Halaman

Khamis, 24 Mei 2012

Breastfeeding Story Mory

Alhamdulillah...masuk hari ni dah hampir 5 bulan Alya minum susu badan saya.
Jap eh...nak loncat2 kegirangan sikit boleh tak?
Hoyeaa..hoyeaa....ni kalau orang tengok ni confirm cakap saya sasau.

Tapi betullah...pengalaman menyusukan badan ni sangat2 menyeronokkan.
Tak tergambar dengan kata2..ha mulalah tu nak bermadah pujangga.
Walau kemana saya outstation pon, Spectra 3, cooler bag dan ice pack tetap diheret ke hulur ke hilir.
Masa pegi Sarawak itu hari pon sama jugak....gigih bawak susu naik flight.
Untung Alya dapat rasa susu dari Sarawak :P

Sekarang berat Alya dah mencecah 6.92kg.
Hamik ko...betapa debobnye.
Doctor penah cakap...baby susu formula badan cepat naik sebab paras gula dalam susu formula tu sendiri.
Dan kalau baby minum susu badan ni pulak ada 2 type..
Satu jenis kurus...satu jenis debob.
Kalau budak jenis kurus maknanya, mak dia makan tak cukup zat (tak makan sayur dan sebagainya)
Dan yang jenis debob pulak budak yang maknya makan cukup zat macam saya.
Mana taknya...mak si Alya ni macam mesin makan.
Main makan je.
Memang takde istilah memilih.
Tapi mak si Alya ni tak makan TAUGEH!
Jangan ditanya kenapa okeh?
So sekarang terbuktilah mak si Alya ni makan makanan yang berzat. :P

Setakat ni memang saya berpantang ais.
Kalau nak tau...cik senah ko dulu ni ratu ais.
Sikit2 minum ais.
Tapi sekarang cik senang ko dah berubah....kalau teringin nak minum sangat pon minum sikit2 jelah...takdelah habis secawan.
Setakat melepas gian je orang kata...huhu.
Demi Alya saya berpantang minum air gas, makan jajan, makan asam, makanan berangin dan makanan yang pedas2.
Harapnye dapat teruskan penyusuan sampai Alya sendiri yang tak nak..hihi


1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email