Halaman

Isnin, 28 Mei 2012

Terima kasih Taska Cahayamata KEJORA

Sejak dah ada anak dua ni, saya lebih menghargai tugas saya sebagai seorang ibu dan isteri.
Istilah tak cukup tido rasanya memang dah sebati macam tepung yang diuli bersama air.
Amani dan Alya dah semakin serasi berada ngan pengasuh dan kawan-kawan kat taska.

Saya memang nak tabik pada pengasuh2 Amani n Alya yang sabar melayan karenah budak berdua ni.
Pada minggu2 pertama Alya tak nak minum pakai botol langsung.
Sanggup si cikgu2nya bersabar layan karenah Alya.
Sekarang dia dah boleh minum pakai botol.
Sampai cikgu cakap abis 2 bekas dadih susu yang saya pam sekali dia minum.
So, sekali minum dia abiskan dalam 4 oz atau 5 oz.
Patutlah debob.

Amani pulak pada minggu2 pertama asyik nangis je sebab dia sangat2 takut pada environment yang dia tak biasa.
Seminggu dua jugak Amani nangis.
Tapi sekarang Alhamdulillah...
Cikgu Amani cakap Amani tak suka orang yang kasar2..dia akan cepat suka pada orang yang cakap lembut2 ngan dia.

Yang paling menyenangkan dan menyejukkan hati, taska ni upah sorang nenek datang kat taska untuk ajar budak2 umur 2 tahun ke atas mengaji muqaddam.. :-)
Mula2 cikgu kata Amani takut nak belajar muqaddam..
Tapi lama2 dia dah nak dah pegang rehal dan muqaddam.
Memang terbaiklah taska ni..

Saya sangat suka dengan cara pendekatan cikgu2 kat siti yang bercakap lembut dengan budak2 dan tak membeza2kan perkembangan antara budak dengan budak lain.

Two thumbs up!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email