugak Amani nangis.
Tapi sekarang Alhamdulillah...
Cikgu Amani cakap Amani tak suka orang yang kasar2..dia akan cepat suka pada orang yang cakap lembut2 ngan dia.

Yang paling menyenangkan dan menyejukkan hati, taska ni upah sorang nenek datang kat taska untuk ajar budak2 umur 2 tahun ke atas mengaji muqaddam.. :-)
Mula2 cikgu kata Amani takut nak belajar muqaddam..
Tapi lama2 dia dah nak dah pegang rehal dan muqaddam.
Memang terbaiklah taska ni..

Saya sangat suka dengan cara pendekatan cikgu2 kat siti yang bercakap lembut dengan budak2 dan tak membeza2kan perkembangan antara budak dengan budak lain.

Two thumbs up!!

Khamis, 24 Mei 2012

Breastfeeding Story Mory

Alhamdulillah...masuk hari ni dah hampir 5 bulan Alya minum susu badan saya.
Jap eh...nak loncat2 kegirangan sikit boleh tak?
Hoyeaa..hoyeaa....ni kalau orang tengok ni confirm cakap saya sasau.

Tapi betullah...pengalaman menyusukan badan ni sangat2 menyeronokkan.
Tak tergambar dengan kata2..ha mulalah tu nak bermadah pujangga.
Walau kemana saya outstation pon, Spectra 3, cooler bag dan ice pack tetap diheret ke hulur ke hilir.
Masa pegi Sarawak itu hari pon sama jugak....gigih bawak susu naik flight.
Untung Alya dapat rasa susu dari Sarawak :P

Sekarang berat Alya dah mencecah 6.92kg.
Hamik ko...betapa debobnye.
Doctor penah cakap...baby susu formula badan cepat naik sebab paras gula dalam susu formula tu sendiri.
Dan kalau baby minum susu badan ni pulak ada 2 type..
Satu jenis kurus...satu jenis debob.
Kalau budak jenis kurus maknanya, mak dia makan tak cukup zat (tak makan sayur dan sebagainya)
Dan yang jenis debob pulak budak yang maknya makan cukup zat macam saya.
Mana taknya...mak si Alya ni macam mesin makan.
Main makan je.
Memang takde istilah memilih.
Tapi mak si Alya ni tak makan TAUGEH!
Jangan ditanya kenapa okeh?
So sekarang terbuktilah mak si Alya ni makan makanan yang berzat. :P

Setakat ni memang saya berpantang ais.
Kalau nak tau...cik senah ko dulu ni ratu ais.
Sikit2 minum ais.
Tapi sekarang cik senang ko dah berubah....kalau teringin nak minum sangat pon minum sikit2 jelah...takdelah habis secawan.
Setakat melepas gian je orang kata...huhu.
Demi Alya saya berpantang minum air gas, makan jajan, makan asam, makanan berangin dan makanan yang pedas2.
Harapnye dapat teruskan penyusuan sampai Alya sendiri yang tak nak..hihi


Ahad, 6 Mei 2012

Jom bersihkan rumah!

Pergh...dah naik bersawang dah blog saya ni.
Iklan nuffnang pon dah merajuk  :P
Minggu lepas dan minggu ni saya agak sibuk menyiapkan tugas berkaitan progam kolej.
Sibuknya berminggu2...padanhal majlisnye 2 hari je.
Buat julung2 kalinye saya diamanahkan untuk menjadi ketua ajk siar raya n multimedia.
Haaa...amik ko...terpinga2...bukannye makcik senah ni gheti pon benda2 berkaitan pa system,mcp dan segala bagai....
Mulalah dok menggoogle ape2 yang patut.
Nasib baik dapat anak buah yang rajin.
Kalau tak menggelabah lah jawabnye.
Menteri nak datang..sibuknye mengalahkan nak buat kenduri kawen.
Dapatlah tengok Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Azalina dan KSU Kementerian Pengajian Tinggi secara live.
Alhamdulillah...majlis dah selesai semalam.
Rasa macam ringan sikit kepala otak.

Ni saya nak share cite pasal ops pembersihan rumah secara besar-besaran sehari selepas amani discharge. Dah macam mengemas untuk hari raye je gamaknye.
Tindakan yang  saya buat:

  • Bakar karpet yang ada kat belakang rumah.Lepas ni dah xde dah guna karpet2 lagi dah...Amani alah habuk...x sanggup nengok amani kene gegata lagi.
  • Bakar toto yang amani penah gunakan untuk tido.
  • Vacum umah dan segala habuk yang bermaharajalela. Taik cicak yang gile banyak kat umah ni pon saya vacum gak.huhu
  • Mop lantai ngan dettol
  • Lap tingkap ngan dettol
  • Lap segala perabot dengan dettol
  • Cuci sarung bantal dan cadar
  • Ganti cadar dan sarung bantal lain
  • Basuh mainan amani ngan dettol
Lepas dah mengemas cik senah pon pengsan...hehe..penat...hihi..tapi puas hati...sebab setakat ni amani dah tak kene gegata lagi :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email