Dah lama betul aku tak update blog.
23 Nov-25 Nov aritu aku kene pegi Cherating...
Gile jauh aku bermeeting...huhu
Tu yang aku tak sempat langsung nak berblog tu..
So kali ni aku nak share satu benda kat korang...
Korang penah pegi Gemas tak?
Kat Negeri Sembilan...
Kali ni nak promote kampung halaman suami aku pulak...wakakaka
Jom kita zoom ape yang ada kat Gemas...
![]() |
Foto from : Google |
1 . Stesen Keretapi Gemas
Kalau perasan masa Kembara Tengku Mahkota Johor dulu, stesen keretapi ni adalah salah satu daripada tempat persinggahan dorang...Foto from : Google |
2 . Tugu Peringatan Sungai Kelamah
Salah satu kesan sejarah perang dunia kedua masih dapat anda saksikan di sini. Pada masa perang tersebut, pihak British telah menggugurkan bom di jambatan Sungai Kelamah. Tujuannya untuk mengelakkan kemaraan tentera Jepun. Sehingga kini kita masih boleh menyaksikan rangka jambatan akibat pengeboman British dan sebuah tugu peringatan Jepun dibina bagi mengingati perajurit Jepun yang gugur di sini. Pada setiap tahun ramai orang Jepun datang berkunjung ke lokasi ini untuk menyaksikan sendiri bagaimana bekas pengeboman tersebut di samping menghormati perajurit yang telah gugur di medan perang ini.(Sumber daripada Portal Rasmi Pejabat Tanah & Daerah Tampin)
![]() |
Foto from : Google |
3 . Homestay Gemas
Melibatkan 4 buah kampung iaitu Kampung Ladang, Kampung Ulu Ladang, Kampung Londah dan Kampung Bangkahulu.Kalau nak tau ape keeistimewaan homestay ni KLIK DI SINI.4 . Kuih Bengkulu / Tat Bengkulu
Penah tengok tak kuih yang cantik macam picca kat bawah tu..Kuih ni cantik...yang corak macam daun ni nenek mertua aku cakap dorang buat corak tu guna tangan..Macam mane proses dorang buat wallahua'lam..
Kuih orang Bengkulu ni...
Kat Homestay Gemas ada ditunjukkan cara nak buat kuih ni...
Korang penah ke tengok kuih ni jual kat kedai...?
Aku rasa aku tak penah tengok lagi...Ekslusif kan???
Inti kuih ni inti kelapa..
Kalau makan kuih ni seketul dah boleh kenyang...huhu...
Nanti aku nak berguru dengan nenek mertua aku...sebab nenek mertua aku orang Bengkulu...
1st time aku tengok kuih ni masa suami aku bagi as hantaran tunang..
Terus rasa kagum dan jatuh cinta dengan rupe bentuk kuih ni..
Cantik sangat....!!!
Lagi kagum sebab coraknya dibuat dengan menggunakan tangan!!!
Bukan guna acuan..!!
![]() |
Kuih Bengkulu (picca from en google) |
5 . Nasi Ayam Gemas
![]() |
Foto from : Google |
Pada sape-sape yang tak familiar lagi Gemas kat mana..meh tengok map ni..
Jom jalan-jalan kat Gemas pulak!!!