Halaman

Khamis, 4 November 2010

Ape yang ada kat Bandar Penawar?

Oleh kerana aku telah bermastautin di Bandar Penawar makanya elok jugak aku memfofularkan tempat ni pada semua...

Sape pernah dengar Bandar Penawar angkat tangan!!!

Aku rasa mungkin ada beberapa orang yang tak pernah dengar pasal Bandar Penawar...So, meh aku cite serba sedikit pasal Bandar Penawar ni kat korang.

Bandar Penawar merupakan sebuah kawasan bandar baru yang terletak di bahagian selatan negeri Johor, iaitu berkedudukan di tengah-tengah Wilayah Kecil Pengerang.Nama Bandar Penawar diambil bersempena dengan nama sebuah tanjung iaitu Tanjung Penawar , 2 km dari kawasan Bandar Penawar. Keseluruhan kawasan ini merupakan kawasan pertanian (kelapa sawit).

Kawasan Bandar Penawar mula diteroka pada tahun 1972, oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara atau singkatannya KEJORA yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen 75/1972 dan Enakmen Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972. Dengan keluasan 1,314.333 hektar, kawasan bandar baru Bandar Penawar ini merupakan sebahagian daripada 300,364 hektar iaitu 16% daripada keluasan Negeri Johor yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Johor untuk dibangunkan di bawah KEJORA.

Sewaktu diambil alih oleh KEJORA, sebahagian besar dari kawasan ini masih diliputi oleh hutan. Namun begitu, sudah terdapat juga beberapa buah petempatan FELDA berhampiran yang telah dibina lebih awal iaitu pada akhir tahun 1960-an, seperti Felda Gugusan Air Tawar, serta beberapa perkampungan tradisional dan pekan kecil di sepanjang pantai dan Sungai Johor.
(dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Bandar_Penawar)

Ape yang ada ??
  1. Berdekatan dengan Bandar Penawar ni terletaknya salsah satu tempat peranginan di negara ini..Korang penah pergi Desaru tak? Cantik tau pantai dia..
  2. Tanjung Balau (tak pernah pergi lagi)
  3. Batu Layar (tak pernah pergi lagi)
  4. Sekolah Sukan Bandar Penawar
  5. Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi
  6. Sekolah Menengah kebangsaan Agama Bandar Penawar
  7. Taman Tasik Penawar (tak pernah pergi lagi)
  8. Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar (baru je bukak, tp blm amik student lagi)
  9. Kolej Professional MARA (sebelah ofis aku)
  10. Kolej Komuniti Bandar Penawar (ofis aku)
Itu je serba sedikit yang aku tau ..sebab aku pon baru seminggu lebih duk sini...hehe...

Koleksi Gambar Amani

Muka fresh Amani baru kuar dari perut...dia x mandi lagi pasni...hehe
Lepas dimandikan
Amani dah balik umah dah masa ni...Muka dia penuh dgn bintik-bintik merah memula lahir..Tapi skrg dah licin dah...hehe





Amani kene jemur sebab dia kene jaundis...Sepet je mata dia masa ni..hehe
Latihan meniarap
Amani kat HUKM lagi masa ni..umur sehari

Amani dengan ayahnya

Balik Kampung...oooo..Balik Kampung,,,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Hari ini aku dengan husband aku balik kampung...yeaaaa...Kalau korang nak tau kampung aku kat Sungai Besi...(adakah Sungai Besi layak dipanggil kampung???)

Bersempena dengan cuti Deepavali suami aku telah mengajak aku balik KL untuk melihat puteri kesayangan kami yg tomei....Satu pengumuman yang sangat-sangat ditunggu...yeaaa...malam ni dah boleh peluk Amani bam bam...

Mungkin sampai KL dalam pukul 12 malam kot sebab kami akan bertolak dari Bandar Penawar lepas Maghrib..dalam pukul 7.30 malam kot..perjalanan mungkin mengambil masa 5 jam lebih...

Amani ..tunggu kepulangan ibu dan ayah ye...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...