Halaman

Selasa, 12 Jun 2012

Bila Amani dan Alya balik kampung

Jumaat lepas kami 4 beranak balik Gemas.
Sudah berabad lama tak balik umah mertua.


Plannye nak bertolak pas balik keje.
Tapi ape kan daya...si Amani tu orang nak berkemas dia pon sibuk berkemas.
Uwaa...letih betul ibu dan ayah mengemas umah yang dah bersepah serupa macam tongkang pecah.
So dek kerana bz melayan kakak dan kenit, terpaksa lah bertolak lepas maghrib.

Saya duduk kat belakang dengan kakak dan kenit.
Alya duduk kat seat dia.
Amani pulak duduk sebelah ibunye.
Ayah pulak duduk depanlah kan..kalau tak sape pulak nak drive.

Rasa seronok pulak bawak our kids ni balik kampung.
Wah...baiknye anak² ibu.
Semuanya tido dengan aman damai dalam kete.
Takde pon sesi amuk sepanjang perjalanan...hehe...lega ibu :)
Saje nak ajar our kids jalan jauh² sikit.
Lagipon it's good for our kids to learn to adapt in different environment..

Next time kita buat percubaan balik KL pulak ye anak²ku.


Isnin, 4 Jun 2012

Maksud nama anak²ku..

  1. Shafiyyah Amani 
  • Shafiyyah -Kawan tulus ikhlas
  • Amani - Cita-cita, ketenanganku, keinginan, Kesejahteraanku

      2. Shafiyyah Alya
  • Shafiyyah -Kawan tulus ikhlas
  • Alya - Ketinggian


Jumaat, 1 Jun 2012

Encik suami join SRS malam ni!

Semalam dengan harini saya EL sebab jaga Amani kat rumah.
Amani suspect HFMD for the 2nd time.
Rabu petang lepas amik budak2 ni, rutin macam biasa, saya akan menelek badan anak2 ari hujung rambut sampai hujung kaki.
Nampak tiga tompok merah kat bibir bawah Amani.
Dan nampak bintik2 samar kat tapak kaki dan tangan Amani.
Malam tu saya dan suami bawak Amani pegi klinik dan doctor bagitau memang tu petanda nak kene HFMD balik.
So, doc tak bagi saya hantar Amani ke taska.
Thats whylah saya cuti 2 hari.
Bosan gile duduk rumah.
Amani memang suka gilelah saya tak hantar dia pegi taska...

Malam ni encik suami akan berjaga malam dari pukul 1 pagi-4 pagi sebab join SRS.
Untuk yang tak tau ape kebendanya SRS tu biar Cik Semah ko ni explain.
SRS tu short form pada Skim Rondaan Sukarela.
Lebih kurang macam rukun tetangga lah.
Diwujudkan oleh penduduk sebuah tempat untuk meronda kawasan tempat tinggal mereka.
BEWARE lah wahai pencuri2!
Sejak dua menjak ni kawasan tempat tinggal kami kerap jadi sasaran PENCURI DURJANA!
Ada kes satu rumah tu siap pencuri tu kuarkan kata2 ugutan untuk merogol.
Dialognye lebih kurang cenggini... "Kalau takde barang berharga, aku rogol"
Ape punya pencuriklah...mana ada rumah yang simpan duit sampai beribu2 dalam rumah kan? kan? kan?
Kecuali kawasan rumah kat Bukit Antarabangsa dan seangkatan dengannya.

So dengan adanya SRS ni diharap dapatlah mengurangkan kadar jenayah yang berlaku kat sini.
SRS ni memang efektif...selain dapat meningkatkan tahap keselamatan kawasan tempat tinggal, penduduk2 kat sini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Percaya tak zaman sekarang ni?
Pada zaman yang canggih manggih kononnya...jiran sebelah menyebelah pon kadang2 kita tak kenal.
Semua buat hal masing2.
Saya harap saya tak tergolong dalam golongan yang macam tu..
Tempat anda ada SRS x?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email