Halaman

Khamis, 5 Februari 2015

Kelengkapan Berpantang

Assalamualaikum,
Terima kasih kepada sesiapa yang telah menyinggah ke blog aku.
Bulan ni dan bulan depan adalah bulan aku menunggu detik2 mendebarkan untuk menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga kami.

Di kala kehamilan mencecah 35 minggu maka haruslah set kelengkapan berpantang disediakan dengan lengkapnya.
   
gambar credit to google. 

Bengkong moden ni aku beli dari www.danitamaternity.com 2 tahun tahun lepas.
Tahan lasak. Aku tak suka jenis bengkung berikat2 pastu berlilit2 bagai tu. Panas satu hal. Lepas tu leceh nak adjust bila nak buang air. Haha...
gambar credit to google
Pilis berbentuk losyen ni aku beli dari mypermatahati.com. Sebelum ni aku pakai yang jenis serbuk dan bancuh denganair. Bila kering habuk2 jatuh kat muka baby. Rimas. Tu yang try jenis losyen. Bau dia sedap. Korang suka pakai pilis tak? Aku suka pakai pilis sebab pilis ni memang mujarab hilangkan pening ketikan berpantang.
gambar credit to google
Yang ni aku beli dari kedai2 jamu je. Sapu kat perut boleh. Sapu kat kaki boleh. Aku penah try beli minyak angin super panas cap XXX. Sekali pakai kaki aku tumbuh ruam gatal. Miang ko...memang hazab...Dua kali pakai pon tumbuh ruam yang sama. So aku simpulkan di sini memang kaki aku tak serasi dengan minyak panas. Kaki orang bandar katakan..haha.. Aku gantikan dengan losyen mustajab je. Rajin pakai boleh jadi slim macam Nora Danish agaknye nanti :P

gambar credit to google
Yang ni waterproof sheet protector aku beli dari www.permatahati.com juga. Untuk mengelakkan kebocoran ketika berpantang.

gambar credit to google
 Ok yang terakhir haruslah bertungku. Aku pakai tungku moden je. Tak ingat beli kat mana. Tapi masa zaman aku beli mahal lagi benda alah ni sebab masa aku beli tu tungku ni baru lagi kat pasaran. So orang jakun2 sikit termasuk aku. Sekarang dah murah dah.

Jamu aku tak makan sepanjang pantang sebab aku takut baby jaundis. So aku gantikan dengan ubat periuk buatan mak aku je. Bahan-bahannye aku pon tak tau ape. Tapi yang aku tau sikit-sikit mak aku letak bawang putih,lada hitam,kunyit, halia..Yang aku tau telan je.

Aku ni bab pantang suka ngelat2..mak suh pakai baju lengan panjang waktu siang..aku tak dengar. pakai baju lengan pendek. Alasan aku bumi sekarang mengalami kesan pemanasan sedunia. Cuaca sekarang tak sama macam zaman mak berpantang. Bengang je mak aku. Tapi malam memang aku pakai baju lengan panjang ngan sweater..Kang tak pasal2 bentan.Aku jugak yang menanggung.
Pakai bengkung pon aku suka ngelat sebab tu aku beli yang jenis moden je. Pakai zip.
Kalau aku pakai jenis berlilit2 bagai tu memang confirmlah aku mengelat memanjang.

Tapi bab pakai stokin dengan bab pantang aku oleh puji diri aku.
Sebab aku memang tak pernah mengelat dua benda ni.
Orang pantang 44 hari, aku pantang makan 60 hari.
Ape yang mak aku bagi makan tu jelah yang aku makan.

Ok tu je kali ni.
Lain kali kita share cerita lagi ye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email