Halaman

Ahad, 13 Julai 2014

Hobi mengumpul setem

Assalamualaikum,

Salam Ramadhan.
Kali ni aku nak cerita pulak pasal hobi aku.
Haa..korang minat tak kumpul2 setem?

Ni kisah sadis masa aku kecik2 dulu.
Aku tak pasti sejak bila aku minat kumpul setem.
Maybe dalam darjah  2 or 3 kot.
Tau2 je album setem pemberian mak aku masa tu dah hampir penuh masa aku darjah 6.

So,aku pasanglah impian nak beli album setem yang lain memandangkan album setem yang ada dah agak usang dan dah mula koyak robak.

Aku pon merajinkan diri memindahkan setem2 aku tu dalam sebuah box lutsinar di atas meja tulis bilik adik aku.
Dan album lama tu aku buang.S
Dan sesi menabung untuk mebeli album setem baru pon bermula.
Almaklumlah bebudak sekolah.
Kenelah usaha kumpul dana dari hasil duit belanja sekolah pemberian mak ayah kan?

Lama jugak setem tu terperap dalam box.
Dan satu hari tu bila duit tabung aku dah cukup nak beli album setem baru, dan aku nak belek semula kolesi setem2 kesayangan aku dan korang tau ape kesudahannya...?
Dan tanpa aku sedari...
Bapak aku dah selamat membuang box setem aku dalam ops kebersihan yang dilakukannya secara sendirian di rumah.
Katanya dia ingat tak pakai.
Korang boleh imagine tak perasaan aku masa tu? T_T
Memang bersedih macam orang baru putus cinta.
Sedih ko..beberapa hari aku duk verangan depan cermin masa tu aku tengah bergaya ngan album setem baru.


Memang aku merajuk babe nak start balik hobi aku ni.
Akhirnya setelah lama berpencen, tahun 2014 ni menyaksikan aku mula bergiat cergas mengumpul setem2 keluaran pos Malaysia.
Teringat zaman dedulu aku rajin menunggu surat yang dipos ke rumah untuk bapak atau mak aku.
Setiap kali dapat surat aku cepat2 gunting bahagian sampul yang dilekatkan setem dan terus rendam dalam air sampai setem dan sampul tertanggal.
Pastu jemur sampai kering dan boleh letak dalam album.
Benda ni aku buat secara konsisten sampailah terjadinya peristiwa sadis itu T_T

Next entry nanti aku cerita pulak macam mane kita nak tau Pos Malaysia dah keluarkan setem baru.




2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email