Halaman

Khamis, 22 Januari 2015

Shopping Atas Talian di Lazada

Assalamualaikum kepada semua yang sudi menyinggah di blog aku.

Shopping Atas Talian atau lebih dikenali Shopping Online pasti membuatkan orang perempuan khasnya AKU senyum nampak gigi.
Sampai posmen cakap kat adik aku...Rumah ni selalu beli barang.
Siapa sini yang pernah shopping online?
Mostly mesti kata pernah.
Termasuk suami aku...adik aku..

Macam aku...boleh katakan kerap jugak shopping online.
Sebabnya...
Pertamanya benda yang nak aku beli tu kebetulan dijual online dan MURAH.
Keduanya sebab aku malas nak keluar dan bersiap2 menyurvey kat kedai2.
So penyelesaiannya online shopping.
Just klik dan pastikan ada duit yang cukup dalam bank (Bunyi macam banyak duit dalam bank :P)
Pastu tunggu posmen hantar.
Sekarang pon service Pos Laju cekap.

Bohonglah kan kalau orang tak kenal Lazada.
Bukak Utusan Malaysia pon ada advertisement Lazada.

Antara barang yang pernah aku beli kat Lazada.
                  

Tu baru barang aku..kalau suami aku duk beli jam yang memang murah dan sangat jauh beza dari harga kedai.
Bayangkan jam G-Shock ko boleh dapat diskaun kaw2.
Mana tak suami ngan adik aku rambang mata.


Mak aku pulak pon terjebak jugak ngan fenomena Lazada ni.
Biasalah surirumah pasti nak beli benda2 berkenaan kerumahtanggaan.
Ni antara barang yang mak aku order.


Mak aku pon dah hampir nampak keaddictannya dengan Lazada.
Kerap jugak dia tanya aku " Barang ape lagi yang murah jual kat Lazada".
Nah..nampak tak di situ betapa berjayanya aku mempengaruhi seisi rumah..

So far service Lazada ni ok.
Tu yang buatkan aku tak serik berbelanja ngan Lazada :)

Oklah...setakat ni je.
Jumpa lagi di next entry.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email