Halaman

Jumaat, 27 Jun 2014

Amani vs Alya

Pandai pulak budak2 ni susun mainan2 dia dalam cup kan

Alya main cak2 dengan Amani




Khamis, 26 Jun 2014

Pure Seduction EDT

Gambar ihsan : google



Assalamualaikum,

Rasanya tak terlambat untuk aku mengucapkan tahniah atas kemenangan JDT malam tadi.
Tak sia-sia my husband duk bebel sorang2 depan TV nengok bola.
Aku dengan muka bosan sambil melipat baju dengar jelah ape yang my husband duk bebel.
Kalah pengulas sukan.
Walaupun aku bukan peminat sukan bola sepak tetapi berita kemenangan JDT  agak menarik sebab kami Johorean dapat cuti hari ni.
Aku tau menang pon pagi tadi sebab bebudak ofis duk kecoh2 kat group whatssapp bagitau cuti.
Dan masa tu aku dah pakai baju kurung nak pegi ofis...memang stress..haha

Ok ni nak cite kegemaran terbaru.
Aku sangat obses pada perfume.
Kalau keluar rumah tak sah tak menyembur.
Kelmari masa duk tunggu fligt balik ke Senai dari Klia2 aku pon duk usha2 kedai Victoria's Secret kat situ.
Feminin gila kedai ni.
Tema pink hitam.
Dan yang paling best perfume nya boleh tahan murah.
EDT boleh dapat harga murah.

So aku pon sambar satu EDT macam gambar kat atas tu dengan harga RM50 aje.
Baunya pon sweet2 aje.
Macam buah ada..macam bunga ada..
Memang bestlah.
Boleh repeat order ni.

Dengar cite Johor Premium Outlet dah ada ada buka outlet Victoria's Secret.

So nanti bila dah habis yang ni senang next time nak beli.hihi...


Ahad, 8 Jun 2014

Kenapa Penyu Menangis?

Bulan lepas aku berkesempatan sekali lagi untuk menjejakkan kaki di bumi Terengganu.
Negeri yang aku pernah bermastautin selama 3 tahun masa zaman belajar.

Antara tempat yang wajib dilawati kalau datang Terengganu adalah Pasar Besar Payang.
 Macam biasalah aku melilau-lilau duk cari barang untuk dibeli.
Rambang mata katakan.
 Dalam pada duk melilau2 tu ternampak lah tiga benda yang membuat aku tertarik untuk mengeluarkan handphone dari handbag dan seterusnya ambik gambar.

Ni buah gajus yang kita sibuk2 duk main teka teki masa kecik dulu...



 Kalau adik bijak bestai, buah ape bijik di luar?
Ok jangan ketawakan aku sebab aku memang tak pernah tengok buah gajus yang real.

Telur penyu. Kata penjual dari Pulau Redang.

Telur penyu yang dimasinkan.

Bila tengok telur penyu, aku duk teringat muka penyu yang comel duk menangis sebabb bertelur.
Memang penyu menangiskan masa bertelur?
Dari zaman aku belajar kat sini since 2001 sampai lah aku pegi Terengganu bulan lepas, tiap kali aku pegi Pasar Payang mesti ada orang duk jual Telur Penyu.

Memang ada orang ternak penyu untuk bertelur ye?

Khamis, 5 Jun 2014

Percutian di Grand Lexis Port Dikcson


Dah lama jugak aku tak update blog.
Dalam kepala ni ligat je berfikir perah idea.
Tapi bila part nak taip tu yang malas.

Walaupun aku tau tajuk entry ni basi.
Pegi bercuti bulan 3.
Updatenya pulak bulan 6.
Nampak tak kemalasannya di situ?

Entry ni aku nak kongsi gambar-gambar menarik percutian aku kat Grand Lexis Port Dickson.
Percutian kami 3 hari 2 malam ditaja sepenuhnya company suami aku.
Kalau nak bercuti kat sini guna duit sendiri nampaknya kena menabung setahun dua kot...hehe

Pada aku walaupun hotel ni agak expensive ,tapi berbaloi dengan service yang ada kat sini.
Kita boleh naik buggy kalau nak ke mana-mana sekitar hotel.
Ada disediakan court bola tampar, archery, basikal etc.
Memang release tension.
Kalau nak jimat boleh sumbat dua tiga keluarga dalam ni :)
So boleh tong2 bayar hotel :)
Kalau tak cukup katil boleh bawak toto sendiri bentang kat lantai.
Bilik luas..anak2 nak main kejar pon no hal.
Yang penting dapat main pool dalam bilik siang malam kan kan kan?

Enjoy gamabr-gambar ni semua...
Katil yang empuk

Gambar lampu pon aku tangkap sebab unik..hehe

Iron, selipar dan tuala mandi...kelas kan?

Tv

Belah kiri tu pintu. Belah kanan tu rak kasut

Selesa katil ni kalau anak2 nak melompat :)

Bos kecik bergaya depan cermin

Ruang ke dapur dan tandas

Dapur

Bahan untuk buat air

Microwave

Span dan sabun basuh pinggan pun disediakan

Alatan mandi

Sinki

Kiri tu bilik mandi...Kanan tu tempat 'melabur' untuk masa depan

Hair dryer

Ko tengok anak aku tu...sampai menggigil2 berendam dalam pool

Pool 4 kaki

Private pool yang best.. 1st time mandi dalam pool tak yah pakai tudung

Pemadangan hotel

Pemadangan hotel

Pemadangan hotel

Pemadangan hotel..Ada jugak kolam kat luar..

Pemadangan hotel

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email