Halaman

Isnin, 31 Disember 2012

Jemput² pisang kesukaan Amani

Tadaa....harini nak share resipi breakfast/minum petang kat entry ni.
Actually saya ni bukan lah rajin sangat nak masak² bende remeh ni.
Tetapi dah jadi ibu kan...kenelah merajinkan diri.
Kalau tak lapar lah anak kat umah :P
Kebetulan jemput² pisang ni jadi makanan feveret Amani.

Memang gila obses pada jemput² pisang/goreng pisang.
Tapi yang herannye...pisang mentah tak suka pulak.
Ok...tak kisahlah anak...asalkan Amani hepi ibu pun hepi.

Resipi ni resipi turun temurun dari mak saya.
Dua tiga kali buat baru berjaya :P

Resipi jemput² pisang

Pisang lemak manis (kalau boleh beli pisang yang dah masuk ranum dan nak lembik tu)
Tepung gandum
Gula
Garam
Kelapa parut


Cara buat

  1. Lenyek pisang. Gaul dengan tepung sikit demi sedikit (Tepung jangan letak banyak sangat sebab nanti takut keras)
  2. Campur gula ikut manis.
  3. Campur garam untuk bagi rasa lemak sikit.
  4.  Letak kelapa parut untuk bagi rasa lemak².
  5. Bila bahan dah sebati sedia untuk digoreng :)
Boleh rujuk gambar kat bawah....Petang ni pun kene masak jemput² lagi sebab Amani dah request pagi² tadi...Kalau tak masak kan jugak untuk Amani confirm hujan petang ni...hehe...Jangan mungkir janji pada budak²..Dorang pengingat...bukan penyengat...hehe...


Proses menggaul bahan²

Proses menggoreng


Sedia untuk dimakan

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email