Halaman

Khamis, 18 November 2010

Hari Tasyrik

Salam...
Semalam aku tak sempat nak post sebarang entry untuk blog aku..agak bz ckit memandangkan semalam dan kelmarin aku kat Pontian..kat umah nenek aku...
So masa yang ada aku peruntukkan untuk makan dan berborak dengan nenek aku...

Minggu lepas aku ada niat untuk puasa ganti harini dengan esok...tapi bila tengok balik kalendar Islam baru aku teringat semalam,harini dan esok merupakan Hari Tasyrik..hari yang diharamkan untuk berpuasa...

Hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi s.a.w yang bermaksud :
" Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t "

 (sumber ini dipetik daripada http://soaljawab.jais.gov.my)


So, minggu depan jelah kot aku sambung ganti puasa aku...


Tadi aku dengan si Azwa (budak praktikal) pergi cari makanan untuk breakfast..Kantin kat sini tutup...Student cuti kantin pun tutup...Terpaksalah aku memberanikan diri sekali lagi untuk drive keluar jalan-jalan cari makan...


Aku makan roti goreng dengan minum kopi O je...
Pastu balik ofis balik...Makan kejap je..Sebab perilaku aku tadi tu boleh disamakan dengan aktiviti MENGULAR...rasa serbasalah pulak kalau nak makan lama-lama..huhu...



Kejayaan aku harini....jeng jeng...aku berjaya parking kat parking berbumbung kolej ni...hahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...