Halaman

Khamis, 28 April 2011

Bila saya service kereta

Pagi tadi dalam pukul 10 aku mintak excuse dari bos untuk service kerete kat bengkel keta...
Minyak hitam aku ni patutnya kene tukar dah lama dah...tapi ni dah terlajak bape km dah...huhu
Dulu yang tukang service adik aku ngan husband aku...
So kali ni aku memberani kan diri pegi service kerete...huhu (teruk betul aku ni kan?)
Sambil mekanik tu tukar minyak hitam, aku tanya lah punca minyak aku selalu menitik kat bawah..
Aku kata bocor ke?
Mekanik tu katalah  oil seal bocor..tu sebab minyak hitam aku tu menitik...so benda alah tu kene ganti...
Benda alah kat bawah nilah gambar oil seal..
from google


Aku tanya benda tu bape hinggit?
Mekanik tu kata 10 hinggit je...
Dalam hati aku bukan main gumbira lagi...
Celah gigi je nak bayar...hahaha
Tapi tetiba plak mekanik tu tambah satu lagi ayat "Tapi kalau adik nak ganti, kene dalam 2-3 ratus kot sebab kos upah bukak enjin, sebab oil seal tu ada dalam enjin...tapi benda ni tak membahayakan..cuma kene rajin check dan tambah minyak hitam bagi jangan sampai kering"
Mekanik tu tunjuk kat uku rupe oil seal kat enjin kete wira yang ada kat atas lantai...
Humangai....pengsan aku dengar...tapi aku taklah wat pengsan depan mekanik tu...huhu
Aku pon cakaplah "Takpelah bang, lenkali lah saya tukar ye"
So next time...misi saya nak tukar oil seal... :)

Ikan bilis goreng tempoyak

Assalamualaikum semua...
Ha..harini aku nak share satu resipi istimewa from Negeri Sembilan...
Tempoyak kan sinonim dengan N.Sembilan (N.9)..
Oleh kerana suami aku orang N.9, maka sedikit sebanyak cara pemakanan aku pon ada kalanya dipengaruhi dengan ramuan tempoyak dan cili padi..
So, semalam husband aku request aku masak ikan bilis goreng tempoyak..
Ni first time aku nak masak dan makan benda ni...
Jadinya cara nak masak masakan ni kenalah aku aku tanya pada adik ipar aku...
Malam tadi aku try lah masak dengan hati yang tidak keruan sebab takut tak menjadi...
Mujur suami aku cakap sedap..logo den...ngehngeh...

So , ini bahan-bahannya :

BAHAN-BAHAN
Ikan bilis
1/2 biji bawang besar-hiris
2 ulas bawang putih-hiris
2 biji cili padi-tumbuk pakai lesung batu
 sedikit tempoyak
minyak untuk menggoreng

CARA BUAT
  1. Goreng dulu ikan bilis.
  2. Dah siap goreng ketepikan dulu,kasi sejuk dulu.
  3. Kemudia gunakan minyak yang sama untuk goreng ikan bilis untuk menumis bawang besar dan bawang putih.
  4. Dah agak-agak garing sikit masukkan pulak cili padi yang dah ditumbuk.
  5. Kacau sampai garing.
  6. Bila dah garing masukkan pula tempoyak.
  7. Goreng dalam 1-2 minit dengan api yang perlahan.
  8. Tutup api...sejukkan dulu.
  9. Bila ikan bilis goreng dan tempoyak tadi dah sejuk...baru campur kedua-dua bahan tadi (kalau tak nanti ikan bilis lemau)
  10. Tadaa...dah siap... :)
Trylah kalau sudi :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...