Halaman

Ahad, 14 November 2010

Aktiviti saya dan suami hari ini

Harini aku dan suami jalan-jalan kat Teluk Sengat dengan Kota Johor Lama...Dari Teluk Sengat tu aku dapat tengok Jambatan Lebuhraya Senai-Desaru. Jambatan tu dah bercantum dah...yeayyy..Jambatan ni kalau dah siap memang sangat-sangat menjimatkan masa...

Bukan ape...kesian kat husband..dia pegi balik keje hari-hari redah 89km...Kuar dari umah pukul 5.45 pagi...sampai Pasir Gudang dalam 7.15 pagi...kesian suami ku...huhu...Kalau highway tu siap jaraknye dalam 27 km aje...Mengikut sumber-sumber yang dipercayai, highway tu patutnya dah boleh digunakan tahun lepas lagi. Tapi telah terlewat dari jadual asal. Kepada kontraktor yang terlibat, tolonglah kami....bantulah kami...harap dapat siapkan highway tu secepat mungkin ye... :-) 

Masa kat Teluk Sengat tu dapatlah amik gambar jambatan tu...Here the picca...


Pemandangan dari Teluk Sengat

Lepas dah puas tengok jambatan, kami pon pegi ke Kota Johor Lama...Macam biasa, sampai sana amik gambar dulu...Kat sana nampak lah bekas kubu...Tapak tu takdelah besar sangat..Padang sekolah lagi besar...hehe...Tapi tapak memang sangat-sangat sesuai dijadikan kubu...Sebab kawasannya berbukit..dan kat bawah tu boleh nampak Sungai Johor...so senanglah orang yang berkawal tu nak skodeng musuh yang lalu lalang dari atas...Cuba tengok gambar kat bawah ni...Tu lah rupe tapak kubu tu..Yang nampak macam bukit tu kubu dia..Kalau perasan kubu dia ada lubang-lubang kan...Yang pokok-pokok tu pulak kat bawah dia ada Sungai Johor..


Kota Johor Lama 





 

Masa nak balik tu pulak suami aku suh pandang belah kiri.Rupe-rupenya ada makam. Batu nisan dia dibalut dengan kain kuning. Aku tengok dari dalam kereta jelah..Nak kuar tempat tu macam sepi je..Buat pengetahuan korang-korang yang belum pegi ke tempat ni, simpang nak masuk ke Kota Johor Lama ni sangat-sangatlah sempit..Susah jugak kalau berselisih dengan kereta lain... Kiri kanannya ada semak samun,pastu pkok getah..pastu dah lama-lamatu barulah jumpe rumah orang..Masa tu baru lepas hujan dan dah pukul 6 ptg...hehe...korang faham-faham sendiri jelah...memang tak sesuai nak tangkap gambar ok..Aku sedekahkan Al-Fatihah je dari dalam kereta..Kalau ikut signboard tepi makam tu, makam tu adalah Makam Temenggung Johor a.k.a Makam Bidan. Nanti aku selidik dengan Encik Google pasal makam ni...

Tu je yang aku nak share kali ni :-)

Pengadil apekah ini???

Semalam aku dengan husband tgk lah bola sepak Sukan Asia kat channel ASTRO...
Malaysia menentang China..
Kira hebat jugaklah Malaysia kan dapat masuk pusingan kedua Sukan Asia...
Kali terakhir Malaysia beraksi di pusingan kedua acara bola sepak Sukan Asia ialah pada tahun 1978 di Bangkok...
Hampir 32 tahun tu...kira kejayaan bersejarah lah ni...SYABAS MALAYSIA...
Tapi.....ada tapinya....Malaysia terpaksa bermain dengan lapan pemain 'ANGKARA' pengadil dari Australia, Williams...
Ape taknya..dia dengan sesuka hati mak ayah dia je bagi 3 player kita KAD MERAH...weng semacam je aku tgk pengadil tu..
Walaupun tak menang aku sebagai anak Malaysia nak ucapkan TAHNIAH kepada skuad negara sebab main dengan sungguh-sungguh...TAHNIAH!!!!







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...