Halaman

Khamis, 26 Jun 2014

Pure Seduction EDT

Gambar ihsan : google



Assalamualaikum,

Rasanya tak terlambat untuk aku mengucapkan tahniah atas kemenangan JDT malam tadi.
Tak sia-sia my husband duk bebel sorang2 depan TV nengok bola.
Aku dengan muka bosan sambil melipat baju dengar jelah ape yang my husband duk bebel.
Kalah pengulas sukan.
Walaupun aku bukan peminat sukan bola sepak tetapi berita kemenangan JDT  agak menarik sebab kami Johorean dapat cuti hari ni.
Aku tau menang pon pagi tadi sebab bebudak ofis duk kecoh2 kat group whatssapp bagitau cuti.
Dan masa tu aku dah pakai baju kurung nak pegi ofis...memang stress..haha

Ok ni nak cite kegemaran terbaru.
Aku sangat obses pada perfume.
Kalau keluar rumah tak sah tak menyembur.
Kelmari masa duk tunggu fligt balik ke Senai dari Klia2 aku pon duk usha2 kedai Victoria's Secret kat situ.
Feminin gila kedai ni.
Tema pink hitam.
Dan yang paling best perfume nya boleh tahan murah.
EDT boleh dapat harga murah.

So aku pon sambar satu EDT macam gambar kat atas tu dengan harga RM50 aje.
Baunya pon sweet2 aje.
Macam buah ada..macam bunga ada..
Memang bestlah.
Boleh repeat order ni.

Dengar cite Johor Premium Outlet dah ada ada buka outlet Victoria's Secret.

So nanti bila dah habis yang ni senang next time nak beli.hihi...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email