Halaman

Selasa, 20 Mac 2012

1st day Amani di taska

Harini merupakan hari pertama Amani ke taska.
Kebetulan pulak Amani bangun tido dia batuk-batuk.
Hidung pun dah start berair.
Badan pun dah start panas.
Dah sah Amani nak demam.

Tapi saya hantar juga Amani ke taska.
Ada lebih kurang 3 weeks je yang tinggal before saya naik keje balik 9 April ni.
So...saya MESTI hantar jugak Amani ke taska untuk biasakan diri dia dengan keadaan kat sana.
Kalau start keje baru nak hantar Amani dan Alya kelam kabut jadinya.
Ada gak punch card merah nnt 1st day masuk keje...huhu...

Alya dah saya hantarkan ke taska sejak dari minggu lepas lagi.
Masalah Alya minum susu menggunakan botol susu dah selesai.
Alhamdulillah....akan ku teruskan usaha untuk memberikan Alya susu badan secara eksklusif.
Kawan-kawan tolong doakan usaha murni saya ni ye.
Alya pun dah semakin serasi dengan suasana taska dan cikgu-cikgunya.

Amani pulak hanya bertahan untuk duduk kat taska selama 1 1/2 jam aje.
Cikgu hantar SMS bagitau Amani menangis tak berhenti selama 1 1/2 jam.
So, saya amik keputusan untuk jenguk Amani kat taska.
Alahai..kesiannya anak ibu....demam rupenya..berpeluk dengan cikgu dia tak nak lepas.
Nasiblah cikgu-cikgu nya tahan sabar melayani karenah Amani dan budak-budak lain.
Atas nasihat cikgu, saya bawak balik Amani ke umah dulu dan esok cuba hantar lagi seperti biasa.

Amani takut orang.
Dia amik masa sikit untuk serasikan diri dengan orang yang dia baru kenal atau tak biasa nampak.
Mungkin Amani amik masa untuk sesuaikan diri dengan suasana baru di taska.

Doa ibu, semoga Amani berjaya sesuaikan diri di taska baru nanti :)

pipi sekilo dua ringgit terbaik dari alya

mata bersinar bak guli terbaik dari amani


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email