Halaman

Rabu, 21 Mac 2012

Renungan untuk harini

Pagi tadi masa hantar Amani dan Alya ke taska saya sempat berborak dengan cikgu kat sana.

Pesanan cikgu untuk saya pagi tadi :

1)Jangan marah-marah atau tengking budak kecik sebab mereka boleh simpan semuanya dalam otak.
Mereke boleh ingat siapa yang suka pukul mereka dan marah mereka. Budak-budak tak reti nak luahkan ape yang mereka rasa. Tapi nanti bila usia mereka menginjak ke 4-5 tahun mereka akan menunjukkan perangai mereka yang suka memberontak kerana mereka berdendam atau trauma.Teguran kepada mereka haruslah dengan cara lembah lembut dan memujuk.

2)Kanak-kanak bukan makhluk yang dicipta oleh Allah untuk disakiti. Jangan sesekali memukul kanak-kanak kecil untuk tujuan mengajar kesalahan mereka.Sebaliknya menegur mereka dengan cara memujuk.

3)Untuk mendidik anak kene banyakkan sabar dan doa.

Sharing is caring... :)

Amani setahun sebulan... 12 September 2011





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email