Halaman

Khamis, 24 Mac 2011

Amani selsema dan batuk

Semalam aku dengan husband bawak amani pegi klinik..
Dia dah mula batuk-batuk dan selsema semalam...
Hopefully cepat-cepat recover...
Get well soon my daughter....



Resipi Laksa Johor

Ahad yang lepas aku dengan confidentnya masak laksa johor feberet suami..
So..kata suami aku merangkap tukang juri rasa laksa yang aku dah masak untuk dia dah rasa laksa johor...
Tapi tak kick lagi macam mak aku buat..
Kira komen yang positif lah tu kan? kan ? kan?
Biasalah tu 1st time masak benda alah ni..mesti ada terkurang mana-mana kan? kan? kan?
(tulah....dah tua baru nak cuba masak laksa...eh..tua ke aku?hahah)
Yang paling menyejukkan hati laksa yang aku buat habis...T_T
Aku sangat terharu SEBAB en.suami telah berbesar hati menghabiskan laksa johor saya...hihi


Jom kita tengok ape bahan-bahan dia..

BAHAN-BAHAN (untuk 2 orang makan)

5 ekor ikan kembung/selar (ikan tenggiri pon boleh)
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2cm halia
2cm lengkuas
1 sudu besar udang kering
2 batang serai
3 keping asam keping
5 sudu cili boh
2 susu besar kerisik
semangkuk santan pekat
Garam secukup rasa
1 sudu besar rempah rahsia nenek aku (aku tak pasti nenek aku buat camne..tau-tau je nenek aku bagi yang telah siap di blend..kalau takde boleh gantikan ngan rempah kari...)
Minyak
1/2 bungkus spaghetti lidi  (cara rebus letak marjerin/atau minyak sikit dalam air...bila dah masak dan nak tos lalukan ngan air paip supaya ia tak lekat)
7 helai daun kari


CARA MEMBUATNYA

1.Rebus ikan...bila dah masak asingkan isi ngan tulang..amik isi aje...air stok ikan tu simpan sikit...
2.Blender bawang besar+bawang putih+halia+lengkuas+serai+udang kering+isi ikan
3.Tumis bahan-bahan yang dah diblender
4.Bila dah naik bau masukkan pulak cili boh+asam keping+rempah+kerisik
5.Bila dah naik minyak masukkan pulak santan+sedikit stok ikan...
6.Kacau sampai pekat
7.Masukkan daun kari



Laksa yang telah siap dimasak boleh dimakan bersama air perahan limau+sedikit sambal belaca+hirisan bawang+hirisan timun dan sebagainya...

Dah siap....:)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...